assalamalaikum & salam sejahtera 😊

hari ni 30 Syawal. berakhir sudah bulan yang gemilang bagi Muslim yang berpuasa di bulan Ramadhan. Syawal tahun ni berakhir tanpa sehari pun kita-kita dibenarkan beraya dgn keluarga 😔. moga Allah angkat naik bencana covid-19 ni dari muka bumi dan kita-kita bakal menyambut raya dgn meriah tahun depan. in shaa Allah.

kalau tahun-tahun lepas, minggu terakhir di bulan Syawal, saya masih galak beraya. samada sesama jiran-tetangga mahupun di pejabat. meriah dari pagi membawa ke petang, alhamdulillah. manisnya kalai diingat-ingat semula, kan 😍😄.

bukan angan-angan, tapi harapan... 
sebab tu dari saat ni, wajiblah kita semua bebetul angkat slogan #kitajagakita setinggi-tingginya! wajib kita tetapkan dalam hati bahawa kesihatan awam adalah keutamaan di saat ni. pandemik covid-19 di negara kita dah 3-4 kali bergelombang. aduhai... bagi yang melanggar s.o.p tu, ambil la iktibar dari perbuatan keji sendiri. balik raya dgn alasan yg tak munasabah, sembunyi-sembunyi solat di surau ramai-ramai, rentas negeri guna jalan tikus - hasilnya, pelbagai kluster bertemakan Ramadhan dan Syawal 😞.

😊 maka, tahun ni saya sekeluarga sekali lagi berpagi raya hanya berlima. lengkap berbaju raya. wangi-wangi dgn hidangan pagi raya di meja makan. serba-serbi sederhana. alhamdulillah... cuma beza dgn tahun lepas, tahun ni mr.asben ke surau utk solat Aidilfitri. kami berempat di rumah sahaja. bersiap...

saya kongsilah gambar-gambar raya kami di pagi raya di dalam rumah dan di laman yang sekangkang kera tu. sebelum mr.asben balik dari surau, kami berempat da start bergambar. selfie lah.. wefie lah... makanan semua da terhidang. rumah dah kemas. so, saya ajak terus anak-anak bergambar.

PKP 3.0 2021 | Aidilfitri di perantauan sekali lagi

kat sofa aje pun. tapi, lebih 20 gambar 😄. pelbagai gaya dan aksi. yg elok-elok aje tempek kat sini buat dikenang satu hari nanti. buat paparan rakan taulan di alam maya. 

next, outdoor pulak la kan...

PKP 3.0 2021 | Aidilfitri di perantauan sekali lagi

PKP 3.0 2021 | Aidilfitri di perantauan sekali lagi

PKP 3.0 2021 | Aidilfitri di perantauan sekali lagi

PKP 3.0 2021 | Aidilfitri di perantauan sekali lagi

PKP 3.0 2021 | Aidilfitri di perantauan sekali lagi

PKP 3.0 2021 | Aidilfitri di perantauan sekali lagi

bila anak-anak da besar, mudah nak bergambar. kita suruh aje gaya camne, dia buat la. dgn monopod, tripod, semua memudahkan perjalanan mengabadikan kenangan Aidilfitri 2021 yang serba simple. 

PKP 3.0 2021 | Aidilfitri di perantauan sekali lagi

PKP 3.0 2021 | Aidilfitri di perantauan sekali lagi

PKP 3.0 2021 | Aidilfitri di perantauan sekali lagi

PKP 3.0 2021 | Aidilfitri di perantauan sekali lagi

selesai bergambar, matahari pun da meninggi, kami beransur masuk rumah. da dpt hint dari famili utk berjumpa di alam maya. zoom raya 😍.

PKP 3.0 2021 | Aidilfitri di perantauan sekali lagi

PKP 3.0 2021 | Aidilfitri di perantauan sekali lagi

PKP 3.0 2021 | Aidilfitri di perantauan sekali lagi

norma baharu berhari raya, secara online. 
part 1 dgn adik-beradik saya di antara Melaka - Bangi - Kajang - Sungai Buloh - Sintok. part 2, dgn abang-abang mr.asben di antara Melaka - Klang - Subang Bestari pula. semua berbaju raya tapi sekadar di dalam rumah. meskipun secara online, tetap kecoh! berebut-rebut nak bercakap. lom lagi ada yg masalah line internet. kejap ada, kejap takde 😄😆.

rinduuuuu...!

tahun ni, juadah di pagi raya kami adalah :
  • rendang ayam
  • ayam masak merah
  • kuah lodeh
  • ketupat mini
seharian, di hari raya pertama, dapur - meja makan - ruang tamu - bilik tidur - tandas berulang hingga ke malam. 😄 kami ziarah lokasi-lokasi itu aje, sebab tu yang diizinkan dalam s.o.p PKP 3.0.

bisik-bisik skit : PKP bersambung hingga 28.6.2021. adakah kita semua akan dapat balik kampung Aidil'adha nanti? 😒
...bye 👌