assalamualaikum & salam sejahtera 😀
selesai tunaikan solat Isyak tadi, sedang bersiap, terpandang susunan kotak ubat Abah dalam bilik. dari sehari ke sehari nak snap gambar, berbulan-bulan lamanya tertangguh! yes, tadi sukses amik 2 keping buat kenangan di laman blog.
kerjaan abah saya la tu. sekotak demi sekotak di susun. dan semua kotak-kotak tu berisi. setiap kotak dilabelkan dgn tulisan. hanya abah dan emak je tahu apakah isi kandungannya 😌. jangan la sesiapa yang lain pandai-pandai nak ambil apa-apa ubat tanpa tanya abah atau emak.
diketahui umum, abah saya pesakit kronik 3 - 4 serangkai penyakit. diabetes. buah pinggang. ni dua yang teruk. abah dah bertahun tidak lagi boleh berpuasa di bulan Ramadhan. jika puasa, sakit. emak pula, diabetes yes dan juga thyroid. rutin makan ubat utk abah dan emak seharian berkali-kali, ada masanya termasuklah cucuk insulin. cucu-cucu da tau dah, sebelum makan, akan tanya atoknya, "atok da cucuk (insulin) lom?" 😄.
label kotak dengan tulisan abah.
jgn dipercaya nama kotak asal. sebab yang betulnya adalah label tulisan abah. tu la dia. and, dipamerkan di sini bahawa tulisan abah saya sangat cantik dan berseni. lom lagi tgk signature abah, melentok-lentok mcm lukisan 💛.
sebab tu la kami adik-beradik bertulisan cantik, boleh la... sebab kami dari kecik, abah amat menjaga tulisan kami. memang takutlah nak buat homework dgn kehadiran abah. silap haribulan, jari kena ketuk dgn senduk! hadoi lah 😖...
kalau tiba-tiba sakit perut, demam, selesema sebab elergi ataupun pening kepala, jangan risau lah. minta abah atau emak, mesti ada pil utk melegakan kesakitan kita tu. semua complete lah. kebetulan, abah ada 2 doktor dalam rumah, kak Ina dan anaknya, Najlaa. abah pun dah pakar umpama doktor ha ha ha...
lastly, board kecil di tepi tv. tercatat appointment dates abah dan emak. aneka sebab utk ke hospital. pelbagai pemeriksaan dari semasa ke semasa. pengambilan ubat-ubatan dan sebagainya. board kecil yang comel. lukisan pokok, awan dan matahari tu 😁, lukisan tambahan oleh cucu-cucu.
tu la dia. coretan tentang abah dan emak 😊. masih ada depan mata, dicoretkan utk kenangan masa hadapan.
18 Comments
Semoga dipermudahkan urusan perawatannya dan dianugerahi keafiatan yang berpajangan
ReplyDeleteSemoga abah dan emak kak Aida sihat. rupanya isi dan kotak tak sama ye.
ReplyDeleteAllah, teringat ubat-ubatan arwah Mak sy Aida... Macam-macam jenis ubatnya :(
ReplyDeleteApapun moga mak abah Aida sentiasa diberikan kesihatan yg baik aamin
Semoga dilindungi dari penyakit berbahaya.
ReplyDeleteAlahai comelnya... mcm bpk sy jugak... dkt kotak ubat dia mmg dia akn tulis sendiri nama ubat dan brp kali mkn sehari... tp kan tulisan org dlu² mmg berseni
ReplyDeletecomelnya abah. sistematik je susun :)
ReplyDeleteBagus betul terperinci tulis di kotak. Kira rahsia antara ibu dan ayah nama ubat sebenar tanpa pengetahuan orang lain.
ReplyDeleteElok juga ada letak peringatan temujanji.
Nampak tulisan ubat cair darah tu ha yang tu Mrs. A tahu ubat untuk sakit jantung hehehee...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Bagusnya, ubat tersusun dan dilabel. Temujanji hospital pun ditulis sebagai reminder. Semoga kedua orang tua Aida sihat.
ReplyDeleteSy pun kena ambil ubat.. setiap 2 bln kena jumpa doktor.
ReplyDeleteSemoga abah dan emak sentiasa sihat... Aminnnn 🤲🤲
ReplyDeleteSemoga abah dan mak kak Aida dikurniakan kesihatan yang baik.. Bila tengok bersusun kotak tue, memang payah jugak nak cari ubat yang dikehendaki kecuali tuan yang menyusun tue tau di mana kotak yang dicari tue... hihi...
ReplyDeletetulisan abah akak mcm tulisan bapa nina, melentok2. hehe.. itulah memang di rumah pun ada tulisan sendiri, anak tak tahu ubat apa kalau tak tulis
ReplyDeletesemoga mak dan abah diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik.
ReplyDeletelama dah tak jenguk sini, lawanya tulisan..memang berseni sangat
ReplyDeletecantiknya tulisan abah aida.. teringat tulisan arwah ayah mama pun cantik juga huhu.. rinduu
ReplyDeleteUbat arwah abah, saya kembalikan semula ke hospital walaupun telah bayar.. Mungkin ada pesakit lain yang memerlukan..
ReplyDeleteSemoga dipermudah urusan pakcik sekeluarga..
Amboi! Comel sungguhlah cucu-cucunya tolong hias board kecil dengan lukisan alam.
ReplyDeleteMoga emak abah sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan perawatannya.
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.