assalamualaikum.
salam sejahtera 😀.
rindunya nak jalan-jalan johor. 1-2 bulan lepas 2 kali jejak ke johor, namun urusan kerja semata-mata. sekali pergi dgn famili, sekali lagi pergi pun sorang diri 😌. johor ni antara negeri favourite saya dan mr.Asben. ke sana semata-mata utk makan-makan. relax happy-happy dgn anak-anak.
Ayer Hitam Bandar Seramik.
memang akan singgah masuk Ayer Hitam. beli kerepek pisang kegemaran mr.Asben. dulu kala, beli gubahan orkid pun kat Ayer Hitam. kalau nak diikutkan nafsu pompuan 😄, byk lagi yg boleh dibeli. best! pokok-pokok palsu yg satu masa dulu viral seperti monstera, memang berderet-deret. Allahu, cantik-cantik. tapi tu la, saya lagi berminat dgn pokok asli.
jalan-jalan beberapa minit di pekan Ayer Hitam tu, terus menuju ke kedai makan yg ohsem, Kari Kambing 40 Hari.
waktu kami tiba, mak aii 😖 ramainya la orang...
cuaca dah la panas menyengat.
parkir kereta pun penuh!
yg bungkus, beratur di barisan kiri.
manakala yg nak makan di kedai di barisan kanan.
yes! skit lagi nak tiba depan.
amat sedap. portion amat byk. kami berlima tak berjaya nak habiskan 😄. beli sedulang nasi arab kari kambing dan sepinggan nasi arab ayam. alhamdulillah. puas hati. cukup rasa. cukup rempah.
bercerita tentang makan-makan ni, terasa indahnya dunia bila kita berhajat, terus boleh makan, kan. Allahu, nikmat manalah yg nak kita dustakan, kan.
johor. USS singapura.
terkenang few weeks ago, kak Nurin inform saya, keiniginan dia nak ke singapura. tercetus terus idea nak plan bwk anak-anak ke sana nanti. next year in shaa Allah. join travel agency je la, gi balik hari johor - singapura - johor. nak drive ke sana mcm tak brape berani 😅. gi naik bas ramai-ramai terasa selesa dan selamat.
in shaa Allah.
12 Comments
Dulu sebelum terlampau terkenal, memang kerap saya makan di Kari Kambing 40 hari ni bila balik kampung suami. Sekarang dah lama tak singgah sebab dah terlampau sesak. Mungkin kena datang hari bekerja, baru kurang orang.
ReplyDeletesampai sekarang masih ramai! kalau tgk kan org yg beratur, rasa hati mcm nak cancel aje! ha ha ha ha :) tapi tu la. dek kerana malas nak mencari tempat lunch lain, beratur la jugak. sib baik la tidak terlalu lama dan tempat beratur pun ok, ada kipas dan berbumbung. alhamdulillah.
DeleteKalau makan daging kambing, saya kurang sedikit makan yang berkuah seperti kari,. Saya lebih suka kambing bakar.
ReplyDeleteaduhai. kambing bakar memang ohsem all the time! dgn sos blackpepper memang ummph, kan.
Deletewahhh dari dulu sampai sekarang tak pernah surut orang yang datang, memang sedap lah kan. Rugi tak merasa masa dekat johor dulu haha
ReplyDeleteyes, dik. akak sangka da tak brape ramai. meleset! masih beratur panjang hu hu hu hu...
DeletePernah dulu dua kali ke Ayer Hitam, memborong bahulu gulung.
ReplyDeleteKambing 40 hari tu, entah bila dapat makan. Sekali dulu pernah datang tapi orang terlalu ramai berbaris. Tak sanggup tunggu, kami cari makan tempat lain.
next boleh la singgah, kak. cuba. mana la tau kena dgn citarasa, kan :) boleh repeat in shaa Allah.
DeleteKari kambing 40 hari tu selalu ramai je orangg ðŸ˜
ReplyDeletememang! sabar aje la kita :) hi hi hi
DeleteKalau ke JB anta abah saya appt doktor pun wajib singgah Ayer Hitam. Tapi tak pernah singgah kari kambing 40 hari ni. Tak sanggup nak beratur lama. Tapi rajin singgah Arena Warna IKS tu.
ReplyDeletelama tak pi johor jjcm kt sana. memang best ni kalau dpt mkn portion byk. tunggu anak besar sikit boleh masuk USS. hehehe
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.