assalamualaikum & salam sejahtera 😊
awal pagi ni, bangun dari tidur and relaks di bucu katil dulu before turun ke tingkat bawah. Izzat masih lena tidur meskipun jam dah pun lebih jam 8 pagi hu hu hu hu... masih berdengkur! aduhai anak... PdPRnya start jam 8 pagi tau. tapi Google Classroom saje, it is ok. saya berniat nak kejut dia lewat skit 😃.
swipe phone up and down. baca-baca facebook. cek whatsapp conversations. then, jari saya terhenti kat status kak ipar. dia kongsi trailer movie lama (2001), I Am Sam. few minutes tonton trailer, terus memikat hati saya utk terus menonton. apa lagi, terus search full movie dan tonton hingga akhir sambil-sambil pantau Izzat PdPR.
sinopsis.
mengisahkan seorang bapa tunggal yang mempunyai kecacatan intelektual, Sam, dan anaknya, Lucy, yg amat cerdik berumur 7 tahun. Sam mempunyai tahap pemikiran seperti kanak-kanak berumur 7 tahun juga. meskipun begitu, mereka hidup gembira bersama. Lucy membesar dengan baik dan sempurna. sehinggalah pada satu hari, Sam dipanggil oleh pihak sekolah Lucy kerana lukisan Lucy. kemudian dari itu, Sam ditangkap polis kerana seorang pelacur . bermulalah pihak ala-ala Jabatan Kebajikan Masyarakat (Department of Child & Family Services) ingin mengambil hak penjagaan Lucy dari Sam 😓😳. bermulalah perjuangan Sam di mahkamah nak membuktikan yang dia layak menjadi penjaga Lucy sehingga dia besar.
kasih sayang tidak kira kita ni sempurna akal ataupun tidak.
itulah dia. lakonan Sean Penn (Sam) dan Dakota Fanning (Lucy) dalam movie ni boleh buat kita menjadi sayu dan sedih. betapa kasih seorang ayah tu tiada batasannya walau apa pun. meskipun dia memiliki kekurangan dari segi intelektual, kasih sayangnya dan rasa bertanggungjawab terhadap Lucy sama seperti orang yang sempurna. malah, Sam kelihatan lebih bertanggungjawab dari ayah yang sempurna yang lain. itulah kurniaan Tuhan kepada semua makhluknya, kasih sayang...
meskipun Lucy dibesarkan oleh Sam yang serba kekurangan di mata orang lain, dia membesar dgn sungguh cerdik. dia sentiasa menjaga ayahnya. dia sentiasa memahami ayahnya. dia tidak pernah malu dengan ayahnya malah timbul satu rasa yang dia tidak mahu melebihi dari ayahnya, jika ayahnya tidak boleh, dia pun tak boleh la. aduhai...
akhirnya, apabila Lucy dirampas darinya, hidup Sam hancur. dia tewas dalam perjuangannya mendapatkan hak penjagaan Lucy ðŸ˜.
lukisan Lucy yang menjadi tanda tanya gurunya.
Lucy menggambarkan dirinya yang memimpin ayahnya.
dirinya lebih besar dari ayahnya.
ðŸ˜
jika belum tonton, saya recommend sgt movie ni ditonton bersama anak-anak. movie wajib tonton. meskipun ia movie yg lama, 20 tahun lepas, ia masih relevan ditonton kini. boleh menjentik hati kita atau anak-anak tentang betapa pentingnya berkasih sayang di antara kita. ketidaksempurnaan akal tidak membuatkan seseorang itu patut dinafikan haknya untuk berkasih sayang, disayangi dan menyayangi.
💜💛
12 Comments
terbaik
ReplyDeleteWow mcm best je drama ni
ReplyDeletekesiannya Sam...
ReplyDeletemcm lebih kurang citer korea yg MIracle in cell no 7
ReplyDeletekena cari di internet ni sbb mcm best je citer ni....
ReplyDeletepernah tonton dulu...memang sedih dan memang terbaik lakonan Sean Penn ni
ReplyDeleteTak pernah tengok cerita ni full. Dakota Fanning ni pun dah tua dah. :)
ReplyDeleteSedihnya cerita ni. Tak dapat bayangkan bila sam terpisah dengan anaknya Lucy tu
ReplyDeletetak pernah tengok lagi movie ni. Kesian anak-beranak ni kena fight untuk hidup bersama.
ReplyDeletePernah tgk movie ni memang menyentuh hati
ReplyDeletecite ni mmg best sy siap beli CD lg hehehe
ReplyDeleteMeleleh air mata tengok filem ini..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.