assalamualaikum & salam sejahtera 😊

kali ni saya kongsikan persekitaran campsite Pasir Putih, Kalumpang. berada di sana selama 3 hari 2 malam memang menjadi satu kenangan manis. campsite ni menjadi sebutan di kalangan campers di Malaysia. seumpamanya, memang wajib la dtg camping di sini.


Campsite Review | Pasir Putih, Kalumpang, Selangor
gigih la stop di pertengahan simpang demi sekeping gambar ni 😄.

Campsite Review | Pasir Putih, Kalumpang, Selangor

Campsite Review | Pasir Putih, Kalumpang, Selangor
jalan ke campsite sederhana elok.
kereta lowered tidak digalakkan.

Campsite Review | Pasir Putih, Kalumpang, Selangor
perlu daftar di luar pintu masuk.
baki bayaran perlu diselesaikan (tolak deposit) di sini.

Campsite Review | Pasir Putih, Kalumpang, Selangor
jika mahu ke campsite Pasir Putih, entrance di sebelah kanan ye.
sebelah kiri tu utk ke campsite Tuahku Di Sini.

Campsite Review | Pasir Putih, Kalumpang, Selangor
pelan susunatur di campsite Pasir Putih.
tapak kami ialah tapak 64.
tapak khemah - kota kuning.
pondok - kotak biru.
bumbung merah - chalet.

bila buat reservation dgn Campsite Operator (CO), dia akan advice la tapak mana yang masih kosong. dari pelan susunatur tu, kita bolehlah pilih. majoriti tapak adalah berada di tepi sungai, cuma keadaan tebing sungai tu berbeza-beza. ada juga beberapa buah chalet, so mudah la bagi yg nak bawak org tua ke sini. anak-anak boleh berkhemah, org tua boleh stay dalam chalet.

Campsite Operator : Pn. Anje
Tel. No. : 019-249 3114

Pn Anje amat membantu. kita boleh bincang nak tapak yg camne. kita boleh bertanya apa-apa soalan berkaitan tapak perkhemahan. 

Campsite Review | Pasir Putih, Kalumpang, Selangor

Campsite Review | Pasir Putih, Kalumpang, Selangor

Campsite Review | Pasir Putih, Kalumpang, Selangor
sungai di sekitar tapak 29 - 34.

Campsite Review | Pasir Putih, Kalumpang, Selangor
sungai di sekitar tapak 29 - 34.

campsite Pasir Putih, Kalumpang ni secara asasnya aman damai. aliran sungai yang cantik. pokok-pokok besar yang menjadi tempat berteduh. tidaklah panas sgt. terdapat byk lokasi boleh snap gambar cantik-cantik, instagrammable spot lah bak kata org zaman sekarang, kan. cuma satu la, jarak di antara satu tapak dengan tapak yang lain agak rapat! jika kesemua tapak ada khemah, nak bergerak agak sukar kerana tali-temali flysheet tu. 

then ada kawasan tu, boleh park kereta berdekatan dengan tapak khemah. lagi la berserabut kepala! terlalu ramai orang. khemah terlalu rapat hu hu hu hu... da kurang unsur-unsur kedamaian 😞. amat betullah pilihan saya utk pilih tapak 64. sedikit privasi di situ. terbaik.

tapak khemahnya berukuran 20' x 20', keluasan yang sempurna lagi bagi sebuah khemah. samada tapak kosong, mahupun bersekali dengan sebuah pondok. terpulang kepada campers, boleh pilihlah.

Campsite Review | Pasir Putih, Kalumpang, Selangor

Campsite Review | Pasir Putih, Kalumpang, Selangor

Campsite Review | Pasir Putih, Kalumpang, Selangor

di tapak 47 - 51, ada sebuah swimming pool didirikan berdekatan. air sungai. so, jika hari hujan ataupun aliran sungai tak membenarkan anak-anak mandi-manda, boleh la spend time di swimming pool tu. seronok lah anak-anak. ibu ayah pun senang hati sebab ada tapak bersebelahan dgn swimming pool tu.

Campsite Review | Pasir Putih, Kalumpang, Selangor
ni gambar dari tapak 40.
sebelah sana tu ada deretan chalet.
time saya di sana, penuh semua chalet.

