assalamualaikum 😃
salam sejahtera semua. selamat pagi Ahad.
hadirnya saya di sini pagi ni, taip-taip sambil tonton movie korea, 20th Century Girl. movie lama. cuma bila berlegar-legar di TikTok, menarik perhatian utk saya tonton. nice. cerita cinta budak-budak remaja. santai.
ingin tampal di memori blog tentang aktiviti riadah saya Isnin lepas. amat menggembirakan bila Abg Ipar saya dari Subang, suami isteri, dtg rumah bermalam. semata-mata mereka ingin merasa hiking di Bukit Beruang. setelah dipengaruhi oleh mr.Asben lah ni 😄.
at first, saya surrender lah, tak nak ikut. sebab tak mampu! memang tak bersedia mental and fizikal. mau nyer nanti muntah la, mabuk la, pitam la... tapi tu la, demi nak menambah keseronokan, saya dan anak-anak pompuan join la jugak pagi Isnin tu.
tiga dara pengitan 💛
dari kiri, Nurin, Sara & Syuhada.
Sara, the only daughter Abg Ipar saya.
so, mereka bertiga di bff la jika berjumpa.
😃 ha ha ha nampak tak, sesiap bawak mat camping.
kasut ni yg telah bersama saya bertahun-tahun.
tu la hari terakhir dia berkhidmat.
tapak da koyak! 😓
betapa relax nyer anak dara bertiga ni kan.
kebetulan cuaca di atas tak panas, matahari dilindungi awan.
ramai pendaki lain yg juga rehat melepaskan lelah di atas tu.
kami je yg lepak-lepak tanpa hiking ha ha ah ha...
saujana mata memandang 💜
tapi separuh jer la.
takut giler nak naik sampai atas sana tu.
takut-takut turun nanti nak kena panggil bomba 😆.
yes. jadik laaaa...
daddy and son 👍
dari kiri, Pak Long, Izzat dan ayah Izzat 👍
yes. another pic Izzat bersama Mak Long 😃
dah Izzat plak nak mencuba setelah dia dpt tahu ibu berjaya naik dan turun 😄😆
chewah!
lebih kurang jam 12.20 tengah hari, kami-kami pun gerak turun. kami ikut jalan tar. saje saje nak delay masa, walk slowly. borak. gelak. have fun together. dalam kepala masing-masing da berputar berfikir nak lunch kat mana. anak-anak dara request tempat air-cond 😄. hiking tak seberapa, permintaan bulan bintang! ha ha ha ha...
it was a great morning. alhamdulillah.
9 Comments
wahh..seronoknya..tapi tak rajin nak memanjat bukit... kenderaan berat la katakann
ReplyDeletesama la kita, x brape rajin.
Deletesakit satu badan :) ha ha ha
20th century girl tu movie baru kak aida tapi latar masa je tahun 90-an haha. Best la cuba sesuatu yang baru walaupun separuh je perginya. Lepas ni mana tahu jumpa semangat nak buat full pula. Suka tengok kak aida spend time dengan family buat aktiviti macam ni :)
ReplyDeleteoic. movie baru ek, Fana? sebab lalu kat tiktok akak.
Deleteterus search. and tonton. anak-anak dara akak kata diorang da lama tonton.
tu yg ingatkan da lama :) ha ha ha ha...
tu la. trying hard ni utk kembali fit utk naik bkt beruang.
nak teman mr.Asben. nak kena mula eksesais ni.
Rindu nak pergi hiking di Bukit Beruang. Ada perubahan sedikit berbanding beberapa tahun lepas. Dulu tak ada papan tanda dan kerusi. Tak pastilah kalau saya yang tak perasan papan tanda tu😂.
ReplyDeletebenar. dulu kala takde.
Deletelately ni barulah diletakkan beberapa yg memudahkan hikers.
wahh...bestnya aktiviti outdoor...kira ok jg, dpt lihat view cantik from the above...terbaik Izzat, sampai ke puncak... reward diri dgn lunch dlm air-cond...hihi..
ReplyDeleteX tengok lagi 20th century girl tu..
ReplyDeleteKalau Sha pun separuh jalan juga ni.. Tapi seronoklah Kak Aida still cuba juga memanjat guna tali tu..
Nampak mudah dan terang trail dia. Atas bukit pun luas. Best jugak hiking Bukit Beruang ni, hiking santai santai.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.