assalamualaikum & salam sejahtera 😊

semlm, seharian saya kurang sihat 😞. selepas prepare sarapan anak-anak, cekodok dan goreng sikit kepok lekor, telan sebiji panadol dan lebih kurang jam 11 pagi, tidur 😴. lama! saya berehat. hingga ke petang! seluruh badan rasa lenguh-lenguh dan hingga sekarang pun, kepala terasa berat hu hu hu... 

Allah tarik sikit nikmat semlm. tq to mr.asben, for dinner, dia belikan burger. kebetulan, lama jugak la kami sekeluarga tak makan burger ramly. best. saya oder burger ikan 😋. cuti masak 1 malam.

alhamdulillah, hari ni da ok. separuh hari dah ni BDR, kebetulan byk kerja dan tinjau-tinjau Izzat PdPR. kak Nurin dan Syuhada exam online. sesekali, saya jengah la diorang berdua dalam bilik. 

pagi ni dikejutkan pula dgn berita kakak cleaner di ofis, positif covid 19 tahap 4. resultnya keluar Jumaat lepas. Allahu, sememangnya berjumpa dia hari Isnin lepas 😓. mujurlah saya memang patuh s.o.p dgn pakai mask dan jarak sosial. rasa hati ni lega la sikit kan. semoga k Ani kembali pulih, dia di hospital besar hari ni, bantuan pernafasan.
Berhujah! Tetapi diam itu adalah lebih baik...

berkaitan dgn entri yg lepas, naik kerja di pejabat dgn SKT baharu yg lebih berat 😢. tu la tu. ada org kata, kalau tak mampu, cakap la kat bos. ada org kata, kita ni sangka bagus and say yes je. ada jugak org kata, nasib la ko, padan muka ko! 

"the important thing is not to stop questioning". yes, sebelum 100% saya terima task baru, saya berhujah dgn bos. why me? why my team? and alhamdulillah, bos beri saya peluang utk menyampaikan hujah. kebetulan dia pun nak pastikan yg dia buat keputusan yg betul. 

"saya bagi peluang untuk awak berbahas. saya suka."
lega bila bos bagi feedback gitu. sebab ada bos yg langsung tak nak dibantah. putih kata dia, putih la. hitam kata dia, hitam lah. bila dpt bos yg boleh dibawa berbincang, alhamdulillah. bersyukur!

Berhujah! Tetapi diam itu adalah lebih baik...

tapi mesti nak kena ingat, berhujah bila perlu. bila ia sememangnya perlu kita berbahas. sekiranya ia perkara yang remeh dan sia-sia, diam itu adalah lebih baik. jgn kita panjang-panjangkan perkara yang dah tahu takkan jumpa jalan penyelesaian. mungkin akan bertambah keruh keadaan.

pesan Imam Shafie, "apabila bercakap orang bodoh, maka jangan engkau menjawabnya. Maka sebaik-baik jawapan ialah diam. apabila orang bodoh mengajak berdebat denganmu, maka sikap yang terbaik adalah diam, tidak menganggapi. apabila kamu melayani, maka kamu akan susah sendiri. dan bila kami berteman dengannya, maka dia akan selalu menyakiti hati...".

sgt benar. bukan bila kita diam, kita kalah. biarlah apa org nak kata, apa yg penting, kita jaga adab. dan kita sebenarnya boleh menyelamatkan sillaturrahim bila diam.

ini pernah terjadi depan mata saya. 
ada seorang rakan sepejabat bertikam lidah dgn penyelia (bos pangkat lebih besar la ni). Allahu, both of them tak nak berhenti, tone suara amat tinggi. saya tersepit dalam situasi tu. cuba beri signal kepada member tu agar berhenti. no point kita pegawai berpangkat lebih rendah nak lawan bos atas perkara yg remeh. kesannya, hubungan di antara mereka berdua hingga kini tak baik 😔. sgt sedih! perkara boleh selesai dgn baik sebenarnya... 
saya pegang prinsip bahawa :
  1. bos is always right. mereka ada ego yg mereka nak pertahankan. kita kena mengalah...
  2. bos bercakap, kita diam. dlm diam tu kita analisis, patut ke dibantah? if tak penting, takde kesan kepada kita atau kerja, kita 'yes' kan aje. kalau dia bercakap, then kita bercakap, umpama mikrofon bertukar tgn tanpa henti, bingit! camne la otak nak berfikir, kan.
  3. dia bos, kita kena hormat. maka, kita mesti diam. selain daripada pangkat dia, kita wajib hormat sebab dia lebih tua dari kita. hormat seperti kakak / abang kita, ibu / ayah kita. if begitu, kita akan rasa tenang.
above all, saya nasihatkan rakan sepejabat tu, "awak akan duduk di kerusi dia satu hari nanti. awak akan jadi bos. adakah begini keadaannya awak nak suatu hari nanti - anak buah melawan cakap awak. what u give, u get back. be rational." saya dgn dia memang umpama kakak adik, itu yg boleh saya nasihatkan dia la. jiwa muda, cepat panas.

dipendekkan cerita, pesan Iman Shafie tu kita semat dlm hati. berhujah bila perlu. berhujah dgn nas-nas, bukan berbahas kosong. maruah terjaga dan sillaturrahim tidak terputus.

😊