assalamualaikum & salam sejahtera 😀
salam di tengah hari Selasa. 2 - 3 hari ni negeri Melaka dilimpahi rahmat dgn hujan sepanjang malam. tidak lebat, hanya renyai yang menjadikan suasana amat nyaman. alhamdulillah. diibaratkan bila malam, tak perlu on air-cond. jimat skit la elektrik 😅.
takde pape la sgt hari ni. nak bercerita tentang laksa. kebetulan ada buat laksa ari tu. few months ago kan tular tentang resipi laksa johor. ada bangsa johor yang marah bila resipi laksa johor diingkari ha ha ha ha... hadoi lah. tu pun jadik kemarahan di medsos. Allahu...
laksa johor by saya 😍
byk kali dah makan, kebiasaannya kakak-kakak saya yang buat laksa johor ni. balik rumah diorang, saya tukang makan je. paling sukar keje pun saya tukang hiris-hiris timun dan kacang panjang 😄. memang la sedap dan senang hati, kan.
makan laksa johor ni plak paling syok guna jari-jemari. spageti nya, kuah laksanya and sambal belacannya, digaul mesra sehati sejiwa. guna jari ye, bukan sudu garfu. memang syok! kuah laksa johor pekat. sesuai sgt makan dgn jari. saya suka letak byk sambal belacan 👍.
korang suka tak laksa johor? 😳
pernah tak makan laksa johor?
saya ni suka semua laksa, no 1 ialah laksa utara. aduhai, pantang jumpa mesti nak makan. belum pernah buat sendiri laksa utara. sebab mr.asben tercinta tak makan mee laksa tu. otomatik la dia tak makan laksa utara 😒. no 2 baru la laksa johor. jatuh ranking no 2 meskipun saya ni anak johor 😅, laksa utara memenangi hati saya lebih dari laksa johor.
saya nak kongsi sikit la tentang resipi kayangan laksa johor. lain-lain adalah sama je, tapi bahan utama kuah laksa johor tu memang kayangan. resipi keluarga. semoga perkongsian saya ni beri manfaat kpd yg perlukannya, in shaa Allah...
bahan-bahan utk kuah laksa johor :
- 800 g ikan tenggiri ] direbus dan dikisar
- 500g udang ] direbus dengan kulit, sebelum dikisar, buang kulitnya
- bawang merah ] dikisar
- bawang putih ] dikisar
- halia ] dikisar
- 3 batang serai ] dikisar
- ciliboh
- serbuk kari ikan (jadikan pes dgn sedikit air)
- 2 kotak santan (kotak kecil - 400 ml)
- asam keping
- sedikit kerisik
- air rebusan ikan & udang
- garam, gula dan serbuk perasa
cara-cara masak kuah laksa johor yang mudah :
- tumis bahan yang dikisar (bawang, halia & serai) sehingga garing dan naik bau.
- masukkan ciliboh dan masak sehingga cili masak.
- masukkan pula pes kari ikan. masakkan sehingga garing.
- barulah dimasukkan ikan tenggiri dan udang yang dah siap-siap dikisar. gaul semua agar mesra elok (waktu ni, bau yg naik dari periuk amatlah harum 😍).
- setelah tu, masukkan santan. kacau mesra dgn api yg sederhana perlahan-lahan agar tidak pecah santan.
- then barulah dimasukkan kerisik dan asam keping.
- akhir sekali,masukkan air rebusan sekadarnya. terpulang kpd kepekatan kuah laksa yang dikehendaki. jgn terlalu cair! masak sehingga mendidih.
