assalamualaikum & salam sejahtera...
jam di dinding tepat kul 2:20 petang. kami-kami sedang berehat, tonton tv ramai-ramai. para ayah ada di surau, jemaah zuhur sekaligus mungkin melihat-lihat saki-baki aktiviti penyembelihan pagi tadi.
lauk kami di hari raya Aidil Adha ni, simple... sup kaki dan sup tulang. 2 jenis sup. ada ketupat segera. ada ketupat daun. ada juga celur mihun skit. sambal kicap cili padi. tau dah kan apa menu utamanya. tak la itu aje. ada kuah lodeh dan sambal sotong.
alhamdulillah.
dari pagi, makan. makan. makan 😃.
dari kami sekeluarga.
tema pakaian santai.
apa yg ada.
ada la skit gabungan tema biru & kelabu 😄
anak-anak semua hijau.
behind the scene.
sempat anak dara saya wefie.
clever girls.
kami 3 beradik dgn emak serta anak-anak.
kak Anim takde lagi hari ni.
so, kami bertiga je la bergambar dgn emak tersayang.
rehat-rehat saje. borak-borak.
abah dan emak da masuk tidur dah. sessi petang, selepas Zuhur. kat depan ni masih lagi ala-ala panggung wayang, bertukar ganti movie apa nak ditonton ramai-ramai.
Aidil Adha kali ni, meriah skit keadaan sekeliling saya tgk kan. hampir di mana-mana ada melakukan ibadah qurban. penyembelihan lembu, kerbau dan kambing. setelah 2 tahun, kita merayakannya ala kadar, penyembelihan tak dpt gotong-royong, tahun ni kembali riang meriah. alhamdulillah.
tahun depan ntah bagaimana keadaan Aidil Adha, kan? ntah ntah tak dpt beraya bersama, kerana ada yang menunaikan haji di tanah suci, in shaa Allah. adik-beradik saya belum sorang pun yg sudah menunaikan haji. in shaa Allah... kakak-kakak saya dlm waktu-waktu terdekat. dengarnya kak Ina dan Kak Anim nak buat rayuan percepatkan panggilan haji mereka. moga dipermudahkan.
bagi saya & mr.asben, simpanan di Tabung Haji dah pun melayakkan kami berdua dipanggil. hanya mempersiapkan diri sendiri la mulai sekarang. tingkatkan amal ibadah sentiasa. menunaikan haji ni bagi saya bukan perkara yang mudah sebab ia amat istimewa. perginya kita ke tanah suci, mesti bersedia dgn lengkap. agar kita terus boleh berubah sempurna sekembalinya dari sana. in shaa Allah.
maklumlah, pergi bukan boleh ulang 2 atau 3 kali. sekali bagi yang mampu. dan mengikut kuota dari semasa ke semasa. kita perlu beri peluang kepada org lain pula, kan 😄.
semoga kita dijemput Allah ke tanah suci dalam keadaan yg sihat sempurna fizikal & mental. tu la doa saya. aminnn...
6 Comments
Salam Aidiladha buat semua...
ReplyDeleteSalam Aidiladha. Sup daging memang signature lauk raya haji
ReplyDeletesalam aidil adha kak aida... untung lah ada bergambar raya kami thn ni mmmg xde langsung pun kenangan raya haji... mmg mood ke laut dalam
ReplyDeleteAmin. Semoga yang belum pergi dapat pergi. Itulah kena bersedia betul-betul. Bukan boleh ulang kecuali umrah. Saya ini terfikir siapa mahram hendak ikut. Kalau boleh takmo seorang. Alhamdulillah Puan Aida ada suami bersama
ReplyDeletealhamdulillah dpt juga rasa raya yg meriah thn ni
ReplyDeletealhamdulillah seronok sgt kali ni dpt berkumpul kan
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.