assalamualaikum & salam sejahtera 😊
mengalir juga air mata ni, kantung penuh dek air mata yg bergenang, tak tertahan lagi! sebak di dada menahan sedih 😔. berkorban dan terkorban, hanya Allah yang Maha Memahami rasa dan kehendak hati. itulah dia kekuatan pahlawan-pahlawan kita dulu kala. ketepikan kesenangan diri dan keluarga, apatah lagi kemewahan dunia demi menjaga maruah agama dan bangsa.
adi putra
beto kusyairy
fattah amin
meletakkan 3 pelakon utama merupakan pertaruhan paling besar utk jalan cerita Mat Kilau ni. ketiga-tiganya, pada pendapat saya, memainkan watak dgn begitu bagus membuat kita masuk dlm diri mereka. faham jiwa mereka. satu tujuan tapi cara berbeza. satu matlamat tapi gerak gaya tidak sama. dek kerana semangat membara, melangkah tanpa berfikir mengakibatkan sengketa dan bencana!
aduhai...
melayu sebagai pembelot. hmmmmm sejarah tidak pernah dijadikan pedoman. hingga kini, zaman moden, kita boleh lihat melayu masih lagi menjadi pembelot agama dan bangsa 😒. dek kerana ditekan skit, diugut skit, terutama bila dihidangkan kemewahan dunia, mula la melayu tu berpaling arah.
di sebalik seorang suami, berdiri teguhnya sang isteri. mulut kata tidak, tapi dalam hati seluruhnya menyokong perjuangan si suami. mengeluarkan kata-kata menghalang, namun dalam hati penuh rela dengan perjuangan suami sehingga ke nafasnya yang terakhir ðŸ˜.
jom beramai-ramai kita penuhkan panggung menonton Mat Kilau. bawa bersama anak-anak agar mereka dapat tonton dan menjiwai watak-watak yang dilakonkan. sejarah ni sukar difaham jika hanya baca buku teks. bila dipersembahkan dalam bentuk lakon layar, ia lebih meresap ke sanubari. anak-anak akan tahu betapa sejarah itu mudah dan menarik.
jalan cerita yang mudah difahami meskipun ia berjalan dgn begitu pantas. action movies, seharusnya begitu. dada kita berdebar tanpa henti dari satu scene ke scene yang berikutnya. tumpuan kita tak lari biarpun seminit dan diri berkobar-kobar nak tahu apakah yang akan terjadi lepas ni.
semoga ada lebih banyak lagi penerbit yang berani melahirkan naskhah gini. semoga lebih banyak pengarah yang mampu membawa filem melayu seumpama ni ke panggung. berkualiti. padu dgn mesej. tidak bosan. bertenaga!
10 bintang utk Mat Kilau.
2 Comments
Terbaikk filem ni
ReplyDeleteseharusnya cerita2 begini lebih byk . Asyik cerita cinta cintun. Tapiii Kannn entah la org melayu ambik pengajaran ke tak he hee
reality dari zaman berzaman sikap org melayuu .
Harap2 anak2 muda yg tgk faham dan jdkan iktibar
Harap banyak lagi cerita melayu yg macam ni...
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.