assalamualaikum & salam sejahtera 😊
alhamdulillah, kesihatan saya semakin baik pada hari ni setelah 5 hari sakit tekak dan demam. bukan positif covid-19 ye. tonsilitis kembali setelah lebih 2 tahun dia mendiamkan diri hu hu hu hu... secara tiba-tiba pada hari Rabu lepas, tekak menjadi sgt sakit dan demam. setelah buat RTK test dan result negatif, barulah memberanikan diri ke klinik berdekatan ofis.
yes, tonsil bengkak kemerahan. aduhai... teruslah medical leave pada hari Khamis & Jumaat. rehat di rumah dan makan ubat.
back to work happily this week. bukan saje kesihatan semakin baik, tapi dikurniakan dgn 3 lagi kegembiraan berkaitan kerja. memang bahagia, gembira dan riang ria la saya hadir ke pejabat semlm 😄. Allah itu Maha Pemurah. Allah itu Maha Penyayang. kita berdoa bersungguh-sungguh dan berusaha, pasti Allah tunaikan permintaan kita. janji Allah itu pasti. tapi pasal kerja ni, kemudian-kemudian kan la kan. ia sesuatu yang kurang suka saya kongsikan di laman alam maya.
harap maklum ini bukan pasangan yang bertunang ye 😆.
bertuah la kalau bertunang dah cenggini ha ha ha ha ha ha...
inilah dia anak buah saya yg sulung, Dr. Najlaa.
anak kakak saya.
alhamdulillah, baru dpt tahu yang Najlaa da pun terima penempatan bekerja iaitu di Hospital Putrajaya. cantik sgt lah tu. semua dipermudahkan. akan berkahwin bulan Ogos nanti dan dpt duduk bersama suami kelak. kerja tak jauh mana pun.
majlis merisik dan bertunang.
majlis dilaksanakan pada 5.2.2021 penuh kesederhanaan. jemputan hanya di kalangan adik-beradik dan jiran-tetangga. ini perlu kerana pada waktu itu varian omicron covid-19 mengganas! tidak la dapat kakak saya membuat majlis secara besar-besaran.
Najlaa dan adiknya, Muhammad.
Najlaa dan mak-mak sedara yang kepoh!
di kiri = saya dan di kanan tu = Mak Usu Najlaa...
ni pula saya 4 beradik pompuan.
mak Najlaa adalah yang duduk di kerusi, tidak bercermin mata.
kakak kedua.
amik peluang bergambar dgn emak saya yg comel!
kain ela sepasang dan sampin.
buah-buahan tempatan.
aneka coklat.
sejadah.
butter cookies.
konsep bakul. tiru ideas dari youtube saje. beli barang dan 2-3 hari saya ambil masa utk berkreatif. seronok! dulu kala, time adik pompuan saya nikah, saya juga la yg buatkan hantaran dia. kena baca la entri LAMA ni. tetap ada tempek dlm blog tau 😃.
in shaa Allah, utk pernikahan Laa nanti, still saya bantu kakak utk dulang-dulang hantaran. tapi saya tak menggubah kot, akan tempah di kedai. lebih anggun dan berseri-seri utk majlis pernikahan. manakala utk hari persandingan Laa di Putrajaya, saya ditugaskan oleh kakak utk menyediakan beg doorgift. belum berkesempatan untuk mencari. in shaa Allah nak survey di Nilai 3.
seronok rasanya!
2021 sorang anak buah mr.asben mendirikan rumahtangga. bakal menimang cahaya mata beberapa bulan lagi ni 😍. 2022 ni, sorang lagi anak buah mr.asben akan nikah pada bulan Mei. dan Laa in shaa Allah pada bulan Ogos. best moments will be created. moments ramai-ramai tu yg saya suka. ala-ala family day but this one a bigger functions. best sgt lah.
moga majlis-majlis anak-anak buah saya bakal berjalan lancar. tiada halangan apa-apa. mereka dapat merealisasikan hari gembira mereka dengan sempurna 💗.
5 Comments
Syukurlah bukan positif covid19 sekarang ni asal sakit tekak batuk-batuk je masing-masing dah seriau.
ReplyDeleteKreatif rupanya Aida ni cantik hantaran tu. Bila berkumpul rewang-rewang memang excited sangat rasanya
in shaa Allah, aamiin..
ReplyDeletelawa barang hantaran dia tu.
Cantiknya Dr. Najlaa, kemain berseri atas pelamin. Btw tahniah kak aida untuk 3 berita gembira tu hihi
ReplyDeleteCantik anak buah.. semoga dipermudahkana urusan
ReplyDeleteALhamdulillah.. Semoga terus diberikan kesihatan yang baik ye Aida..
ReplyDeleteCantik pengantinnya..
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.