assalamualaikum & salam sejahtera 😊
sekarang baru berpeluang untuk update blog kecil ni. tiada kesibukan apapun. cuma dalam mode mendapatkan semangat utk kembali bekerja di pejabat. free kan minda and ceraikan BDR dari dlm fikiran 😊. tidak bekerja setiap hari pun, namun feeling driving back to the office sgt buat saya teruja 😀. semoga kami-kami yg bakal bekerja kembali di pejabat akan dilindungi oleh virus covid 19 durjana. most of us dah pun complete 2 dos vaksinasi covid 19. in shaa Allah.
throwback, bercerita tentang Aidiladha yg lepas, kami berlima di rumah saje. weekend yg sebelum tu saya da siap-siap shopping 3 ekor ayam dan hampir 1kg daging batang pinang. aneka sayur untuk kuah lodeh. rempah tumis utk rendang. semua perancangan dibuat rapi meskipun tak balik beraya di kampung.
kuah lodeh, ketupat mini & sambal tumis ikan bilis 😋
perfect match.
rendang daging & lemang segera jenama nona.
ayam masak merah & ketupat mini.
ni all time favourite dalam rumah ni.
this was a double celebration.
ayam masak merah & ketupat mini.
then kuah lodeh dicurahkan ke atasnya 😋
lebih kurang jam 10 pagi gitu, video call dgn famili di Selangor. abah. emak. anak-anak buah 💚. lama juga bervideo call. and between those times, ada bergenang air mata meskipun tak berborak hal-hal sedih. sib baik tak la begitu berat air mata tu, tak jatuh membasahi pipi.
bergambar sempena Aidiladha - 4 beradik di tepi tv dan kami 2 beradik dlm tv 😊. sorang abang di Kedah, tak sihat. sorang lagi abang saya di Sg.Buluh sedang di kuarantin, PUI, pun tak brape sihat. but knowing mereka dlm keadaan yg baik hari ni, such a relief. alhamdulillah...
hmmmm ntah brape lama lagi sekatan ni akan dilaksanakan. ntah la... da penat utk mengira hari, klik image statistik covid 19 negara,... mengira jam yang berdetik... ntah! pepun. berdoa agar org-org yg kita sayang kekal sihat. dipertemukan nanti-nanti di ruangan yg berbeza. cuti sekolah akhir tahun, mungkin? in shaa Allah.
😍 😉
19 Comments
lemang dgn rendang tu nmpk menarik nya heheh
ReplyDeletebaru tgk tu.
Deletelom rasa lagi :) ha ha ah ha...
memang menarik!
Sama juga juadah lontong. Cuma menu sampingan berbeza sedikit.
ReplyDeleteInsya Allah dapat tulang ke kampung. Sekarang hanya perlu bersabar.
Bila la boleh kumpul semula macam dulu-dulu. Allahu.
ReplyDeleteitu la tu :(
Deletesedih kalau difikir-fikirkan...
sedapnya
ReplyDeleteDpt makan menu lontong pun dh terubat rindukan heheh
ReplyDeleteSedapnya lontong.Raya haji hari tu tak buat pun😅.Bila tgok orang buat rasa macam nak buat jer😆
ReplyDeleteSelamat kembali bekerja di office kak!
ReplyDeletekuah lodeh, ketupat mini & sambal tumis ikan bilis 😋
perfect match- Setuju! Wajib yaaaa kalau raya
kan :)
Deleteamat sempurna bila semua bergabung dlm mulut.
terus terbayang kampung hi hi hi...
Wow, meriah jugak ye dengan makanan..berabahlah raya time gini..Hmm
ReplyDeleteRaya haji tahun ni tak merasa lemang..
ReplyDeletearea sini pun takde yg menjual.
Deletetu yg beli lemang segera aje, fairus.
jadik la. dpt merasa makan dgn rendang.
tetap sedap yg original.
syok tang buka buluhnya tu :)
Sedapnya menu raya akak. Kuah lodeh favourite saya tu. Nasi impit kuah kacang pun sedap haaihh..Raya PKP ni kit bervideo call je lah kan. Harapnya tahun depan boleh sambut dengan meriah. Semoga semua ahli keluarga akak sihat dan segera sembuh. aaminn..Akak juga stay safe dan selamat bekerja di office.
ReplyDeleteMeriah juadah Aidil Adha. Alhamdulillah walaupun kecil-kecilan tetap jua disambut dalam suasana seadanya.
ReplyDeleteMenu Aidiladha yang ringkas tapi nampak menyelerakan.. Saya pulak tak beraya langsung sebab badan tak sihat.. Nasib baik ada jiran2 yang baik hati bagi juadah raya dan hubby beli lemang...
ReplyDeleteraya, raya juga kan? juadahnya jgn dilupa ;-)
ReplyDeleteSedapnya menu raya Kak Aida sekeluarga. Ni last la beraya dengan TV kan sebab semua beradik kak aida dah dapat vaksin
ReplyDeleteSedapnya menu Aidil Adha Aida..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.