assalamualaikum & salam sejahtera 😊
a great Monday. tahun baru 2022. alhamdulillah, hujan di Melaka da berhenti tgh mlm tadi. pagi-pagi ni kluar bekerja, tiada kawasan yg bergenang spanjang perjalanan. namun, awan di langit masih berat. dijangka akan hujan renyai-renyai kot lewat petang ni.
pagi ni menaip laporan tahun lepas. nak buka tahun baru, kena tutup tahun yg lalu dulu. nak ke wrap everything bebaik. yg baik tu proceed tapi yg kurang baik tu, thn ni kita jgn ulang. kita bagi tahun ni lebih mengancam dan mantap! 👍
nak berkongsi satu lagi episod manis dlm hidup saya, kelmarin (Sabtu - 1.1.20222) dpt bawa emak & abah ke pantai Pengkalan Balak yang hanya beberapa minit dari rumah abah. tak dirancang! dari rumah memang da bawa bahan utk bbq. ramalan cuaca pun hujan sepanjang hari. so, plan asal adalah bbq di laman rumah abah je.
nasib kami amat baik. lebih kurang jam 12.00 tghari Sabtu tu. hujan dah berhenti 100%. terus adik saya ajak bbq di tepi pantai. timbang punya timbang, ok la. nasib lebih baik bila mr.asben bwk flysheet kecik kami. boleh la pacak sebagai teduhan.
paling happy sebab Izzat sgt enjoy 😄.
meskipun dia sorang-sorang, but dia enjoy sgt.
jam 2.00 petang kami da mula pacak flysheet.
agak sukar! sebab mr.asben lupa bwk peg panjang 😀.
adik bongsu ku 😉.
selepas lebih kurang 30 minit berhempas pulas dgn flysheet, akhirnya...
start setting tempat bbq.
tujuan balik kampung last weekend adalah sebab mak abah da rindu sgt dgn rumah diorang. lebih setahun kot tak balik! dek PKP 3.0 dan 4.0. abah da tak boleh nak drive, faktor kesihatan dan mata pun dah tak awas. so, nak balik kampung,meskipun dah abis PKP, still kena tunggu adik lelaki tu free. dia la jadi driver utama mak abah.
puas juga la adik tu mengemas rumah mak abah. siap-siap ada 2 ekor tikus mati dalam tandas tau. agaknya terjatuh dari syiling tandas, then tak boleh nak keluar ke dalam rumah. mati kering 2 ekor tu dalam tu. scary!
emak abah dok atas 💛💛💛.
tak mampu nak turun naik tangga ke pantai.
minum dan makan semua special delivery dari anak cucu.
atok & uwan just order je dari atas 😄.
3 beradik - saya, kakak sulung & adik.
sepanjang pantai Pengkalan Balak ni ramai dgn pengunjung 😎.
menu apa picnic di tahun baru?
sgt simple. sebab tak dirancang, kan. nasi putih, salad, ayam panggang, kambing panggang. then saya beli masak lemak tempoyak. kakak saya beli pisang goreng dan popia sayur goreng. kat situ, sepanjang jalan memang byk org jual makanan, no worries la korang. siapa tak kenal pengkalan balak, kan. pantai dan makanan, memang mudah-mudah aje.
makan-makan.
borak-borak.
gelak-gelak.
Izzat ?
ni la kampung saya. Kuala Sungai Baru, Melaka. masih ada pantai yg cantik utk melepak dgn famili. kalau balik kampung, memang amik peluang pijak-pijak pasir kat Pengkalan Balak jap. dulu kala, abah suka jalan-jalan di pantai. celup-celup kaki kat laut. now, sebab nak ke pantai da bertangga, abah mak tak boleh turun dah 😞.
time saya snap gambar Izzat ni, jam dah kul 6.30 ptg.
hujan gerimis dah turun.
cepat-cepat kemas flysheet dan meja 😄.
...sekian je kongsi cerita sweet balik kampung 1 malam. emak abah nak cucuk booster pagi ni. tu yg tak dpt nak tido rumah kampung lama-lama. nanti ada masa, kita ramai-ramai balik kampung lagi, in shaa Allah...
12 Comments
happy family
ReplyDeleteAlhamdulillah
oh Melaka kg nya,, 2 thn dah ni x jejak Melaka he hee umah sil kat Alor Gajah tu
Seronoknya BBQ, balik kampung...berkelah kan...seronok....
ReplyDeletebetul tu klu x plan sgt mesti menjadi kan...!! seronok nya kelah ramai2 camni
ReplyDeleteSeronok dapat lepak-lepak dekat tepi pantai kan?😊💕
ReplyDeletePaling suka kalau ada buat bakar-bakar. Makan pulak ramai2. Memang layan.
Betul tu bila tak rancang selalunya menjadi kerana perancangan Allah adalah yang terbaik.
ReplyDeleteMoment tahun baharu yang sangat indah.
betul tu selalu kalau plan tak jadi baik plan last minit macam ni. Alhamdulillah cuaca menyebelahi. Rezeki tu. semoga parents kak Aida sihat dan dipanjangkan umur
ReplyDeleteseronok bbq kt tepi pantai
ReplyDeletealahai seronoknya bercuti ramai2 macam ni kan. cuaca pun elok je
ReplyDeleteBestnya dapat berkumpul tepi pantai macam nie dengan keluarga kan..
ReplyDeleteBila tak dirancang memang menjadi kadang. Seronok dapat berkumpul ramai ramai adik beradik mak ayah join sekali. Best betul piknik tepi pantai.
ReplyDeleteBila tak dirancang selalunya menjadi hehehe. Seronok dpt kumpul. Kawasan pantai pun tak ramai org
ReplyDeleteAktiviti yang dah lama sangat tak buat ni.. Lepak-lepak tepi pantai.. bakar-bakar.. Seronok..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.