assalamualaikum 😊
salam sejahtera semua.
selamat pagi.
tidak merahsiakan, 2022 ni saya dah pun berusia 44 tahun. alhamdulillah. dah tua dah pun. skit lagi join member 50-an.
bersyukur kerana masih lagi sihat walafiat. masih boleh gelak bila dgr lawak jenaka. masih boleh sebak bila tonton citer hindustan 😄. masih boleh tersenyum simpul bila tonton citer romantik korea 💛. masih boleh membebel bila bertemu kenderaan yg tak reti-reti bagi signal nak corner kiri 😠. Abah Emak masih ada. boleh lagi call bila-bila masa nak. mr.Asben masih lagi hensem dan sihat. anak-anak bertiga ceria, sihat sejahtera dan sempurna akal. cukup! jika Allah nak bagi lebih, alhamdulillah...
dinner ptg semlm 😀
dah 2 malam tak masak for dinner tau ha ha ha ha... tak sempat! bukan tak nak! malam ni pun akan tak sempat masak. sebab kelas saya abis kul 6. dari ofis, tiba rumah kemungkinan besar sipi-sipi kul 7. ntah-ntah da azan maghrib nanti.
makan di kedai kalau tak sempat masak pun merupakan satu rezeki tau. janji dpt makan. anak-anak cukup makan. order aje apa yg teringin kat kertas menu tu.
tahun yang amat membahagiakan.
rezeki paling besar 2022.
tidak pulak dipindahkan keluar dari tempat kerja sekarang. penempatan baharu di tempat yg sama, nikmatnya 😎. sedia maklumlah kan, pegawai kerajaan ni akan diperintahkan bertukar jika dinaikkan pangkat. sebahagian besarnya. maka, sesiapa yg naik pangkat dan stay di tempat yang sama, bersyukurlah anda.
maka, nikmat mana yg nak saya dustakan... di usia 44 tahun ni, saya berazam utk ajar diri saya sentiasa rasa cukup dengan apa yg ada (bersifat Qana'ah). inilah pesanan mr.Asben kat saya few weeks ago. sentiasa bersyukur dan berlapang dada. jgn minta lebih tapi minta pada Allah, hadirkanlah rasa cukup tu dlm diri. jgn fikir apa yg kita belum ada. bersyukur dgn apa yg dah betul-betul milik kita.
in shaa Allah 😘.
Masya-Allah, bertuahnya sesiapa yang memiliki rasa Qana'ah. jom berdoa selalu agar dikurniakan sifat ini.
11 Comments
Selamat hari lahir, kak. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteHappy Birthday Aida 💐
ReplyDeleteMoga sentiasa dalam rahmat Allah.
Sebaya umur kita lah..hehe
Betul tu, nak hati tenang, kena selalu ucap Alhamdulillah Terima Kasih Allah…walau sekecil perkara.
happy birthday Aida...tahniah juga dpt naik pangkat
ReplyDeletehappy belated birthday...sweets...cantiks roses nya tambah cantik lagi sbb dr yg tersayang... congrats atas kenaikan pangkat & x bertukar tu..alhamdulillah sgt kan...
ReplyDeleteHappy birthday..semoga tercapai segala yg dihajati..tahniah jg sbb naik pangkat..
ReplyDeletetq semua atas ucapan dan doa :)
ReplyDeleteAlhamdulillah..Selamat menambah usia kak Aida. Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan serta dilimpahi rezeki dengan segala keberkatan. Tahniah juga dinaikkan pangkat.
ReplyDeleteSha selalu ingat Aida sebaya Sha rupanya Sha kena panggil Kak Aida..
ReplyDeleteHappy belated birthday buat Aida @ Kak Aida.. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.. Aamiin..
Happy belated Kak Aida.. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah..
ReplyDeleteAamiin..
happy belated birthday... mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dan diberkati-Nya sepanjang hayat. aminnn
ReplyDeletehappy belated birthday! alhamdulillah syukur atas segala rezeki yg Allah berikan. semuanya sempurna
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.