assalamualaikum & salam sejahtera 😊
bertemu lagi di ruangan ni. malam-malam baru dpt update blog.
bila kita ni adalah seorang ibu kepada 3 org anak, ada plak 2 anak dara, aduhai, memang kalut jugak la nak buat keputusan - "nak berkhemah atau tak?" hu hu hu hu... dlm dilema utk seminggu dua tau. aduhai. sukar nak bagi kata putus kat mr.asben.
less than 2 bulan dari tarikh 3.12.2021 (first time family camping) untuk saya ni siapkan diri sendiri, mentally especially 😅. sebagai seorang yg cenderung kepada indoor activities berbanding outdoor, saya memang amat terkejut bila mr.asben tercinta ajak gi family camping 😨😱😰. oh my God, camping???
my beloved mr.asben memang aktif outdoor activities gini, camping la, hiking la, beberapa tahun yg lepas. PKP yg bermula Mac 2020 telah membataskan dia and the gang keluar hiking. saya just support bagi semangat je la. utk join hiking bersama, oh iolls is tak mampuuuuuuu! 😆
saya sangka dia ajak-ajak ayam la bab family camping ni. tapi bila satu malam dia inform saya, "i da beli dah khemah besar, ada 2 bilik." saya mcm speechless. mulut reply, "oh ye ke..." speechless nyer more dlm hati tau! tak tau nak fikir apa. "alamak, kena jugak gi camping ekk?" 😱... hadoi lah. khemah unta tu RM600+ kot. mahunya dia tak serius uolls. meh tgk khemah unta kami. ni saiz M. sederhana besar. mudah pasang, mudah bukak semula.
khemah unta kami. coklat.
atas tu flysheet bersais 4.6m x 6m. coklat juga.
foldable chair pun kebetulan dpt warna coklat. sesuai!
pandangan sisi & belakang.
ada 2 ruang yang boleh diasingkan.
yg sebelah depan ni, common room.
yg belakang tu, dijadikan bilik tidur.
considering ada 2 anak dara, sesuai sgt la khemah gini. saya dan mr.asben byk di luar, namun kak Nurin & Syuhada kerap jugak lepak dlm khemah. baring-baring. dgr muzik kat phone masing-masing. tidur petang. terlindunglah anak dara kami 😌.
time diorang nak bertukar pakaian atau nak privasi, tutup habis!
jgn risau, tak panas. sebab ada kipas siling dan tingkap belakang khemah boleh buka sikit.
ni la tingkap belakangnya.
ada mosquito netting.
one thing about khemah unta, flysheet di atasnya boleh buka.
ada net, sesuai untuk pengudaraan.
provided ada flysheet besar la, mcm kami tu.
but bila malam or hujan, pasang la flysheet khemah unta ye. better.
di ruang depan, common area, kiri kanan dinding khemah juga boleh dibuka.
ada net. nak buka hingga ke bawah pun boleh.
lepak time di dalam khemah...
enjoy view luar yg indah.
tu yg nak cerita, weeks after mr.asben inform dia da beli khemah unta, barulah bermula la sessi melengkapkan misi family camping. most of it, saya la tukang beli kat Shopee. dia survey, dia suruh, saya beli. sehari ke sehari ke sehari, saya layan YouTube tentang family camping di Malaysia. prepare kan diri gitew. few days before 3.12.2021, baru la lengkap 100% brg family camping kami. Allahu, ntah muat ntah tak la livina tu. dok la imagine. livina lowered plak tu, acaner la...
beli. terima. simpan. beli. terima. simpan.
mostly beli online. atur elok-elok di bilik belakang.
makin lama, makin berkembang 😂.
sikit sikit, lama lama jadik bukit.
ni pula atur kat coffee table ruang tamu.
brg kecil. sama la juga, semakin hari bertambah, semakin byk terkumpul!
box 92 liter berharga RM87 each di Mydin.
mudah nak simpan brg camping. khas.
