assalamualaikum & salam sejahtera...
petang ni tak masak. dah plan dari awal pagi, nak singgah pasar malam je. Rabu memang ada pasar malam di pekat Durian Tunggal. cheat day utk diri sendiri - tak payah masak 😄.
setelah bertahun-tahun tular di mana-mana kisahnya, few weeks ago barulah saya sekeluarga dapat merasa kemanisan Bubblebee Shuib Sepahtu ni. da lama dah jeling-jeling outlet di MITC tu. dulu-kala asyik la disajikan dgn orang beratur panjang. malas lah...
pada hari tersebut, tiber terasa nak rasa... pergi. takde orang pun 😄. rezeki anak-anak lah...
satu dari 4 yg kami beli, disalutnya ala-ala bunga telur zaman dolu.
nice!
ni la yg tular tu kan.
ada keping madu tu hah...
mango smoothies ni the best.
pekat. manis-manis buah.
terbaik!
👉 terpikat?
biasa-biasa aje la. nothing special utk saya wow wow kan sgt. saya beli 4 cuma tak ingat apa yang saya beli. sebab utk first timer, sampai je kaunter, saya direct tanya adik kaunter, "adik, apa yg adik nak recommend akak beli?".
dgn laju dia pun rekomen satu persatu. add on itu. add on ini. tu yang hampir RM80 juga la membayarnya 😄. tak la tak sedap langsung. ok ok la. but for me, ada je yg macam tu di tempat lain dgn harga lebih affordable. lebih byk kuantiti boleh dibeli. lebih besar la enjoyment nyer kan.
👉 repeat beli?
mungkinlah. tapi tidak dlm masa terdekat. beli hari tu pun, ada 2 cups yg tak habis. dibiarkan hingga cair. akhirnya, ke tong sampah. bila da tak sejuk and cair, memang tak sedap dah la kan.
minuman gini pada saya, akan beli utk reward anak-anak kot. tak nak ia jadi terlalu biasa, kemudian mereka boring. once in a while best lah kan. saya suka beri diorang and diorang kasik feedback yg over excited. saya jadi puas hati belanja byk mana pun duit. alhamdulillah...
p/s : this weekend, maybe nak belanja diorang coffee coffee di kupibin Ayer Keroh. in shaa Allah. lama da diorang ajak. saya buat tak peduli aje 😆.
7 Comments
Mango smoothie tu bole try la nnt... Ms memula try yg signature dia je ngan yg eskrem+coco crunch ke hape nama nya lupa plak hahaah
ReplyDeletehoney comb tu mahal...not bad la..mkn time cuaca panas yummy...tp tkde la slalu kan
ReplyDeleteMango tu nampak menarik untuk dicuba.. sekali sekala kan aida..
ReplyDeletebagi saya pon ok la..sedap je..yg letak corn flakes sy suka yg simple gtu je hihi
ReplyDeleteTak pernah cuba lagi minuman ni sebab tak ada cawangan yang berdekatan.
ReplyDeletepernah try sekali...yg ada cornflakes...sedap jg..
ReplyDeletekat pontian pun ada.. selalu lalu je kedai dia tak pernah lagi masuk haha.. maybe pasni bole ajak husband .. nak juga merasa
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.