assalamualaikum & salam sejahtera 😊
Sabtu yg lepas, selesai mengundi di SMK Bukit Baru, kami berdua breakfast roti dholl cheese. pagi tu hujan gerimis. secawan nes tarik dan milo tarik amatlah menyamankan di kala cuaca yg sejuk. berdua laki bini berborak perihal PRU 😄.
selesai sarapan, kami terus menuju ke Mydin. beli barang basah. ikan tenggiri. ikan keli. ikan siakap. peha ayam. sotong. sayur skit-skit. tak ramai dlm Mydin. mesti ramai merata di pusat mengundi. kami berdua relax aje shopping di Mydin.
settle Mydin. terus ke Larizz DKC Melaka Outlet. da lama nak singgah Larizz ni, tak tersinggah-singgah. Vendor makanan yang lokasinya dekat sgt dgn Kumon Center Izzat. asyik la lalu-lalang live Larizz di timeline facebook saya. terliur lah kan dgn makanan yang disajikan. kebetulan, Sabtu tu memang nak beli kudapan minum petang anak-beranak 😍.
cuba beli 5 makanan yg dijual ni.
cubaan pertama terus beli 5 tau ha ha ha ha...
popia vietnam.
sos pencicahnya was wonderful 😍.
jatuh cinta sgt.
yummy!
popia vietnam ni simple. disajikan dgn sosej, isi ketam dan udang. saladnya segar krup krap krup krap. cicah dgn sos pencicah tu, ohsem. mengenyangkan meskipun makan 2 popia je.
kek tapak kuda uolls.
Izzat dok sebut nak kek ni berminggu-minggu.
rich with chocolate!!!
buka kotak, sekali jalan habis semua kek tapak kuda ni.
sedap tak boleh nak disangkal!
jika ke Melaka, singgah-singgahlah di Larizz. di MITC, ada di google maps. just follow arahnya.
10 Comments
Lamanya tak makan boko ubi!
ReplyDeleteMacam macam makanan ada. Pernah juga beli kek di larizz..tapi di Segamat. Tak pasti cawangan ke apa.
ReplyDeletealhamdulillah..bila yg dicuba semuanya sedappp
ReplyDeleteha'ah makanan orang jawa, dah lama tak makan sebab jarang balik sabak bernam. Dulu kalau raya ada la punten ni
ReplyDeleteAnggaplah cheat day. Hehe. Wah..mintak Larizz buka di KL please
ReplyDeleteNampak sedap-sedap makanannya.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Barulah rasa berbaloi bayar.. Makanan semua sedap dan menyelerakan.. Tapak kuda tu nampak mengancam sangat.. Punten tu pun menarik untuk dicuba..
ReplyDeletetgk semua ni lapar laa pulak heheheh sbb sy tak lunch pun td
ReplyDeleteSedap-sedapnya semua menu...
ReplyDeletesedapnya tgk popia vietnam tu. hehhee. lama xmkn. xnampak org jual
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.