assalamualaikum & salam sejahtera 😃

selesai sudah tanggungjawab kami sekeluarga. alhamdulillah. dos pertama pada 3.5.2021 (bulan Ramadhan) dan dos kedua pada 5.7.2021 lepas. rezeki kami sekeluarga, daftar bersama dan temujanji utk kedua-dua dos pun dapat bersama sekeluarga. maka lepas ni, nak buat famili gathering, da boleh mohon kebenaran dari kerajaan sebab semua yg dewasa da complete dos vaksin covid 19 😀.

Vaksin AstraZeneca | Kami sudah lengkap 2 dos, lindung diri, lindung semua
tak lupa bergambar bersama di PWTC sekeluarga dgn gembira.
mujurlah tidak ramai orang utk dos kedua di PWTC.
kami dapat sessi pertama sebelah pagi.

Vaksin AstraZeneca | Kami sudah lengkap 2 dos, lindung diri, lindung semua

Vaksin AstraZeneca | Kami sudah lengkap 2 dos, lindung diri, lindung semua
kami team pertama untuk suntikan vaksin AstraZeneca.
tempahan yang dibuka pada 2.5.2021.

meskipun saya menetap di Melaka, saya tetap mendaftar utk sessi tempahan pertama vaksin AstraZeneca (AZ) ni sebab kekerapan saya ke Selangor. ahli keluarga saya semua di Selangor. maka adalah penting utk saya juga mendapatkan suntikan vaksin ni dgn cepat. alhamdulillah, pendaftaran saya dan mr.asben diluluskan dan diterima oleh sistem 😀. nikmat manalah yg hendak saya dustakan.

tempahan vaksin AZ dilaksanakan berdasarkan kaedah first-come, first-served melalui pendaftaran di laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), www.vaksincovid.gov.my.

kenapa vaksinasi AZ mesti ditempah? bukankah semua yg sudah mendaftar di MySejahtera kena diberikan dahulu?
kat sini, perlu sgt saya petik kata-kata penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar, vaksin AstraZeneca akan diberikan secara sukarela susulan kegusaran dalam kalangan masyarakat terhadap tahap keselamatan vaksin itu, yang dikaitkan dengan insiden pembekuan darah yang jarang berlaku di beberapa negara.

dalam bahasa biasanya, siapa yg tak gusar dgn vaksinasi AZ, tempah. ia adalah vaksin yang kontroversi kan. tak nak ada paksaan dari kerajaan utk sesiapa dptkan vaksinasi AZ. kalau ada apa-apa efek selepas tu, tidaklah menyalahkan kerajaan.

Vaksin AstraZeneca | Kami sudah lengkap 2 dos, lindung diri, lindung semua

sesudah membuat tempahan secara online, barulah ligat saya mencari maklumat tentang vaksinasi AZ ni. maklumlah, bertebaran di media sosial tentang keburukan vaksinasi AZ ni di serata dunia hingga suntikannya di hentikan di beberapa negara 😞. ia dikatakan tidak disyorkan untuk yang berumur kurang dari 50 tahun kerana selepas sebilangan kecil pesakit di luar negara mengalami pembekuan darah. ada kes yang membawa kepada kematian! 

laporan kes pembekuan darah membuatkan banyak negara menghentikan vaksinasi AZ. Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) memaklumkan setakat 31.3.2021 terdapat 62 kes direkodkan. Sebanyak 30 kes direkodkan di Britain, dan 7 individu dilapor meninggal dunia. namun, pihak AZ menegaskan tidak ada bukti risiko pembekuan darah akibat vaksin tersebut. 

takut ke takut sangat? 😥  😩

tekun la saya mencari maklumat di internet seharian demi nak meyakinkan diri sendiri. Allah je Maha Tahu betapa saspennya diri ni nak kena cucuk dgn vaksin covid 19, AZ pula tu. suka saya nak kongsi statement made by Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Pendidikan dan Sokongan Teknikal), Dr Hishamshah Mohd Ibrahim, "setiap pembelian vaksin melalui proses penilaian oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)." proses itu bertujuan memastikan setiap vaksin COVID-19 menepati piawaian keselamatan terhadap kesihatan serta tubuh manusia, selain berkualiti tinggi.

di YouTube byk dikongsikan oleh doktor-doktor perubatan tentang vaksinasi, tertumpu kepada AZ yang kontroversi ni. tekunlah saya seharian mendengar dan hadamkan penjelasan para doktor komen. dipendekkan cerita, adalah lebih baik kita divaksinasi dari tidak langsung. at least, kita dah ada pendinding dari virus covid 19. 

