assalamualaikum & salam sejahtera 😊
sarapan pagi. kita ni orang Malaysia, bab sarapan pagi memang heaven! 😍 aneka rasa. aneka warna. aneka selera. chinese food. indian food. makanan melayu apatah lagi.
belum lagi makanan johor la, makanan utara la, makanan orang kelantan memang best! aduhai...
saya memang seorang yang wajib pekena sarapan sebelum jam 10 pagi. lebih dari tu, mulalah perasaan saya menjadi tidak keruan, terutama hari bekerja. so, utk menyelamatkan keadaan, memang saya akan beli awal dalam perjalanan ke ofis. masuk je ofis, on lagu di komputer dan menikmati sarapan saya di atas meja ofis tu jugak. air nescafe sudah tentu saya da godak dari rumah 😄. save la bajet bila bw air dari rumah hi hi hi hi...
teh tarik. nescafe tarik.
nasi lemak bungkus singgit 😄.
roti titab.
paling best adalah kacang phool.
mi sup ala boat noodle 😍.
sedap.
mangkuk kecil, tapi mengenyangkan.
inilah kedai makannya.
di bukit katil, depan skit dari Dewan Tun Ali, jalan ke arah Tehel. bukan kali pertama kami sarapan di sini. tak jarang la singgah sebab now dah pun menetap di Durian Tunggal. takkan la sarapan nak cross daerah 😄.
kedai-kedai makan kecil-kecilan gini memang sajikan makanan-makanan yang mudah tapi sgt sedap. tak brape banyak makanan yang kita boleh pilih. simple keratan menunya. tapi, apa yang diberikan tu adalah terbaik. ada rasa. rupa pun cantik bila dihidangkan.
harga? amat affordable. tak la kena byr harga kayangan. alhamdulillah... bila kita disajikan dgn makanan dan minuman yang cukup rasa, hati kita senang. bila byr tu, tak la kita merungut ataupun marah. mereka memberi sepenuh hati dan kita kenyang. we pay for their effort.
👌😌

9 Comments
wah sedap2 semuanya. Lama tak makan roti titab tu
ReplyDeletekacang pool tu menggodanya kak oi... dah lama tak buat atau beli
ReplyDeleteSemua makanan unik tu. Mesti sedap kalau kedai macam ni.
ReplyDeleteHarga berpatutan okaylah, bolehlah singgah kalau terlalu sana kan. Tak pernah lagi makan kacang phool. mi boat noodle pun tak pernah rasa. Boleh jugak cuba yang ala ala ni kan.
ReplyDeleteSuka makan kacang pool dengan roti..
ReplyDeleteMemang sedap pekena kacang pool nasib kt penang ada xpyh ke johor hehe
ReplyDeletelama dah tak makan kacang pool kak..sedapnya..rindu nak makan
ReplyDeletesedapnya
ReplyDeleteRasanya ini tempat yang suami Sha cadangkan untuk pergi tapi bila kami sampai kedai ini tak buka.. Nak kena repeat lagi nampaknya..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.