assalamualaikum & salam sejahtera 😊
lama jari-jemari tidak menaip di laman blog ni. masa amat mencemburui. sejak PKP tamat dan saya kembali bekerja setiap hari di pejabat, masa bukan lagi utk bersantai. kerja hakiki menimbun setiap hari. bergerak laju utk cover PKP yang diwartakan dari bulan Mei hingga September 2021.
cuti panjang sempena perayaan Deepavali ni, balik Bangi. singgah santai melepak seharian dengan emak, abah dan famili. semlm, Khamis, seharian berkampung di rumah abg ipar di Subang Bestari. adik-beradik mr.asben bermesyuarat untuk majlis pernikahan anak sedara sulungnya. seronok sgt. makan-makan. gelak-gelak. 😍 tak sabar menunggu hari majlis nanti. seronok!
selepas maghrib pula, kami da berada semula di Bangi, ada majlis khatam al-Quran Muhammad, anak saudara saya pula. alhamdulillah. makan-makan lagi.
majlis kecil, keluarga sahaja 😊
itu la tu, bila berkumpul adik-beradik di Bangi ni, antara program utama kami adalah masak-memasak. setibanya saya di Bangi Rabu pagi, projek kuih talam hinggalah ke lewat petang. kakak sulung saya, K Anim, memang pakar la bab masak-masak ni. kuih talam, brownies, aneka kek. she is the one yg membimbing saya dan adik 😁. kak long garang! ha ha ha ha...
kuih kaswi
kuih talam seri muka
kuih talam labu
gambar selepas kuih talam dipotong tak hado! memang dah ramai-ramai, tak teringat langsung nak snap sekeping gambar.
meskipun kami-kami bercuti tanpa ke mana-mana, stay home, tak bosan. memasak. berborak. memasak berborak. orang lelaki bermain pingpong. bercuti panjang, berborak pun panjang di meja makan. nasib baik la meja makan tu kakak beli yang panjang.
ni 2 bujang paling kecil, Izzat dan Ammir.
da bangun pagi, mandi dan sarapan bersama.
cuaca sgt elok.
main basikal di laman rumah.
then, ada yg main badminton.
sepak bola pun ada...
adik-beradik berkumpul and berborak. emak dan abah happy la. cucu-cucu aktif ke sana ke mari sekitar rumah. meriah. time makan, semua makan. berebut-rebut hingga la the last piece 😋.
mlm ni ada projek stimbot dan bbq. in shaa Allah.
7 Comments
selamat bercuti!
ReplyDeleteWah banyak kuih talam dan kuih letak Loyang. Hehe.
ReplyDeleteAlhamdulillah seronok masa terisi dengan anggota keluarga. Boleh rasa kemeriahan.
bestnya dapat berkumpul ramai-ramai buat macam-macam aktiviti sama-sama. Sedap la tengok kuih talam labu tu. Warna pun cantik hehe selamat bercuti kak aida sekeluarga :)
ReplyDeleteSelamat bercuti dan beristeri rehat
ReplyDeleteHepinya anak-anak dapat jumpa sepupu sepapat
ReplyDeleteMeriahnya. seronok dapat kumpul ramai ramai macam ni. Berjenis jenis kuih talamnya pun :)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Seronok dapat berkumpul ramai-ramai macam ini..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.