Vaksin AstraZeneca | Kami sudah lengkap 2 dos, lindung diri, lindung semua
alhamdulillah.
pagi 3.5.2021, kami telahpun disuntik dgn vaksin AZ di Putrajaya.

Vaksin AstraZeneca | Kami sudah lengkap 2 dos, lindung diri, lindung semua
selesa. teratur. cepat.

sebaik sahaja sampai, di hadapan dewan kita kena tunjukkan kad pengenalan dan temujanji di MySejahtera masing-masing. kemudian :
  1. isi borang yang disediakan. serahkan kepada petugas.
  2. petugas akan memanggil kita ke kaunter 1 utk sahkan butir-butir diri dan data yg betul dimasukkan dalam komputer.
  3. berpindah ke ruang kerusi yang disediakan, menunggu giliran untuk disuntik vaksin AZ. masa ni perasaan tu tak tau la nak digambarkan camne 😖. sgt takot! sib baik la ada famili sebelah-menyebelah boleh berborak-borak utk hilangkan rasa gementar.
  4. bila petugas panggil utk masuk ke khemah oren tu, Allahu Akbar, terasa mcm nak pusing balik je keluar dewan! tapi tu la, melangkah longlai la masuk ke khemah oren tu.
  5. doktor yang nak suntik tu sgt bagus. ditunjukkan kita cecair vaksin yang dimasukkan ke picagari tu. siap-siap ajak kita berselawat nabi dulu dan berdoa agar semua berjalan lancar. sejuk hati saya. kurang rasa takut. sedikit sakit la bila dicucuk jarum tu hu hu hu hu...
  6. da siap di situ, terus ke kaunter 2, di situ kita akan diberikan kad vaksinasi dan diminta berehat selamat 30 minit di kerusi berhadapan kaunter. kena pantau rapi, ada tak apa-apa kesan negatif. alhamdulillah kami semua ok sehingga tamat tempoh 30 minit tu.

Vaksin AstraZeneca | Kami sudah lengkap 2 dos, lindung diri, lindung semua
da selesai, on the way nak balik, sempat bergambar di belakang dewan 😄.

Vaksin AstraZeneca | Kami sudah lengkap 2 dos, lindung diri, lindung semua
gigih Abah dan Emak berdiri ambil gambar.

kesan selepas suntikan dos AZ pertama :
  1. petang tu, most of us dilanda mengantuk! 😴😴😴semua tidur. anak-anak saje yg berkeliaran di dalam rumah. sangat mengantuk. kebetulan bulan Ramadhan, tak boleh nak makan or minum, tidur aje la.
  2. malam hari semua ok. kecuali sengal di tangan yg disuntik tu kan. standard lah.
  3. the next day, semua demam teruk kecuali Abah, Emak dan adik ipar lelaki saya. 8 daripada 11 org, kami-kami semua demam panas dan sakit kepala. ada yang terpaksa berbuka puasa kerana terlalu tidak sihat. telan panadol dan tidur. saya dan mr.asben tidur awal malam tu, anak-anak layan diri sendiri 😄. 
  4. malam makan panadol. dan time sahur pun kami telan panadol.
  5. hari ketiga, menjelang tghari, semua yg demam sudah pulih. alhamdulillah...
  6. lenguh di tangan yg disunti, seminggu jugak la nak hilangnya hu hu hu hu...
pemantauan selepas disuntik vaksin AZ adalah sehingga minggu ke-4. dalam tempoh tu, mesti pantau kesihatan diri sendiri setiap masa. jikalau berlaku apa-apa masalah kesihatan, dinasihatkan agar terus ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan segera.

