assalamualaikum & salam sejahtera 😊
Syuhada, puteri kedua saya memang minat abis la kat BTS. wallpaper phone dia pun ada je la gambar BTS boys tu. aduhai 😄. di mata saya, 7 orang dalam BTS tu mcm serupa aje wajah mereka. tapi Syuhada boleh kenal setiap orang. kagum sekejap ha ha ha... ini berlaku kat kebanyakan anak-anak dara kita, kan... betul tak. semua k-pop saaangaaat! meskipun wana kulit hitam manis, tetap nak jugak ala-ala k-pop 😆.
maka, a day before launching The BTS Meal ni, Syuhada dah pun bisik-bisik pada saya, "Bu, esok kita beli mcDonalds". ringkas jawapan saya, "last week baru makan, kan. tunggu gaji bulan depan je". beberapa kali juga la Syuhada dok mandrem saya dgn mcD ni.
rupanya, ada udang di sebalik batu!
esoknya tu baru la saya dpt tahu tentang The BTS Meal ni di fb. kan trending meal ni seharian on 26 mei tu. aduhai... patut la Syuhada nak sgt.
pada petang 29.5.2021, saya dan mr.asben ada urusan di ofis. sebentar saje. on the way balik, teruslah singgah mcD drive thru. memang rezeki Syuhada, mendapatlah dia 1 set The BTS Meal. senyum dia sampai ke telinga!
saya dan mr.asben pun actually happy bila tgk anak dara sorang ni happy.
jgn la tanya saya nama diorang ni.
pada saya, diorang bertujuh ni mcm kembar je!
takde beza! mungkin beza tang warna rambut je.
The BTS Meal ni ringkas yg ada air Coke, medium fries dan 10 Chicken McNuggets, serta sweet chilli dan cajun sos. dikatakan sos ni special sebab ia dipilih oleh BTS diinspirasikan oleh mcD Korea Selatan. haruslah fans BTS merasakan...
Malaysia adalah first Asian country yg jual BTS Meal ni, mendahului Singapore, Vietnam, Philippines, Indonesia termasuklah Korea Selatan. wah! 😍
betapa kuatnya pengaruh artis dalam kehidupan kita. betapa besarnya kuasa mereka terhadap penjualan sesuatu jenama / barang. betapa lebarnya sayap mereka di serata dunia. mereka ni adalah role model tanpa kita sedari. ia akan mempengaruhi budaya dan suasana sosial kita.
baik?
buruk?
takde beri impak pun?
semua bergantung kepada penerimaan kita. yang paling terkesan ialah anak-anak la kan. sana sini korea. sana sini BTS... hu hu hu hu merimaskan kadang-kala.
jgn taksub!!!
bagi anak-anak saya, saya kawal. jgn terlebih memuja! memang saya akan tegur. tak nak diorang terlalu terbawa-bawa sgt dgn artis hiburan. lagha! kalau setakat The BTS Meal ni, ok la. sekadar menceriakan hari anak, apa salahnya. sesekali. dan terlanjur singgah mcD drive thru. kalau sesaje nak beli dia, sorry lah 😄😆.
terkenang semasa dulu.
saya pun gini juga la. pada satu masa tu, minat sungguh dgn New Kids on the Block (NKOTB). alamak aii, hensem and lincah! tapi tu la, masa tu just dpt tgk je la kat tv or dgr di radio. merchandise nya takde satu pun dpt dibeli. tak brape follow sgt tang tu, just dgr lagu je. kekangan duit pada masa tu. until now, lagu mereka masih lagi menjadi kegemaran saya. evergreen. same goes to lagu-lagu Backstreet Boys (BSB), Spice Girls, NSYNC dan few others. best!
nota : hari tu nak sgt, kan. ni hah lepas 2 minggu, tersadai dah sampul set The BTS Meal tu kat tepi almari buku. saya peratikan je 😒...
20 Comments
peminat BTS gtula..kita mak2 mn nk kenal kn sbb tgk mcm sama je ahli group tu haha...akdara ni mmg dok remind dr apr lg psl bts meal ni..bila tiba bln mei nasibaik time tu cuti wesak...dpt la juga beli drive thru sbb nk order online website hang haha
ReplyDeleteha ha ha kan... sana sini BTS :)
Deleteaida memang kena gi beli. area rumah ni xde coverage mcD delivery hu hu hu...
Betul itu remaja kegilaan sementara. Jadi kenangan apabila mereka dewasa.
ReplyDeletetu la tu. akak meraikannya, tapi sesekali la.
Deleteselalu sgt, cannot be lah :) hi hi hi...
Hahahaha jarang jarang ada bts meal ni. Sekali sekala lepas hajat anak dara hehehe. Saya beli jugak haritu, siap buang dah paper bag tu ahahaha
ReplyDeletepaperbag nyer semua ada lagi dlm bilik tu :)
Deleteanak kata ada benda / projek yg dia nak buat dgnnya.
as at now, gitu aje lagi.
Sy team BSB Aida haha...
ReplyDeleteBila fikirkan balik, kita dulu2 pun gitu jugakkan hihi...
As long as tak keterlaluan, ok je bagi sy. Anak2 remaja, gitulah :)
BSB evergreen. sampai skang kalau dgr lagu diorang, still got the blues.
Deleteari tu diorang ada buat video lagu, time PKP 1.0. dah tua beranak-pinak. but still hensem!
Wahhhhh...semangat...purple is my fevret color...tp x gi beli...😁
ReplyDeleteRindu zaman BSB, Westlife, Spice Girls dan seangkatan dengannya. Sanggup kumpul majalah dan surat khabar sebab nak amik gambar-gambar diorang.
ReplyDeleteyes. masa tu majalah & surat khabar aje la kan.
Deletetapi tu la, aida x beli dan kumpul pun. takde ongkosnya :) ha ha ha ha...
Hahahha.. Comel sgt ni.. So diorg simpan tak bekas2 ni?
ReplyDeletesimpan dik. kata Syuhada ada projek nak buat dgn bekas2 tu. setakat hari ni, nan hado! ha ha ha... weekend ni akak nak ingat kan dia. sebelum jadik tukun tiruan tepi almari.
DeleteHahaha. Saya pun pernah cakap ngan adik saya semua penyanyi Kpop ni muka sama. Marah betul dia. Layan jela minat dia asal tak melampau. Saya masa remaja pun suka boyband dan certain pemain bola. Biasala tu kan.
ReplyDeleteWah mesti senyum sampai ke pipi anak bila dpt bts meal ni
ReplyDeletehehehe kegilaan anak2 remaja :)
ReplyDeletekat pekan x de McD. Jika nak gi makan gak kena rentas daerah. Jadi tgok je la dari jauh...memendam rasa...
ReplyDeleteSesekali layankan. Anak buah saya pun kemain suka BTS ni. budak budak zaman sekarang BTS layan eh. Selagi tak taksub okaylah.
ReplyDeleteMemang fames betul BTS ni sampai ada yg sanggup beratur
ReplyDeleteBetul tu, kak. Minat boleh tapi jangan sampai taksub.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.