assalamualaikum & salam sejahtera...
sarapan pagi penting, kan. waktu lain tak makan takpe, sarapan memang wajib utk saya. lelebih lagi, saya dan anak-anak kena follow waktu makan malan mr.asben. before maghrib da mesti-mesti nak makan. hmmmm... bila makan malam awal, kalau the next day tu kul 9 pagi belum sarapan, saya rasa nak muntah! laparrrr 😖.
tu yg nak kongsi sarapan ohsem saya pagi Sabtu lepas. roti canai sarang burung. da lama dah roti ni tular kat Malaysia. saya dok mencari juga la, tapi tak berjumpa yg menarik perhatian. memang umpama pucuk dicita, ulam mendatang, pagi Sabtu lepas berjumpa dgn yg dihajati sekian lama.
rotinya di tepi, kelilingkan 2 biji telur separuh masak. di atasnya ditabur daging cincang yg sedap! daging cincang tu mcm inti murtabak tau. berasa sgt, tak hambar perisanya. bila makan, telur dan daging tu saya gabungkan. tanpa kuah pun dah sedap, tau.
bukan rupanya je cantik menarik. rasanya pun sedap.
ni saya makan bukanlah di restoran besar. hanya gerai kecil di tepi jalan, sebelum tiba di pekan Masjid Tanah. hanya sempat snap gambar roti ni je. lelain tak sempat sebab pagi tu hujan berangin. nak cecepat makan dan balik rumah mak abah la.
satu lagi roti canai kesukaan saya ialah roti dholl cheese kat Bukit Beruang. dekat je dgn ofis. kalau dtg Melaka, cuba la ye.
...sedap!
18 Comments
Memang meriah rupa dia 😁. Terliur tengok.
ReplyDeleteaah sama la, rasa lemas kalau xda sarapan. Nyum ! meriah roti canai nya, nampak simpple tapi padat. Happy New year sis ! =)
ReplyDeleteMacam-macam dibuat roti. Ada saya pergi jual roti selimut.
ReplyDeleteRasanya Puan Aida terangkan macam murtabak dileraikan sebab inti di luar.
Mrs. A pun sama mesti nak sarapan pagi selalunya yang berat-berat
ReplyDeleteSy pun belum pernah cuba lagi Roti Canai Sarang Burung ni.
ReplyDeleteYg Aida makan ni nampak sedap dan pastinya mengenyangkan...
sllau nmpk menu yg satu ni kat kedai mamak tp x terorder lagi hehehe...
ReplyDeletebtw tahniah ye tersenarai kat top 10 komentar blog kita, nnt bagi alamat awak eh :)
menggoda!
ReplyDeletealahai terliur tgk..:)
ReplyDeletenampak sedap ni kak. di KL ni entahlah ada tidak orang jual. kena cari jugak
ReplyDeletespesel betul kak siap ada daging hancur lagi...
ReplyDeletefuh sedap je rupa tu sis. blm pernah makan lagi
ReplyDeletebyk daging cincang tu...sedapnya
ReplyDeletenampak menyelerakan sgt roti canak tu aida. tak kisah lekedai kecil pun tapi presentation superb
ReplyDeleteNampak sedap betul roti canainya tu..
ReplyDeletex pernah try lagi roti canai sarang burung yg viral ni.. nampak dapnye ngan daging cincang tu..
ReplyDeleteTak pernah lagi makan roti sarang burung. Biasa nampak ada telur je. Ni ada daging cincang lagilah sedap. Tak makan breakfast, kurang tenaga nak mulakan kerja.
ReplyDeleteWow sedap. Tak pernah jumpa lg hehe
ReplyDeleteUish.. Bestnya dia bubuh daging cincang.. Tempat Sha dia bubuh Serunding..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.