assalamualaikum & salam sejahtera semua...
petang ni, sedang saya menaip ni, emak dan abah saya ada di depan mata 😀. alhamdulillah, jam 11 pagi tadi da selamat tiba Bangi, rumah kak Ina, kakak kedua. di sinilah kini tempat saya 'balik kampung'. emak dan abah memang da menetap dgn kak Ina sejak lama dulu.
saya dan kak Anim, kakak sulung, je ada ni. adik bongsu, An masih belum tiba. walaupun rumah di Kajang je, beberapa minit, hmmmmm lambat tibanya 😁. hmmmm lewat petang karang sampai la tu anak-beranak. terus berbuka le gamaknya.
sesampainya saya tadi, kebosanan, belum mula memasak... saya teruslah snap snap gambar mana yg ada. kalau ikutkan rasa hati, mamai ubat selsema yg ditelan pagi tadi masih ada. kalau letak kepala atas bantal, confirm terlena. so kita jadi jurugambar tak bertauliah la sekejap.
wah! ada sofa baru khas utk abah dan emak.
istimewa 😍
cermin mata abah.
phone abah.
abah dan emak ada je kat sini. tak ke mana. jika di mana-mana, di situ lah kami adik-beradik akan berkumpul. umpama semut menghurung gula la kan.
pisang utk abah dan emak.
memang ada je kat sini.
kek lapis sarawak.
kebetulan kak Ina mesyuarat di Sarawak last week.
kek buah.
beli juga ni.
asam pedas ikan cencaru.
sedap sungguh kak Anim masak 😊😋.
ada beberapa perancangan utk masak apa petang nanti. semua da tersedia. menu dah listed. pelaksanaannya je belum lagi. tak la sebagaimana raya Aidilfitri yg lepas, mengejut jut jut jut! hadoilah... santan takde. lemang tempah tak berambik lagi. Allahu 😄...
tahun ni raya haji ni, kami tak merendang. masak biasa-biasa saje. tapi bukan menu biasa la. special skit tapi lari dari tema hari raya. saje saje tukar rasa. lagipun takde menjangka tetamu akan dtg. meskipun nak endemik, masih lagi kak Ina menghadkan tetamu yg boleh datang.
orait.
jika berpeluang, nanti malam blog ini kembali bernyawa 😁.
6 Comments
berkumpul adik-beradik bersama ibu-bapa di hari raya mmg seronok...mesti nak masak mcm2...rajin Kak Ina berkebun, mcm2 tanaman...buah cermai pun ada..
ReplyDeletewajib kn berkumpul di mana king & queen berada... kami selalunya akn follow mak bpk ke umh nenek... kalau diorg masih lg kt umah kita ke umh mak dlu kalau diorang dh gerak ke umh nenek ke situ jugaklah kami pegi... hihihi
ReplyDeleteCantik tersusun pokok.
ReplyDeleteAlhamdulillah ada kerusi khas untuk ibu ayah. Empuk duduk.
Terliur tengok asam pedas tu.
ReplyDeletedpt kumpul ramai2 seronok betul.. wah sofa pun cantik. sedap kalau dpt rehatkan bdn
ReplyDeletealhamdulillah semuanya berjalan lancar.. seronoknya beraya bersama keluarga
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.