assalamualaikum 😊
lauk pemalas ke?
😁 pe ada hal kalau itulah permintaan anak-anak. cili padi tu kehendak ibu. telur goreng, kuning jgn terlalu masak. nasi panas-panas!
😁 pe ada hal kalau itulah permintaan anak-anak. cili padi tu kehendak ibu. telur goreng, kuning jgn terlalu masak. nasi panas-panas!
lauk zaman sukar.
parents saya bukan orang senang. zaman kecil saya amat sukar. nasi putih, telur goreng dan kicap, cukuplah. bertambah nasi berpinggan-pinggan. extra kegembiraan, bila mak buat sambal tumis ikan bilis. Allahu, nikmat mana yang nak saya dustakan.
anak-anak saya dibesarkan dgn cara sederhana aje. apa yg ada, makan, jgn byk citer. lauk apa yg dihidangkan, makan, jgn byk songel! lelebih kalau bertandang ke rumah orang, alhamdulillah, mereka bertiga tak cerewet. makan apa ada. on the way back, if tak kenyang, kita singgah kedai makan, pe ada hal, kan. kita buat dia 😄.
telur goreng.
suka kuningnya masak. atau separuh masak?
saya suka kalau yg separuh masak. gaul dgn kicap dan cili padi. nasi yg putih tu jadi hitam. ngap! nyaman...
13 Comments
Anak-anak Fiza pun kami ajar untuk besederhana. Sedap apa telur. Budak² memang suka. Boleh bertambah-tambah nasi.
ReplyDeleteLauk simple tapi membuka selera, malah jadi bertambah2 nasi..haha.
ReplyDeleteSaya prefer kuningnya hampir masak.
bila x tau nk mkn apa malam , ni la lauk paling best he hee memang lakuu keras
ReplyDeletelauk gini lah boleh buat makan bertambah kak
ReplyDeleteaduyai sedapnya, makan dgn nasi panas ni
ReplyDeleteLauk ni berhantu tauu. makan ni je dah bertambah nasi nya tnpa sedar hahah
ReplyDeleteMmg sedapp menambah2 ni
ReplyDeleteLauk yang boleh buat lupa diri tengah diet kadang-kadang.
ReplyDeletesama lah kita tapi mak saya suka goreng telur berkuah kicap dan sos hehe
ReplyDeletelauk simple telur kicap cili padi mmg sedapp., ;p
ReplyDeleteLauk ni bila takde idea nak masak apa..
ReplyDeleteKadang lauk simple macam ni la menambah nasi.. Perah air limau sikit, sodap!
simple but sedap & senang nak buat..
ReplyDeleteLauk feveret ni. Memang betul boleh menambah-nambah nasi dalam pinggang. Kalau tambah kicap, suka kuning telur masak sepenuhnya.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.