assalamualaikum & salam sejahtera 😊
Isnin kembali. di sini la saya, di pejabat. today started dgn begitu indah, tiada masalah. hantar Syuhada dan Izzat ke sekolah, trafik was very smooth. kami tiba awal. alhamdulillah. saya tiba ofis 10 minutes before 7.30 a.m. best sgt la sebab petang nanti jam 4.30 petang da boleh bye bye lah, balik rumah 😄.
nak berkongsi tangkapan terbaru saya di Shopee last 2 weeks. memang mencari sejadah mini yg ringkas dan ringan, tapi selesa. kini kita diwajibkan bawah sejadah sendiri tak kira di mana kita nak menumpang solat. di supermarket, di surau R&R, di stesen-stesen minyak mahupun di masjid-masjid besar. tiada lagi konsep berkongsi sejadah. norma baharu.
sehelai sejadah mini design Kaaba di ofis saya.
perfect 👌😍. my favourite design.
sais sejadah mini ni adalah 35cm x 70cm.
sejadah ini juga saya bekalkan kepada anak-anak untuk mereka solat di sekolah. kurang kembunglah beg telekung mereka bila bertukar ke sejadah mini ni.
nice tenunannya 😍.
sejadah mini tenun turki Al-Qaba, pilihan Muslim 😍.
takde masalah dah kalau nak berjalan ke mana sahaja. stay la ni hotel mana pun, sejadah bukan lagi masalah. apatah lagi kalau buat aktiviti outdoor seperti hiking dan camping, hmmmm inilah yang mudah dibawa, kan 👍.
Seller : Alqabamuslimeen
alhamdulillah, dpt 5 design sejadah mini.
design adalah random tau.
bersyukurlah dpt 5 design yang gojes.
dapat 1 helai koleksi Kaaba.
koleksi Kaaba merah ni dapatlah 2 helai 💜.
sejadah mini ni pun amat sesuai dijadikan gift sempena kenduri kahwin, majlis doa selamat dan seumpamanya. kos sehelai tak melebih RM5 sekiranya beli lebih dari sehelai. gift yang terbaik buat semua Muslim in shaa Allah. saya pun da plan utk borong dan prepare gift utk Hari Guru 2022 kelak 😍. secara kebetulan guru-guru anak-anak saya majoriti adalah Muslim.
😉👌 semoga bermanfaat.
11 Comments
comel laa hai, cute je.
ReplyDeletememang cantik kak. sejadah sekarang dah jadi satu keperluan. ke mana-mana pergi pun kena bawak
ReplyDeleteHaah kecil senang bawa. Hari itu saya tertinggal sejadah mini di masjid. Ada terfikir kena cari sejadah mini baru.
ReplyDeleterezeki sape la di masjid tu nanti dpt gunakannya, wina :)
Deletememang kena spare lebih sejadah mini ni dlm kereta.
tertinggal tu resmi kita manusia, kan. terlupa :) hi hi hi...
saya pun baru beli sejadah tenun turki. 1 untuk suami, 2 untuk anak
ReplyDeleteMenarik ni Aida. Size tak mini sangat dan tak terlalu nipis nampaknya tu. Kalau yang nipis sangat tu terbang/bergerak bila kena kipas angin kuat.
ReplyDeletealhamdulillah. tak terbang dibawa angin kipas ni.
Deleteda try. memang helok terletak.
ada lagi saiz lebih kecil, saiz muka aje. lebih murah.
tapi aida suka yg panjang skit gini :)
senang bawa sejadah mini macam ni, comel pula tu desing dia :)
ReplyDeleteMudah ada sejadah mini ni.. Design pun cantik..
ReplyDeleteSejadah turki memang cantik dan ringan tp bab material iran punya lg best
ReplyDeleteBetul tu kak. Berbaloi beli banyak. Boleh letak mana mana senang nak guna atau buat hadiah pun okay sangat. Cantik cantik coraknya.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.