assalamualaikum dan salam sejahtera 😊
selesanya la bila dpt menggeliat setelah seharian dok menaip kat laptop ni. few kerja hakiki settle. esok sambung. menggeliat dlm bilik sorang-sorang, ok la, orang lain tak nampak! ha ha ha ha ha.... sakit kot tulang belakang duduk seharian hu hu hu hu hu...
now is masa utk releks jap sementara tunggu jam tepat 4.33 petang. boleh balik rumah yahooooo... tukar attire jadik tukang masak plak 😄.
ada kisah tentang covid-19.
ada kisah yang sedih di bulan Ramadhan yang lepas 😞.
tapi sudah berakhir... nak juga la tampal cerita di sini. waktu tu tak nyempat nak taip-taip, sibuk ke lain ha ha ha ha...
berkongsi pengalaman menerima House Surveillance Order (HSO) dalam apps MysSejahtera - close contact, bila kak Nurin positif covid-19 pada petang 10.4.2022 dan Syuhada pula pada pagi 12.4.2022.
Allahu... bagai nak gugur jantung bila test kak Nurin menunjukkan 2 calit petang Ahad tu. sememangnya kak Nurin dari Jumaat berasa tidak sihat, tekaknya sakit. namun, ia dirahsiakan dari pengetahuan saya. dia just kongsi dgn Syuhada aje. Ahad petang tu saya lihat keadaan dia amat tidak elok. badannya dedo! terpaksa saya arahkan dia untuk buat test air liur tu. positif!!! 😱
malam itu, bermulalah episod kuarantin di rumah. kak Nurin bersendirian di biliknya. 😥 sayunya hati. saya cukup-cukup menjaga anak-anak dari terkena jangkitan covid-19 sejak pandemik ni mengganas Januari 2020 dulu. akhirnya, Ramadhan 2022, ia berjaya masuk pintu rumah kami.
saya redha.
dari mana jangkitan diperolehi tidak menjadi persoalan. bila sudah keluar bekerja seperti biasa dan anak-anak semua sudah mula bersekolah tanpa penggiliran, mana kan boleh kita detect? redha. tumpukan perhatian untuk pulih dan sihat seperti biasa je masa tu. in shaa Allah...
2 calit anak-anak saya amat terang.
bukan samar-samar 😓.
calitan yg mengejutkan. speechless si Ibu.
tugas saya bila HSO, pantau anak-anak. bermula dgn kak Nurin dan 2 days after, Syuhada joined kakaknya di kuarantin bersama. time ubat. time makan. refill botol air suam. bersua secara video calls je. pass apa-apa barang / makanan di muka pintu.
rindu!
13.4.2022, pagi Rabu, buat RTK test for kak Nurin, masih positif. and on Rabu juga, Syuhada pulak start demam tinggi. mujurlah kak Nurin da tak demam, dpt la dia bantu saya pantau Syuhada dalam bilik. sedikit kelegaan pada saya bila mereka berdua dlm bilik. pantau each other.
demam tinggi dalam 2 mlm.
sakit tekak dalam seminggu.
batuk jugak dalam seminggu ++.
lain-lain gejala, tiada. alhamdulillah.
jika begitu, saya percaya mereka dijangkiti virus covid omicron, bukan delta.
ubat kumur.
ubat sakit tekak.
ubat demam.
air lemon suam.
air suam.
kerap mandi.
itulah ikhtiar saya. pantau suhu demam anak-anak dari semasa ke semasa.
seminggu anak-anak tidak bersekolah. bersyukur sebab Izzat tidak dijangkiti. alhamdulillah. Allah Maha Besar. jika boy sorang tu dijangkiti, Allahu, triple sedih la saya. bagaimana la dia sorang nak dok dalam bilik berseorangan. risau la saya ni.
tu la hikmah Ramadhan thn ni. 2 minggu rumah dikuarantin. releks. diam-diam kami sekeluarga. sakit dalam bulan Ramadhan. ujian. ingin tambah ketakwaan kita kepadaNya, kan. sesungguhnya sakit tu penghapus dosa kecik.
kini covid-19 tidak lagi mengganas TAPI mesti jaga diri ye. ke sana ke sini, jaga! ia masih ada, cuma, bila da complete vaksin, kita ni kebal skit lah kan. in shaa Allah.
fuh fuh! jauh kan virus segala virus!!! fuh fuh!
😄
8 Comments
mmg risau kalau ahli keluarga kena covid...Alhamdulillah, sudah sembuh...
ReplyDeletemasuk ofis harini, dpt tau 5 org ofismate positif covid...semua kena buat RTK test..covid masih mengganas..kena jg SOP..
lepas satu, satu virus yg dtg. now kan influenza plak, nohas.
DeleteAllahu.
covid 19 pun ada jugak lagi. kes masih beribu hu hu hu...
Masih perlu berjaga2 sebab wabak kobit belum reda
ReplyDeletebetul.
Deleteaida memang pastikan anak2 sihat 100%.
serik!
Trauma sepanjang PKP masih belum berakhir. Wabak masih ada di sekeliling kita.
ReplyDeletemoga takde dah PKP, kan.
Deletetak kisah la utk virus covid or any other virus.
Betul-betul dugaan.. Bila dah datang menjenguk emmang tak mampu nak cari dari mana puncanya.. Alhamdulillah.. semua dah kembali sihat..
ReplyDeleteMasih tetap berjaga-jaga sekarang ni..
nina pun sampai ke sudah tak update kisah kena covid ni. hehe. apa pun kena berjaga2 takut terkena lg
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.