assalamualaikum & salam sejahtera
petang-petang Sabtu ni, tiba-tiba mood utk menaip di blog terbit. sambil-sambil tonton Netflix, drama kartun bersiri jepun pilihan Syuhada, mula la klik-klik blog kawan-kawan untuk membaca. few days juga tidak blogwalking sejak Aidiladha ari tu.
yes. kini saya dan mr.asben da kembali bekerja di pejabat, 2 hari dalam seminggu. alhamdulillah, dlm 2 hari memang dapat diselesaikan byk kerja. concentrate. bila BDR, tak terlalu byk yg mesti dibuat la kan. maklumlah, di rumah bukan saje BDR, tapi jengah-jengah Izzat PdPR. hu hu hu 😓bagi saya, PdPR anak-anak amat berat, sedikit membebankan! hu hu hu...
semalam kebetulan saya bekerja. driving to the office, terasa wow sgt pagi tu 😄. listened to the radio. relax. driving pun less than 90 km/h. just enjoy je. kereta tidak banyak seperti dulu kala, masih PKP 3.0. masih belum 100% keluar bekerja, kan. keadaan was so nice...
sampai di pejabat, bersua muka dgn officemate yg kebetulan sama giliran, another feeling. 😊 it was good. kami masih amalkan penjarakan sosial, pakai mask meskipun nak ke tandas dan tidak berkumpul. memandangkan kes di Melaka amat tinggi, saya memang berhati-hati. mujurlah ada bilik sendiri. tak la berserabut kena pakai mask sentiasa.
inilah perasaan saya ketika memulakan kerja di PKP 3.0 ni.
saya gerak depan sekali, da arahkan diorang follow saya rapat-rapat.
diorang gagal, saya gagal la nanti, kan 😔. camne la saya report ke big bosses hu hu hu hu... kelu depan bos adalah sesuatu yg saya benci. elakkan. hindari! menghala ke hujung tahun ni, sgt la tidak bagus kita-kita mencalarkan hati bos. aniaya diri sendiri nama nya. perlu maintain markah SKT yg tinggi.
wish me luck ye.
last week was fun, tiap hari saya tgk live dari Parlimen 😆😊 ha ha ah ha... next week bersambung lagi melihat gelagat YBsbergaduhberhujah. umpama kembali ke kelas di U pun ada, dok belajar tentang Federal Consti dulu kala dgn Prof Aziz Bari. hmmmmm...
😉
26 Comments
Selamat kemabli bekerja.. moga dipermudahkan urusan
ReplyDeleteaminnn... terima kasih :)
DeleteSemoga berjaya.
ReplyDeleteSelamat kembali bekerja kak. Semoga dipermudahkan segala urusan kerja dalam norma kerja baru. Even 2 hari seminggu pun dah kira bagus juga dapat settlekan kerja di office.
ReplyDeletebetul. di ofis lagi mudah settle kan, fiza.
Deletekita berseorangan. boleh concentrate 100%.
tapi tu la, dlm hati, risau gak anak2 kat rumah :) hi hi...
Sedar tak sedar dah masuk bulan Ogos kan...
ReplyDeleteSeakan pantas 2021 berlalu :(
yes. takde byk aktiviti thn ni.
Deleteaktiviti hanya di rumah. PKP 2.0 ke PKP 3.0 yg ntah bila akan tamat.
Selamat kembali bekerja dengan SKT baharu.
ReplyDeleteWalaupun sukar kena hadapi juga dengan sabar.
Memang di musim pandemik yang tak tahu bila akan berakhir ini seringkali membuatkan rasa down...mood ke laut! Tapi cepat-cepat kutip semula.
mood thn ni tak brape nak ok :(
Deletemostly ke laut, kak. kerja mcm tak kerja.
jadik cikgu sementara ha ha ah ha...
masak tiap hari, sebab tak boleh nak dine in hu hu hu...
mood ke laut!
Betul lah kak. Nak cakap tidak dekat bos tu berat sungguh mulut ni. tapi kalau tak bgtahu kerja menimbun kita yang sengsara hahaah hadap aje lahh
ReplyDeleteSemoga SKT akak dan team meningkat dengan jayanya dan dapat capai KPI dengan cemerlang! Chaiyokkkk
tq Ain. in shaa Allah...
Deletekan. serba salah kita ni sebagai pekerja.
just kekadang takut tak dpt capai aje. tu la tu.
Owh SKT tu ada markah ek
ReplyDeleteHarap2 dapat markah yang tinggi tahun ni
ada. setiap pegawai kerajaan memang ada markah SKT setiap akhir tahun.
Deleteni la penentu cepat / lambat naik pangkat :)
Alhamdulillah . Selamat bekerja . Semoga sefala urusan dipermudahkan . Stay safe . Jaga sop
ReplyDeletetq so much :)
DeleteSemoga dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan penuh dedikasi.
ReplyDeletein shaa Allah :)
DeleteinsyaAllah PAST BOLEH. Walauoun task banyak, kerja itu amanah yg macamana pun mesti diselesaikan. All the best, hati2 drive.
ReplyDeletetake care
ReplyDeleteSelamat bekerja Aida.
ReplyDeleteBetul tue kak.. Saya pun tengah kejar SKT saya jugak sebab masih lagi BDR, jenuh nak cari assignment yang sesuai dengan kerja.. Maklumlah suma kerja hakiki berada kat office dan susah nak bawak balik... Anyway, wish you good luck with new environment...
ReplyDeleteoh..barulah saya faham SKT tu apa. saya kerja swasta, guna istilah target. semoga tercapai target di samping dapat menjaga kesihatan. keje baik-baik
ReplyDeletesemoga dipermudahkan segala urusan...all the best ya
ReplyDeleteslow2 settlekan kak aida, diffuse banyak sikit kalau stress hehe
ReplyDeleteSha pun dah mula kerja tapi dekat sini 3 hari seminggu.. Lebih bahagia berada di pejabat melaksanakan tugas kan aida.. Banyak yang boleh diselesaikan..
ReplyDeletekannn bila kelu di depan bos tak ada jawapan nk jawab haa tak suka jugak tu. huhu
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.