syukur alhamdulillah, kami-kami ok sehingga la selesai vaksinasi AZ dos kedua ni.

ke PWTC pun tidak memberikan byk masalah. kerana Selangor dan Kuala Lumpur da diwartakan sebagai PKPD, 5.7.2021 tu kami sebelas orang ke PWTC dgn 4 kenderaan berasingan, meskipun dari kediaman yang sama. itu yang dibenarkan polis. 

setibanya di PWTC, dari pintu masuk sehinggalah ke kerusi utk disuntik vaksin, berjalan lancar. kebetulan, kami di antara kumpulan yg awal utk dos kedua AZ ni. 

Vaksin AstraZeneca | Kami sudah lengkap 2 dos, lindung diri, lindung semua
selesai disuntik.
duduk di kerusi utk dipantau 30 minit.

Vaksin AstraZeneca | Kami sudah lengkap 2 dos, lindung diri, lindung semua

di sini la juga, sementara menunggu 30 minit tu, status vaksinasi di dalam MySejahtera dikemas kini. sambil-sambil tu, bergambar la sana sini 😄. orang tak ramai, kurang segannya nak bergambar.
Vaksin AstraZeneca | Kami sudah lengkap 2 dos, lindung diri, lindung semua
emak dan anak-anak pompuan.
yg sulung takde plak hu hu hu 😄

Vaksin AstraZeneca | Kami sudah lengkap 2 dos, lindung diri, lindung semua
kami berdua husband & wife 💜

Vaksin AstraZeneca | Kami sudah lengkap 2 dos, lindung diri, lindung semua
hah, yg ni baru complete 4 beradik pompuan 👍

Vaksin AstraZeneca | Kami sudah lengkap 2 dos, lindung diri, lindung semua
dgn Abah dan adik bongsu lelaki 👍

Vaksin AstraZeneca | Kami sudah lengkap 2 dos, lindung diri, lindung semua
dgn Abah & Emak.
nasib baik la para suami semua sporting.
jadi photographer kepada para isteri yg kaki bergambar 😆

kesan selepas suntikan dos AZ kedua :
  1. sebab selepas dos pertama, kami semua tidak sihat. kali ni, setibanya kami di rumah, selepas makan tengah hari, semua telan panadol. petang tu, sama jugak la seperti yg lepas, semua 😴😴😴. berehat.
  2. hari kedua, tidak demam yang teruk. tetapi ada yang sakit kepala seharian. tapi tak seteruk yang sebelum ni lah. masih lagi ok. masih lagi telan panadol hari kedua ni.
then, sehingga hari ini, alhamdulillah all of us ok. berdoa agar memang ok dan vaksinasi kami ni berjaya la sebagaimana yg diharapkan. tidak mudah dijangkiti oleh si covid 19. kami berupaya untuk terus sihat seperti biasa. in shaa Allah...

Vaksin AstraZeneca | Kami sudah lengkap 2 dos, lindung diri, lindung semua
alhamdulillah.
boleh dah rentas negara ke Turki 😄

Vaksin AstraZeneca | Kami sudah lengkap 2 dos, lindung diri, lindung semua
utk anak-anak perempuan pun saya da daftar.
telah dibuka untuk yang berumur 12 - 17 tahun, kan.
kebetulan next year both of them ada exam besar.

moga cepatlah dua anak saya ni divaksinasi. mudah utk mereka, mudahlah utk saya. kerisauan tu kurang bila mereka kembali bersekolah. cuma kami masih perlu berjaga-jaga la utk Izzat yang masih tidak layak divaksinasikan lagi.

sekian saje la perkongsian panjang berjela-jela saya untuk vaksinasi AstraZeneca ni. tanggungjawab kepada masyarakat. moga hasrat kerajaan utk wujudkan herd immunity tercapai cepat tahun ni. kadar jangkitan dpt dikurangkan dan terus disifarkan.

boleh la tahun depan, 2022, kita-kita merancakkan sektor pelancongan negara. ke sana... ke sini... ke sana... ke sini dengan bebas dan merdeka. in shaa Allah.

aminnnn ya Rabbal alamin 😊