- seimbangkan rasa dgn bahan perisa.
tiada tips. resipi biasa-biasa. resipi sama saje yg dikongsikan di YouTube. just nak kongsikan bahan utama ialah ikan tenggiri dan udang. kayangan lah kononnya kan 😍 memang resipi asli keluarga saya (bangsa johor). dah selesa dgn resipi ni. dan zaman sekarang, tak sukar utk dapatkannya di mana-mana pasaraya kat sini. so, takde la kayangan pon ye ha ha ha ah ha...
option yg lain, tak nak guna udang. boleh digantikan dengan ikan kembung. tapi bahan kisar mesti ditambahkan dengan udang kering. then, rasanya going to be similar la. ikut keselesaan masing-masing. apa yg penting, homemade, kan. rasa sedap tu kita yg cipta 💛.
ulam-ulaman yg melengkapkan laksa johor :
- timun
- kacang panjang
- taugeh
- daun kesum / daun selasih
- limau kasturi
then buat sambal belacan. ni resipi biasa la kita buat, kan. pe pun resipi, akan tambah kesedapan laksa johor kita nanti. cukup rasa lemak kuahnya, kerangupan ulam-ulaman dan kepedasan sambal belacan 😋👍.
ok orait. hingga di sini saje.
noktah 😉
24 Comments
wahhhh enak bangat ni!
ReplyDeletesama la, sini Johor berapa hari ni asyik hujan aje...tapi pagi la hujannya..membawa sampai ke petang..
ReplyDeletekalo laksa, my no 1 tetap laksa Sarawak, no 2 laksa utagha, no 3 laksa johor, no 4 laksam..hihi
laksa sarawak! sedap jugak tu, Sun. cuma jarang jumpa dijual kat Melaka ni.
DeleteSama suka semua jenis laksa.
ReplyDeleteHehe tapi laksa Johor tidak biasa pula gaul pakai tangan. Harap tidak dianggap mengada-ada. Sudah biasa.
Haah laksa pertama jatuh laksa utara.
P.S: Tahniah menang giveaway 3M mamapipie. Oh Adda ada tulis dia cari blogger Puan Aida untuk beri maklumat.
sedapnya nampak laksa johor... busyra xprnah rasa . hehe
ReplyDeleteBest cuaca sejuk dua tiga hari ni. Jimat sikit penggunaan air cond kan. Sedap tu laksa johor. Fav saya ni. Tapi tak pandai buat. Huhu..thanks share resipi kak.
ReplyDeletesedapnyaaa
ReplyDeletekak bagi details alamat to blog cerita mamapipie tau
Dulu masa belajar dekat UiTM Segamat, cafe selalu buat laksa Johor untuk lunch set. Kalau orang belanja makan kita makan la haha
ReplyDeleteSaya tak biasa makan laksa. Dah pernah cuba, tapi tak boleh diterima tekak.. Hehe
ReplyDeleteIni mmg pebret masakan org2 kat dalam rumah kita...
ReplyDeletesemua pun suka laksa joho :)
sedap laksa johor
ReplyDeletesedapnya :)
ReplyDeletesiap ada rese[i lg..
tq sharing :)
serius pertama kali kak ipar cida orang Johor buat laksa johor ni, eh awat laksa depa guna spageti. bila rasa, amboii sedap juga..
ReplyDeleteSedapnya laksa johor...nk buat mls, sebb sorang mkn..hurm..
ReplyDeleteRenyah sikit naka buat kan..sebab tu SAa selalu order je..hehehe...
ReplyDeleteTak pernah makann . Laksa utara forlyfee gituuu hehe
ReplyDeleteSedapnya . Lama tak makan laksa johor
ReplyDeleteThanks kak share resepi! sedap ni..saya suka mkn laksa johor xkisah ape versi hahaaa
ReplyDeleteTerliur sungguh tengok laksa Johor Aida. Lama dah tak makan. Kegemaran saya ni. Kuah pekat, sambal belacan kick... memang syok sangat makan pakai jari-jemari :)
ReplyDeleteSuka jugak laksa Johor tapi lebih suka laksa biasa
ReplyDeleteapa jenis laksa pun, saya suka.. semua sedap..eheheh..
ReplyDeleteSedap!
ReplyDeleteSha pun sama macam Aida, semua jenis laksa Sha suka..
ReplyDeleteLaksa Johor ini kalau dapat yang kuah dia pekat memang best..
Lamanya tak makan laksa johor.. tp sbb pantang laksa setahun memang tgk jelah
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.