6 days before our first experience family camping @ Asahan Water Theme Park, Jasin.
boleh dikatakan lengkap dah kelengkapan untuk family camping kami.
terus susun kat ruang tamu.
kitchen box (purple di belakang air mineral) pun da penuh tu 😄.
ok ok ok... done bebel wahai aida. back to business. now saya kongsi barang penting yang memang wajib ada. sedikit berlebih-lebih sebenarnya kami ni 😅😆, tapi bagi saya penting demi keselesaan saya sendiri. kelengkapan untuk family camping kami :
- flysheet & aksesori - ni utama. selepas saya da camping sekali, memang sedar kepentingan flysheet ni. kami ada 2 helai flysheet. 4.6m x 6m dan yg kecil, 3m x 5m.
- groundsheet - alas khemah. ni guna plastik kanvas oren biru tu je. tahan lasak! ni pun kami ada 2 helai.
- khemah unta & aksesori - memang best la khemah ni, selesa utk saya sekeluarga.
- khemah salin baju - ni penting. tukar baju. toilet emergency pun boleh.
- 2 tilam angin - saiz king & queen - tapi kami bw 1 je
- extension plug & powerbank - ni penting!!! sumber tenaga kepada peralatan kami.
- tripod & monopod
- kipas & lampu
- lampu lip lap utk luar khemah - memeriahkan suasana di malam hari
- torch light & lighter
- kerusi belon & 2 foldable chair
- meja lipat 4 kerusi
- portable dapur & gas
- rak bbq & aksesori
- rak memasak & rak gantung kuali
- ice box (simpan brg basah)
- kitchen box - letak brg kering utk memasak
- ubat nyamuk & bekasnya, ridsect, serai wangi, tisu
- first aid kit - handyplast, minyak gamat, panadol actifast
- arang & fire starter (lilin askar)
- air mineral 10 liter
21 yg utama. ha ha ha ha ni umpama nak berumahtangga tepi kolam / sungai / laut ni kan 😅. camping gaya kayangan gitewww... takpe la. kayangan ke bayangan ke, yg penting saya selesa, mr.asben happy. ada yang tak brape perlu sebenarnya. kita boleh guna sumber alam, duduk makan bersila, lepak tepi pantai duduk atas pasir, tidur atas toto / sleeping bag... gitu la, back to nature and simple. dah saya kata di atas tu kan, preparation saya ni berlebih-lebih 😄.
bawah ni saya share specifically semua di atas ye. boleh juga belek-belek gambarnya di entri family camping saya yang terdahulu.
ni kira utama - kipas dan lampu mrDIY.
kipas RM47+ each dan lampur RM21+ each.
kipas ada lampu juga 👍.
4 set lampu lip lap yg dipasang di tali-tali flysheet.
beli di Daiso RM5.90 each. guna bateri.
bateri tak dijual sekali tau 😅. tu kami da sesiap letak bateri.
beli di Daiso RM5.90 each. guna bateri.
bateri tak dijual sekali tau 😅. tu kami da sesiap letak bateri.
2 set lampu lip lap bola keranjang.
RM19+ each di mrDIY. utk tambah meriah suasana
sumber air minum kami, senang nak minum.
senang juga utk saya masak-memasak.
dlm bekas tu ialah air mineral.
rak dapur (foldable) saya. ni saya yg beli senyap-senyap.
bila da terima, baru inform mr.asben 😄.
Adv Pro amp Kitchen Outdoor Kitchen with Windshield Mesh Cover Cabinet and Carrying Bag.
RM280 beli di Shopee.
bekas garam, gula, butter dan sos cili.
penting! utk masak. utk minum.
penyeri meja makan 😄.
item di Ninso je.
OUTERMAN Outdoor Camping Hanger Rack Aluminum Alloy Cookware Hanging Rack Picnic Bowl Pot Cup Triangle Rack (large)
pembelian ni di Shopee jugak - RM59.90.
terpengaruh! but ia berbaloi, amat berguna 😍.
saya panggil rak gantung kuali je. senang faham.
hook clip ni amat berguna.
utk gantung kipas siling dlm khemah, gantung lampu...
idea dari ofismet mr.asben, Yanie. tq so much, Yanie 😍.
