assalamualaikum.
salam sejahtera.
hati-hati semua. kini, Malaysia dilanda pra musim tengkujuh. tidak begitu hujan berpanjangan, namun, kehadiran hujan amat lebat sesekali berserta angin kencang. weekend lepas, Melaka alami hujan lebat semalaman. keesokan harinya, Ahad, byk pokok tumbang. mujurlah tiada melibatkan kehilangan nyawa.
malang tidak berbau. berhati-hati saje la kan. tempat parkir kereta, pastikan tiada pokok-pokok besar berhampiran. park di tempat yang selamat.
hmmmm talking about musim hujan ni, amatlah sinonim dgn baju yang disidai tidak kering rangup. saya cukup particular bab baju kering di ampaian ni. kalau tak bebetul kering, memang la saya tak senang duduk 😔. mujurlah laman tepi rumah saya berbumbung dan ada kipas siling. boleh dianginkan.
hot hazelnut latte really warms my 💜.
dobi layan diri berdekatan rumah saya, penuh! sewaktu melintasinya nak ke Speedmart, wah 😳 sesak teruk di situ hi hi hi...
30 minit menunggu, pekena la kopi secawan, kan. tak kisah la jenama apa. nes tarik ikat tepi pun onz aje. tapi, kebetulan Tealive sebelah je, dpt la merasa kopi mahal kan 😄. tak la terasa lama menunggu mesin dryer tu abis berpusing. kopi dihirup dalam kereta sambil dengar SinarFM. relax sorang-sorang for 30 minit 😊. sesekali selak-selak la phone layan media sosial. hmmmm a great me-time actually.
belanja sekeping gambar minggu lepas.
before start mesyuarat, jalan-jalan tepi pool jap 😄.
mesyuarat selama 3 hari 2 malam di PD.
lama juga tak coffee coffee di Coffee Bean. my favourite place to lepak with coffee. portion makanan yg ohsem. selesa. kenyang. weekend ni la in shaa Allah. kebetulan Isnin depan my birthday, Ahad tu belanja anak-anak la makan restoran kayangan 😄.
ok. bye for today ye.
jam 9.00 pagi ni ada taklimat di dewan.
👌
5 Comments
salah satu kebaikan dobi ialah boleh buat bila-bila masa ...cuma ada kos yang perlu ditanggung..kos duit dan juga kos masa hehehe
ReplyDeletebenar. itu yg pergi hanya bila betul-betul perlu, kan.
Deletejika santai-santai, cuaca baik, sidai aje la tepi rumah.
musim hujan mmg full house la dobi..
ReplyDeleteni pon sy duk risau baju2 xbasuh lg seminggu..
matahari pulak malu2 nk tnjukkan diri..
mmg ke dobi jugak rsnya hujung minggu ni.. huhu
ia memudahkan sebenarnya.
Deletebila musim tengkujuh, baju-baju tak kering.
moreover, ada anak kecil, Allahu...
ke dobi layan diri la jawapannya :)
ya musim hujan merata2 dobi penuh dgn org. nasib baik hujan start pukul 5 ptg. sempat la baju2 kering kalau sidai waktu pg. hehe
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.