assalamualaikum & salam sejahtera semua 😊
salam dihulur di pagi Rabu nan indah. alhamdulillah sebab kita-kita ni masih lagi sihat dan segak berdiri di atas muka bumi Tuhan. tu la tu, dek kerana tu, saya nak kongsi gajet terbaru kak Nurin. da lama da dia request calculator casio pink ni. dicadangkan oleh cikgu Add Maths nya waktu PKP ari tu. hanya minggu lepas baru dpt saya tunaikan permintaan dia.
pembelian di Shopee. calculator casio original. ada warranty. elok kegunaannya. diterima dgn selamat dan sempurna. amat happy kak Nurin bila saya serahkan gajet pink ni 😃. katanya, ini boleh la dia guna hingga masuk universiti nanti. in shaa Allah, kakak. jaga la pinky ni dgn baik.
slim and sexy!
puas hati dgn produk ni. cantik penampilannya. slim and tak berat. saya beli siap-siap dgn pink pouch. boleh pilih pouch gaya mana yg kita nak di Shopee. lain pilihan, lain harga.
Seller : Bro Ann
harga mahal. tapi kalau boleh digunakan bertahun-tahun, apa nak disesalkan. bila kak Nurin da request, terasa segan plak tak bagi. kita suruh dia belajar sungguh-sungguh, tapi permintaan dia kita tak tunaikan. tak sesuai 😅...
boleh la risik-risik utk anak-anak pompuan. hadiah hari jadi yg ohsem ni.
👌😊😊

6 Comments
comeinya..Iris pun heboh minta, x sempat lagi beli.. but she's not into pink anymore..semua nak blue. nak cari jugak la
ReplyDeleteComel nye pink color
ReplyDeleteWah ada ye Casio warna pink? Kita ni asyik guna yg hitam tu je hehe...
ReplyDeleteItupun tahan lasak, dari zaman matrik sampai skrg boleh guna lagi scientific calculator tu. Cuma sesekali kena tukar bateri je.
All the best Kak Nurin!
Aduh!! Cantik warnanya.. Rasa cam tergoda nak beli lak..
ReplyDeleteCantiknya warna.. harap dpt tahan lama tukar bateri dh boleh guna bertahun2
ReplyDeleteCantiknya warna pink. Kalaulah ada calculator pink macam ni dulu, tentu saya lagi semangat. hihi..alasan je kan.
ReplyDeleteMesti seronok dia dapat hadiah secomel ini. Kena jaga elok elok tu barang mahal.
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.