assalamualaikum & salam sejahtera 😎
nasi lemak. nasi goreng. lontong nasi. roti canai banjir. roti canai telur bawang. mee kari. soto nasi.
standard la tu sarapan saya. lebih-lebih lagi bila dulu bekerja, selepas hantar anak-anak ke sekolah, saya mesti berhenti di gerai utk bungkus makanan utk sarapan. saya sejenis yg malas nak keluar utk sarapan. kalau da masuk ofis, kaki ni berat nak melangkah keluar.
kocak nescafe segelas. on desktop. cek diari apa tugasan seharian ni. barulah buka bungkusan sarapan tadi. releks makan sorang diri dlm bilik pejabat. most of the time, sambil makan, sambil tonton anything relevant di Netflix 😄.
di rumah, lebih sebulan dah PKP 3.0, da kebosanan dgn jenis sarapan Melayu ha ha ha ah ha... ke kedai, terus beli 2 pek daging burger Ramly. 1 pek besar roti burger. cheese keping.
terlupa pula nak beli salad atau kubis! hu hu hu...
hanya ada bawang dan tomato aje la.
roti da siap, terus diletakkan daging burger dan di atasnya sekeping cheese. saya sapukan mayonis, sos blackpepper dan sos cili. disusunkan pula hirisan bawang dan tomato. sekali, ditamatkan dengan letak telur goreng dan roti burger sebagai penutup.
siap utk dimakan sekeluarga. rupa nampak biasa je kan, tapi rasanya ada ummpphhh! hingga anak minta lagi la 😄. mengenyangkan. kalau ada salad ni lagi best. lagi gabungan tu mantop!
esok pagi sarapan bakal jadi istimewa.
ketupat. lemang. rendang daging (minta-minta la jadik!), ayam masak merah, kuah kacang. hari raya Aidiladha 2021. tak dpt balik kampung, tapi menu raya tu tetap akan ada dihidangkan atas meja setiap rumah, kan 😊. ketupat da sedang dimasak dlm pressure cooker tu. sebelah ptg nanti baru nak buat rendang daging dan kuah kacang.
hari ni hari Arafah. hari istimewa. bykkan berdoa ye 😌.
12 Comments
Sedapnyaa
ReplyDeletewow semoga berjalan lancar persiapan raya esok ni...
ReplyDeleteSaya pun beli bahan bahan burger untuk dinner tapi. Sesekali untuk sarapan pun best jugak. Tukar selera western. Esok dah pastinya special lagi sebab raya :)
ReplyDeleteWaa.. Pagi-pagi dah jadi mat saleh.. Hehe
ReplyDeleteSalam aidiladha, Kak Aida.
ReplyDeletetu dia sedapnya
ReplyDeleteWah, nampak ringkas dan menyelerakan. Sesekali tukar selera pun okey jugak kan..
ReplyDeleteSESEKALI CUBA WESTERN BREAKFAST TAK SALAH , JANJI PERUT KENYANG
ReplyDeleteMenu simple pun dh kenyang mcm ni
ReplyDeleteSedapnya aroma daging burger goreng! Sedap lagi bila burger sudah siap bila dijamah!
ReplyDeletehuuihhh dasat menunya... bleh feeling2 omputeh hehehe
ReplyDeleteSesekali buat sendiri berger memang puas hati makan..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.