assalamualaikum & salam sejahtera.
Ahad. hari ni seharian lagi di rumah, urusan biasa-biasa. goreng mee kuning utk sarapan pagi. cukup untuk makan tghari. then, kelmarin beli pisang, harum semerbak dan cukup ranum utk dibuat cekodok. maka, terhasil la semangkuk besar cekodok pisang yg rangup di luar tapi lembut di dalam.
nasi? setakat sekarang, nasi putih dah pun masak. bersedia utk dijadikan nasi goreng cili padi untuk makan malam 😍. bila dok rumah saje, lambat rasa lapar tu datang. belum termasuk lagi minum air manis, makan ice cream, makan biskut raya (masih belum habis, aidiladha pun dah nak menjelma 😄) dan kekacang. hu hu hu hu makan dan makan... dan mak
nak berkongsi kisah buah-buahan tempatan yg landing elok di rumah saya 1-2 hari ni. terasa nikmat sgt. apa yg terbayang di mata, dpt dirasa. alhamdulillah.
3 biji buah durian kampung yang sgt sedap 👍
buah durian kahwin jenis D88. isi yg tebal.
sgt sedap, rasanya lemak bersusu gitu 😍
ini pula buah durian kahwin jenis udang merah.
rasa yg ohsem. puas hati makan.
then, semalam pagi, ofisment mr.asben hantar seikat rambutan. wah 😍😍😍 rezeki buah lagi, free pula tu. nice la kan.
buah rambutan pemberian ofismet mr.asben.
😍
mr.asben siap-siap buka kulit, tersedia dlm peti ais gini 😍
berjalan-jalan di pekan, beli brg dapur, ternampak pula buah cempedak di tepi jalan. aduhai, nafsu nak makan cempedak goreng dok tertangguh-tangguh berminggu-minggu. langsung tak jumpa org jual buah cempedak or cempedak goreng. hmmmmm beli la sebiji.
20 ulas buah cempedak ready untuk digoreng.
beli sebiji buah cempedak, RM22 (2kg+).
dpt la 20 ulas. berharap dpt lebih 😏.
cempedak goreng ready utk dimakan.
puas hati. gembira.
gambar mangga dan pisang tak dpt nak tempek di sini. ni memang sentiasa ada je kat rumah. senang beli sebab kedai dedekat rumah ni sentiasa menjualnya. cuma kali ni, mangga yg dibeli kurang manis. tawar.
indah sgt bila musim buah. instead of makan nasi, lauk, kita boleh tukar dgn makan buah-buahan atau hidangan berasaskan buah. mengenyangkan juga. yes la, semangkuk cempedak goreng, sepinggan buah mangga, semangkuk lagi cekodok pisang. wah wah wah...
alhamdulillah... 😌

17 Comments
CANTIKNYA ISI DURIAN . terasa isi tu ..nyum nyummm
ReplyDeleteHehe betul itu, tukar-tukar makan buah yang bermusim.
ReplyDeleteMakan puas-puas sebelum musim habis.
Ada juga dapat buah bukan bermusim macam durian belanda.
DURIAN!!!!!
ReplyDeleteHahhaha ok dah dpt vaksin dedua ni, baru bole makan durian banyak2 hehehe...
takut makan b4 vaksin, demam teruk heheh...
Alhamdulillah
ReplyDeleteDapat menjamu buah2an tempatan
Nak beli durian lah esok.Kat tempat Syu durian dah turun harga.Sekilo RM5 jer.
ReplyDeleteMenawan betul tengok isi durian tu. Warna cantik, isi tebal, rasa pun sedap. Rezeki dapat makan buah buahan tempatan ni bila tiba musim buah. Sedapnya cempedak goreng.
ReplyDeleteAdoi.. semua buah yg sedap.. lama x mkn cempedak goreng.. sini durian blom musim lg.. yg kayangan je ada
ReplyDeletesemua shida dah rasa..durian tu smpai panas dalam rasanya huhuu..over mkn..
ReplyDeleteKupas sebanyak mungkin buah rambutan dan sejukkan dalam peti sejuk. Wah.. sedap ya amat bila makan. Durian pulak.. maaf kau bukan dalam senarai pilihanku.. hehehe..
ReplyDeletesetengah orang tak minat udang merah. Tapi tahun ni fav ain udang merah! Tapi durian kampung pun tak kurang sedapnya. Memang panas je badan sehari dua ni overload durian! haha
ReplyDeleteWah, banyaknya buah-buahan tempatan.
ReplyDeleteSekarang memang musim buah-buahan tempatan. Puas makan..
ReplyDeleteCempedak tak makan lg sebab takut berangin satu badan huhu tp memang sedap sbb ada anak ni susah sikit bila menyusu kena pantang mkn
ReplyDeleteSedapnya buah-buahan! Sayangnya segala durian, rambutan, manggis dan lan-lain belum tiba muisimnya di Borneo. Sabarlah kami menanti hihihiii.
ReplyDeletebuah-buahan tempatan mmg sedap... alhamdulillah ada rezeki merasa thn ni cuma harganya tu laa waduhhh
ReplyDeletePuas hati bila dapat durian yang isinya tebal dan sedap.. berbaloi bayar..
ReplyDeleteSha tak jumpa lagi orang jual cempedak dekat sini.. suka makan fresh dari goreng.. hehehe
Nikmatnya makan durian.. Sedap tu cempedak goreng
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.