Yanie byk bantu saya.
kalau ikut kegunaan, gini sebenarnya.
nama pun hook clip. utk clip tudung ke, apa ke.
di Eco. 1 set ada 4 hook clip ni.
nampak tak?
nampak tak?
dlm pada tak nak camping, tapi gitu sekali preparation utk family camping. camping sepatutnya simple, tapi dgn semua di atas, jelas kritikal, kan 😂. kelengkapan utk berkhemah ni akan bertugas lagi lusa. in shaa Allah, nak camping di Perak. round kedua Aida & family camping and now di tepi sungai.
da ada yg pertama, yg kedua akan menyusul. nanti saya story mory setting khemah kayangan saya di tepi sungai plak. kali ni, camping dgn family adik saya, kami ambil 2 tapak. pasti meriah dan kecoh.
... bye for now!
19 Comments
Tak pernah berkhemah
ReplyDeleteBanyak juga belanja untuk berkhemah ek
yes. utk melengkapkannya memang makan belanja besar!
Deletelebih elok beli skit skit.
tapinya, kita melabur sekali je, boleh berkhemah dgn lengkap & sempurna selamanya :)
so takde la rasa rugi sgt.
Waaa~ best kak share. Husband Aien pun tengah collect brg untuk camping. Baby dah besar sikit nak mengajak ke mana xtau. Nnti boleh buat rujukan.
ReplyDeletejom la, Aien. ada aje campers yg saing akak camping, ada baby tau.
Deletemlm2 kami nak tido, dgr la baby nangis. ada baby yg tido lambat, main sampai tgh mlm.
meriah suasana mlm akak tau. best.
Best! Terasa ingin cuba juga nanti!
ReplyDeletewajib cuba.
Deletemeskipun renyah, tapi sronok!
wahhhh banyak betul kelangkapan ye kak... tapi yelah nak kita dan family selesa kat situ kan... kalau dana payah jugak sebab dana sejenis kalau malam beberapa kali ke toilet, mau toilet jauh memalam buta nangis la nak tahan sampai pagi...
ReplyDeleteteringat gaya camping omputih tu kak camni lah, ke gaya korea lengkap semua... baru seronok... tq untuk segala ilmu yang dikongsi kak
toilet ni memang akak amik berat Dana. selain diri akak, utk keselesaan anak-anak. yes, mlm2 nak buang air, sukar la. sebab jauh.
Deleteso, one thing yg akak buat is kurang minum air few hours before nak mlm. siang num air byk la to cover.
lelebih lagi, Dana, kena beratur nak masuk tandas hu hu hu seksa! kita kena biasakan timing, then will b ok.
macam best khemah unta tu. nak search gak lah kat Shopee haha
ReplyDeletejgn x search.
Deleteand jgn x beli :) hi hi hi...
hahahaaa.. memang camping style kayangan ni sis. tapi seronoklah berkhemah camni. terus terfikir nak buat camni sekali. anak tak pernah lagi alami
ReplyDeletejom. something yg perlu kita dedahkan kpd anak.
Deletesaya sendiri pun baru terasa seronok camping.
kayangan tu sebab nak anak-anak selesa.
nak kasik diorang (dan diri sendiri!) suka camping.
Dah beli khemah mahal mahal. Rugilah kalau tak berkhemah, kan. Banyak betul peralatan yang dibeli tu. Lengkap semua keperluan. Barulah feel nak berkhemah pun :)
ReplyDeleteWslm
ReplyDeleteLambat lagilah nak boleh gi cmaping kalau ikut gaya Aida ni hihi...
ReplyDeleteTapi, sy pun sama kalau boleh nak lengkap serba serbi hatta time camping pun.
Can't wait to read about your camping experience :)
Hahaha... bagus persiapan mcm ni kan!
ReplyDeleteMemang dah lama juga teringin nak camping camni tp dok pikir adoii.. nk mengemas balik lps camping tu wkakakak...
yes, betol, seksa bab nak ngemas time nak balik.
DeleteAllahu. lebih penat dari nak set up tau.
lap sana sini. bersihkan sana sini. aduhai :)
Ini memang betul camping kayangan. Siap lampu liplap. Oklah tu kak, janji happy. Saya dah lama tak camping. Boleh ambil tips dari sini
ReplyDeletewah..lengkap semua. tak pernah berkhemah, teringin jugaks..nanti la. he he he
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.