assalamualaikum & salam sejahtera semua 💚
berkesempatan menaip di laman blog ptg ni. beberapa tugasan hakiki berjaya diselesaikan. Zero tunggakan kerja ye 😊. da list kan what to do for esok. di kala menunggu azan Asar berkumandang ni, kita exercise jari-jemari di papan keyboard ni. kebetulan, ada beberapa karangan di draft folder. marilah kita publish satu.
kini, saya da kembali 100% bekerja di ofis. no more BDR. anak-anak bersekolah secara giliran. tiada langsung PdPR. minggu tidak bersekolah, mereka buat homeworks. dan saya nasihatkan diorang utk ulangkaji.
so, bila masuk ke bilik PdPR diorang mlm td, sedang kak Syuhada ulangkaji (minggu ni minggu exam), terkenang la musim mereka PdPR few months ago. byk penambahbaikkan yg saya dan mr.asben buat demi memberi mereka keselesaan belajar di rumah.
saya bercerita ni bukanlah nak meriak ibarat burung merak. tidak.
hanya nak berkongsi proses tambah baik keperluan utk diri sendiri yg BDR pada masa tu, seiring dgn keselesaan anak-anak bertiga utk PdPR. kelengkapan asas untuk PdPR dan BDR :
- telefon bimbit & simcard utk kak Nurin & kak Syuhada. sebelum hangat PdPR, mereka berkongsi telefon lama tanpa simcard, connect wifi rumah saje. thn ni, kedua-dua mereka perolehi telefon baharu.
- sebelum PKP 3.0 dilaksanakan sepenuhnya, saya dan mr.asben ke kedai dan beli sebuah lagi laptop Acer Aspire 3. RM1700. digunakan sepenuhnya oleh kak Nurin. kak Syuhada guna MacBook dan Izzat pula gunakan desktop. cukuplah utk mereka bertiga sorang satu. tak la masing-masing missed GM.
- tambahbaik printer lama (mudah utk print dan scan kerja / tugasan)
- earphone / headphone (tambah konsentrasi masing-masing)
- capaian internet yang kuat - upgrade Unifi (lelebih kalau pelbagai gajet yang digunakan)
- meja dan kerusi yang bersesuaian (saya lengkapkan bilik kedua dgn 3 set meja dan kerusi utk anak-anak) [entri berkaitan : Bilik PdPR]
adakah semua ibu bapa mampu untuk sediakan capaian internet dan gajet mencukupi utk pastikan anak-anak dapat pendidikan sempurna semasa PdPR?
surely bagi golongan kurang berkemampuan, ini adalah cabaran terbesar kepada mereka, khususnya di kawasan pedalaman bagi memastikan PdPR berjalan lancar. bagi kita-kita ni iaitu ibu bapa yang bekerja, sudah pastinya perlu bijak membahagi masa antara kerja hakiki dan PdPR anak di rumah. kena gunakan gajet dan capaian internet serentak dengan masa PdPR. kalau hanya ada satu atau dua sahaja gajet di rumah, bagaimana pula situasi ini boleh diatasi? 😕
kesayangan saya - HP Pavillion 20 All-in-One Desktop.
kedudukan desktop ni berubah-ubah. meja makan or meja kopi depan tv, bergantung kpd penggunanya pada masa tu 😄. tak berat sgt, saya pun boleh angkat. mudah la nak diubah-ubah. ni otai ni. saya beli sekitar tahun 2015 kot dulu. masa tu PC Fair aktif di MITC Melaka. da upgrade HDDnya kepada SSD bulan Mei lepas.
2 beradik wireless ni pun baru dibeli.
keyboard dan mouse lama dah rosak hu hu hu 😔
MacBook ni digunakan sepenuhnya oleh Syuhada sepanjang PdPR.
ni kesayangan saya juga ni. sebelum PdPR, saya yg guna MacBook ni sepenuhnya. khas utk blogging. senang blogging di mana-mana, atas katil, atas karpet, kat sofa, dalam kereta (jika perlu). battery memang tahan lama. otai jugak ni, beli sekitar tahun 2012. casing merah tu baru beli di Shopee 4-5 bulan lepas. pilihan kak Nurin. macbook saya ni bernama Old Macbook Pro 13" (A1278) di Shopee tau. ada perkataan 'old' 😅😆😆. nampak sgt dah lama hu hu hu... tapi masih best digunakan. alhamdulillah.
laptop baru ni digunakan sepenuhnya oleh kak Nurin sepanjang PdPR.
baru je beli, dalam bulan Mei 2021 lepas - Acer Aspire 3, skrin 15". beli sebab bila mana 3 anak dan ibu ayah sekaligus BDR dan PdPR, ibu dan ayah kena mengalah. kerja ditangguhkan sebab mengutamakan anak-anak yg ada Google Meet. kat situ, mr.asben dah kurang selesa, sebab kerja dia tertangguh.
ni Muhammad Izzat sedang PdPR 😄. siap pakai kopiah!
marah dia bila saya snap gambar ni tau ha ha ha aha...