Campsite Review | Pasir Putih, Kalumpang, Selangor
ni gambaran tapak paling hujung.
tapak 42 - 46.
tanpa pondok. tapi kawasannya luas.
aliran sungai pun cantik.

Campsite Review | Pasir Putih, Kalumpang, Selangor
tapak 44.

Campsite Review | Pasir Putih, Kalumpang, Selangor
tandas. singki.

Campsite Review | Pasir Putih, Kalumpang, Selangor

Campsite Review | Pasir Putih, Kalumpang, Selangor
saya berdiri ni di area tapak 47.
waktu ni tapak byk da kosong.
waktu utk balik rumah 😀.

Campsite Review | Pasir Putih, Kalumpang, Selangor
gambaran sungai di tapak 22 - 24.
sini la tapak-tapak viral. memang sentiasa penuh!
seberang tu ialah tapak 17 - 20.

Campsite Review | Pasir Putih, Kalumpang, Selangor
cantik, kan?
memang patut la jadi spot viral .👍

Campsite Review | Pasir Putih, Kalumpang, Selangor
ini pula adalah aliran ke tapak kami...
seberang aje dgn tapak-tapak viral tadi.

Campsite Review | Pasir Putih, Kalumpang, Selangor

Campsite Review | Pasir Putih, Kalumpang, Selangor

Campsite Review | Pasir Putih, Kalumpang, Selangor
gambaran tapak 64 dan 65.

Campsite Review | Pasir Putih, Kalumpang, Selangor
tapak kami - tapak 64.
ni setelah dibersihkan.
kami terpaksa saya bye bye dah...

Campsite Review | Pasir Putih, Kalumpang, Selangor

kami bersihkan setiap sudut tapak dan pondok 64. siap-siap sapu dan buang sisa makanan yang terjatuh di lantai / tanah. agar camper berikutnya dapat dirikan khemah dgn mudah.

Campsite Review | Pasir Putih, Kalumpang, Selangor
selepas...

Campsite Review | Pasir Putih, Kalumpang, Selangor
sebelum 😄

Campsite Review | Pasir Putih, Kalumpang, Selangor

Campsite Review | Pasir Putih, Kalumpang, Selangor
dari pondok, dpt jengah anak-anak mandi sungai.

Campsite Review | Pasir Putih, Kalumpang, Selangor

Campsite Review | Pasir Putih, Kalumpang, Selangor
anak-anak kecil main pasir 😄

Campsite Review | Pasir Putih, Kalumpang, Selangor
throwback pagi sebelumnya.
tapak 63 takde org, kita pinjam buat bakar sosej.

biarlah dpt tapak yang tak glamer and viral, janji ia menepati citarasa kami yg gemarkan privasi. sungai yg mengalir tenang. tebing yg selamat utk anak-anak, boleh main istana pasir.

ada perkongsian di fb, dikatakan kalumpang ni darul lalat 😁😅. sebab ramai campers terpaksa pasrah dgn keadaan campsite yang terlalu byk lalat. namun, alhamdulillah, waktu kami camping di sini, kehadiran lalat tu tak byk. ada tu tetap ada, tapi under control lah. so, nak ke sini, ready la dgn alat-alat elak lalat ye.

nyamuk? kurang. under control juga. memang menjadi kebiasaan kami bila camping, dlm jam 6 petang da mula pasang ubat nyamuk. ia dipasang hingga la keesokan paginya. nyamuk-nyamuk kat campsite normally nyamuk-nyamuk hutan, besar-besar! scary!

kesimpulannya, memori indah telah tercipta buat kami di campsite pasir putih kalumpang. kena la baca entri sebelum ni - Family camping kali ketiga di Pasir Putih, Kalumpang. jom la cuba camping. di pasir putih ni boleh sewa khemah dan kelengkapan utk camping tau. hanya bawa diri, pakaian dan bahan mentah utk nak masak.  mudah utk yg baru cuba-cuba nak camping. tak perlu lagi beli khemah, flysheet, kerusi meja dan sebagainya. just call Pn Anje kata nak sewa khemah dan tapak sekaligus.

semoga perkongsian saya ni beri manfaat ye kepada yg membaca. in shaa Allah.