assalamualaikum & salam sejahtera 😃

Selamat menjalani PDPR | 12 - 16 Julai 2021
image yg diterima dari grup whatsapp sekolah Syuhada pagi ni 😍

comel. penuh inspirasi. ia ditujukan buat anak-anak yang akan ikut PdPR seminggu lagi, in shaa Allah.
  • gembirakan hati anda
  • sayang diri anda
  • tunjukkan kebolehan anda
  • percaya diri anda
  • doakan diri anda

yang akhir tu utama!
kita tak nak anak-anak stress. mana nak layan PdPR, mana lagi nak uruskan rumah dan adik-adik, mana lagi nak bantu ibu ayah. jgn tak tau, ada anak-anak yang dibebani dgn semua ni. realiti! tak berlaku pada kita, mungkin berlaku pada keluarga yang lain.


suka saya nak kongsi tips cemerlang bila belajar di rumah utk anak-anak. ibu bapa mesti sokong anak-anak. bantu selagi mampu. in shaa Allah.

1. TETAPKAN MATLAMAT DIRI
jadual sudah diberikan oleh pihak sekolah. maka, mudah utk anak-anak kita tetapkan matlamat mereka dari hari ke hari. what to do now. what to do next. ini mungkin applicable kpd anak-anak yang sudah dewasa skit. seperti saya yang mempunyai kak Nurin (tingkatan 4) dan Syuhada (tingkatan 2), mereka da boleh plan sendiri. set matlamat. hujung minggu pun kebiasaan mereka da tahu apa nak buat.

Selamat menjalani PDPR | 12 - 16 Julai 2021
utk anak bongsu ni, masih lagi saya yg set kan matlamat dia 😃

2. PERLU ADA DISIPLIN DIRI
apapun yg kita buat, mesti berdisiplin. patuhi jadual kelas meskipun PdPR. waktu rehat, barulah berlegar-legar utk makan minum. saya memang print jadual kelas anak-anak dan lekat di dinding bilik belajar. mudah bagi saya buat pemantauan.

3. PERSEDIAAN AWAL SEBELUM KELAS BERMULA
ini penting. saya setuju. most of the time, waktu malam sebelum tidur saya akan bertanya. "kerja hari ni dah selesai?". tujuan pertanyaan saya ialah agar esok pagi, mereka dpt tumpukan perhatian pada topik yg akan diajar pada hari tu.

sebelum mula kelas, selak-selak dulu apa yg bakal diajar sebentar lagi utk dptkan clear view. jgn fikiran tu kosong langsung! bahan-bahan seperti buku teks, buku nota, alat tulis, kertas graf dan bahan-bahan lain yang diperlukan bagi memulakan pembelajaran mesti da siap sedia. penting agar bila da mula kelas, tiada gangguan.

4. FOKUS KEPADA PEMBELAJARAN
ini tidak boleh tidak la, kan. bila belajar, wajib fokus. apatah lagi bila PdPR, suasana yang berbeza. saya memang khaskan seorang anak, satu earphone. tidak berkongsi. ini tidak melibatkan bajet baru sebab masing-masing memang dah ada sebab masing-masing ada phone. 

Selamat menjalani PDPR | 12 - 16 Julai 2021

bila guna earphone, gangguan lain tidak akan beri kesan kpd sessi pembelajaran. konsentrasi penuh kepada apa yang diajar.

5. REHAT YANG CUKUP
memang memenatkan! terutama anak-anak sekolah menengah, bermula jam 8 pagi hingga ke hampir 3 petang. mata tertumpu kepada komputer dan telinga dgn earphone. sgt efek kepada deria utama mereka. maka, rehat yg cukup dan berkualiti amat diperlukan.

ibu ayah mesti beri consideration utk anak-anak berehat. sebab tu saya takkan suruh anak-anak belajar lagi di waktu malam, kecuali atas kehendak mereka sendiri ataupun kerja utk hari itu tidak lagi selesai. kami akan relax depan tv, tonton movie. tidur awal. pendek kata, tak fikir pasal kelas or belajar lah.

fizikal dan mental mereka kena sihat. dah la terkurung dalam rumah, tak berjumpa kawan-kawan utk berborak bergelak ketawa. takde kegiatan sekolah yang menyeronokkan. belajar pun berseorangan secara online. stress! tak cukup rehat boleh membawa kepada ketidakselesaan. tumpuan pun bakal hilang.

Selamat menjalani PDPR | 12 - 16 Julai 2021
anakanda bongsu, darjah 3.
lebih dari setahun da hilang nikmat ke sekolah.
kesian lah...

...semoga pandemik covid 19 ni cepat Allah angkat dari muka bumi. kehidupan kita kembali normal meskipun ikut noma baharu. takpe. janji gerak bebas dgn selamat dan sejahtera.

in shaa Allah...