laptop ke-3 dalam rumah - laptop ofis. dlm keadaan biasa, saya tak bawak balik rumah pun. stay dlm kabinet berkunci dalam bilik di ofis. namun, dek BDR yg berlanjutan sekian lama, ada la sebab utk ia dibawa balik. kerja utama saya sememangnya dari dulu lagi secara dalam talian, jaga sistem kursus pegawai. maka, sgt perlu utk akses ke sistem pada bila-bila masa. agar kerja tak tertangguh meskipun releks releks kat rumah.
so, di samping saya buat kerja, sekaligus saya pantau PdPR Izzat. kalau saya guna utk kerja, meeting online dan sebagainya, Izzat akan berPdPR dgn desktop HP la. if not, desktop HP tu tak on. silent. or digunakan oleh mr.asben.
and satu printer all in one yg legend.
printer ni rasanya berusia lebih 13 tahun. tapi masih tip top.
printer Brother DCP 165C. print, scan and copy.
ink cartridges pun da lama modify 😂.
printer ni memang beroperasi aktif dari dulu kala. dari kakak-kakak sekolah rendah, bila-bila masa nak photostat, printer ni lah. nak scan pun anytime. memudahkan. nowadays, da byk printer yg lebih advanced, perincian yg lebih best. terasa mcm nak beli jugak, siap boleh print dari phone je, kan. wireless. boleh connect wifi 😍.
tapi tu la. kenangkan printer legend ni masih ok, tak la bazir duit beli yg lain. pakai la selagi ia boleh berkhidmat.
ni penting. beli yg mahal dan dijamin oleh SIRIM.
sometimes on semua sekali!
ni dalam bilik yg khas utk kakak-kakak PdPR.
lampu belajar. penting jugak, kan.
lighting dlm bilik tu tak brape onz.
ni membantu.
ni utk saya.
saya pun byk mesyuarat dan kursus secara online.
ini amat membantu.
tu la tu.
byk hikmahnya PKP. rindu plak tiba-tiba 😄. sukar! letih! tapi bagi saya satu pengalaman yg takkan berulang (harapnyalah). akan terlipat rapi dlm kotak ingatan kita semua, sedunia! BDR... PdPR...
paling best ialah homeschooling tercetus pom pom pom meletus-letus! ibu ayah dan guru berganding bahu. guru-guru byk berkongsi secara online. tak cukup dgn PdPR bersama murid, mereka turut buat extra video dlm YouTube. alhamdulillah... tak sukar dah kita-kita mak-mak ni nak cari pape berkaitan pelajaran mereka. dlm YouTube, hampir semua ada.
😉 semoga covid 19 ni cepat-cepat diangkat Allah dan hilang dari muka bumi. kita masih belum menang, kan. kes harian masih beribu-ribu. aduhai. org yg dijangkiti dan positif masih dekat dgn kita, di mana-mana pada bila-bila masa. aduhai... berjaga-jagalah ye ketika bersosial. kita belum menang!
PKP. PdPR. BDR. kamu semua dalam kenangan 😍.
10 Comments
Memang lengkap semua. Baguslah perkakas yang lama masih utuh, pandai jaga.
ReplyDeleteHarap pengorbanan dan penat lelah terbayar apabila anak-anak berjaya nanti. Amin.
Boleh dijadikan sumber utk parents, niat yg baik inshaa allah takkan dikatakan riak. Alhamdulillah masih mampu menyediakan utk anak2.
ReplyDeleteBoleh dijadikan sumber utk parents, niat yg baik inshaa allah takkan dikatakan riak. Alhamdulillah masih mampu menyediakan utk anak2.
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih atas perkongsian, menjadi keperluan dan kemudahaan era sekarang ni, ada jenama disebut sini senang buat rujukkan kalau terpaksa beli baru.
ReplyDeleteHarap sangat no more PdPR.
ReplyDeleteJangan kata anak-anak, ibu ayah pun dah tak mampu nak pantau PdPR ni kan, lama sangat sampai dah tahap tepu kot :)
saya , seriously cakap, saya tak boleh ngam dengan PdPR, kesian kat anak saya banyak tertinggal dalam study. Memang betul-betul kami tak boleh cope dengan pdpr. Ni dah daat pergi sekolah, lega sangat
ReplyDeleteHi Aida , thank you tau drop by dkt entry camping kika . Salam kenal
ReplyDeleteBtw kika ada update entry baru yang lagi best dari yang lama haha
Alhamdulillah...dapat menyediakan keperluan secukupnya. Terkenang juga dengan mereka yang kurang kemampuan. Apapun demi penambahbaikan untuka pelajaran anak anak, ibu bapa akan buat sehabis baik. Semoga mereka berjaya nanti. Aaminn...
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih atas perkongsian . Entri ini amat membantu dalam budgeting kos barangan (gajet) yang diperlukan dalam perlaksanaan PdPr. Seemoga dipermudahkan segala urusan puan dan anak²
ReplyDeleteMemang kena berdikit-dikit menyediakan kemudahan supaya mudah anak-anak untuk terus belajar.. Tapi tak semua mampu belajar secara PdPR ini.. Pengalaman sungguh..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.