assalamualaikum dan salam sejahtera 😀
PKP bersambung. maka, anak-anak masih berkeliaran di sekeliling ibu-ibu berPdPR. kebetulan ibu-ibu pula WFH. hmmmmm ligat otak mencari idea yang sedap untuk sarapan pagi. sebelum berPdPR ataupun sambil-sambil anak-anak hadiri kelas online, diorang makan dan minum.
saya ni tak setiap hari buat sarapan meskipun WFH. masih membeli dari gerai-gerai berdekatan - nasi lemak bungkus, lontong, roti canai, mee kari atau beberapa yg lain. membantu peniaga kecil-kecilan menjana ekonomi mereka di musim PKP. kekadang tahap kerajinan di pagi hari tidak begitu datang 😄 ha ha ha ha... beli ajer la. janji kenyang.
semalam dan pagi ni, dikurniakan Allah idea buat sandwich. bila rajin, menjadik la sandwich. habis 2 bantal roti jumbo gardenia. alhamdulillah... nasiblah baik stok roti kat sini tak pernah kehabisan. pang pung pang pung di dapur sekejap. siap.
2 bahan yang sgt sinonim dengan sandwich iaitu telur dan sardin. ini paling glamer la di kalangan rakyat marhaen mcm saya ni. mudah. senang dapat. anak-anak minat pulak tu.
idea 1 : sandwich telur dan mayonis (egg mayo sandwich).
pagi semlm. ini memang pilihan anak-anak la. malam sebelum tu dah siap-siap rebus 10 biji telur. separuh nak buat sandwich ni dan separuh lagi nak buat sambal telur rebus di sebelah tengah harinya.
sebelum telur dan yg lain bersatu 😆
- 5 biji telur rebus
- 3 sudu besar mayonis
- 1.5 sudu besar salted butter
- sedikit serbuk lada hitam
- daun salad
- 3 biji tomato (dihiris nipis)
hancurkan telur rebus dan gaul semua sebati. di atas roti, letakkan dulu daun salad dan tomato yg da dihiris. barulah diletakkan inti telur hancur tu. sedap! 😋 ni resepi standard la utk sandwich telur dan mayonis. resepi mudah untuk sarapan pagi yang penuh khasiat.
idea 2 : sandwich sardin.
menu sarapan pagi ni pula. tin sardin ayam brand memang sentiasa ada stok kat rumah ni. jika tiada, saya akan jadik gabra, "sardin tiada?". cepat-cepat gi restock. mudah sardin ni jika tiba-tiba tarik freezer, tiada bahan basah utk dijadikan lauk. sambal sardin + telur dadar + ulam timun = menu lengkap yang sedap. alhamdulillah...
bahan-bahan yang mudah :
- 1 tin ayam brand
- 3 sudu besar mayonis
- 1 labu bawang holland (dipotong dadu)
- marjerin (utk disapu di atas roti)
- daun salad
- 3 biji tomato (dihiris nipis)
sandwich ni pun da glamer sekarang ni. ada yg menjual sandwich aneka inti dengan style kayangan. little decorations in an excellent big box 💜. sandwich kayangan yg sedap! kalau majlis-majlis di pejabat, majlis hari jadi or apa-apa majlis kecil-kecilan, sandwich merupakan salah satu hidangan yg menarik dan terbaik.
tapi tu la, kena hati-hati. baru-baru ni lalu di timeline fb saya, isu sandwich tipu di stesen minyak hu hu hu...
kalau benar la gambar ni spt yg dikongsi, moga ia sampailah kpd penjualnya.
adakah gini cara nak mencari rezeki.
bertaubatlah...
ok ok... done with cerita sarapan 2 pagi ni. esok lom tahu, dapur beraksi lagi atau beli aje kat kedai nasi lemak kak Nor depan Speedmart 😆 ha ha ha... apa yg pasti, da teringin nak buat sandwich chicken grilled 😋 dgn cheese dan sandwich crabstick mayonis 💚💜.
...bye!
10 Comments
sedap kak ana suka juga makan sandwich ni :)
ReplyDeletesedapnya sandwich sardin
ReplyDeletesardin pun tak ada ni
lame xbuat sandwich.. hihi
ReplyDeleteniat hati nk buat sandwich pg td.. sekali suami bwk blk ns lemak.. xjd sandwich.. mkn je ns lemak yg ade.. haha
Siap letak daun salad. Menyihatkan. Saya ada buat sandwich sardin tapi tiada letak mayonis.
ReplyDeletemy favourite. sandwich sardin. sy buat yg simple2 je. maklum la org lelaki.
ReplyDeleteKadang kadang tak rajin membeli juga sesambil membantu. PKP kali ni roti nampaknya tak kehabisan. masih mudah nak dapat stok roti. sedap sandwich buat sendiri ikut selera sendiri. Ada juga nampak orang share kat fb. Tak jujur peniaga macam tu.
ReplyDeleteSedapnyaaa simple dan menarik. Lama tak makan
ReplyDeleteMemang berbantal-bantal roti boleh habis kalau intinya begini!
ReplyDeleteSaya suka dua-dua. Baik telur mahupun sardin, memang akan laju je makan.
ReplyDeleteTetapi, kalau sandwic telur, saya suka dinginkan dahulu. Makan masa sejuk :)
Sha pun suka kedua-duanya.. kenyang makan sandwish macam aida buat ini..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.