assalamualaikum.
salam sejahtera...
selamat pagi semua 😄.
hari ni saya bekerja. tamat sudah cuti 3 hari di Bangi 😍. spent time bersama Abah Emak. semlm ghari dah pun kembali berpijak di bumi Melaka. tak byk kereta di parking lots ofis. sunyi sepi di mana-mana. level ni saya berseorangan... yg lain semua cuti-cuti Malaysia di akhir tahun.
di kesempatan ni, memandangkan kerja hakiki tiada yang tertunggak, dpt la saya hadir di laman blog ni. menaip beberapa lagi kisah yang tertangguh. dikongsikan buat suka-suka. dikongsi buat kenangan di masa depan. in shaa Allah.
yg ni saya teruja nak kongsi. 19 tahun dah menjadi isteri kepada mr.Asben yang kampungnya di Pontian, tak pernah jejak kaki jalan-jalan di Taman Negara Tg. Piai. ni kali kedua sebab Aidilfitri 2022 lepas, singgah sekejap saje di sini, tak masuk pun. itu yg mr.Asben ajak sekali lagi ke Tg. Piai ni, kali ni nak explore masuk la.
we were there 2022 💜.
26.11.2022, Sabtu, saya ke Pontian kerana attend wedding anak sepupu mr.Asben. kebetulan kami takde pape rancangan, memang menjadik la journey ke Pontian. pergi tu, dgn niat nak balik hari je ke Melaka. tapi, bwk baju utk stay 1 malam. in case la malas nak balik.
mr.Asben's brothers bersama wives.
complete 3 beradik 😍.
selesai attend wedding tu, terus singgah rumah mak saudara mr.Asben. berborak dan minum petang ramai-ramai. masa tu la saya buat keputusan utk bermalam di JB. terus walk-in Hotel Seri Malaysia, dptlah 2 bilik utk kami sekeluarga 😄. hotel yg lain semua fully booked.
27.11.2022, Ahad ke Taman Negara Tg. Piai.
pagi nan indah. ramalan cuaca mengatakan akan hujan. merisaukan! kami tetap proceed ke Tg. Piai. bergantung kpd nasib, jika cuaca elok, dptlah kami menjelajah ke Taman Negara Tg. Piai 😉.
bila dah tiba sini, teruja!
Sedikit maklumat penting tentang Taman Negara Tanjung Piai.
Tg. Piai merupakan penghujung selatan di daratan Asia atau lebih tepat benua Eurasia. ia juga menjadi titik untuk melihat dua negara jiran (Singapura dan Indonesia) secara serentak. Taman Negara Tg. Piai telah ditubuhkan pada tahun 1997 untuk melindungi hutan paya bakau dan kawasan berlumpur yang berfungsi sebagai penghalang daripada hakisan ombak. pada tahun 2003, Taman Negara Tanjung Piai telah diiktiraf oleh Konvensyen Ramsar sebagai Tapak Ramsar atau Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa. Berkeluasan 325 hektar, Tanjung Piai adalah taman negara yang terkecil namun yang paling banyak dikunjungi di antara kesemua lima Taman Negara Johor.
taman ini juga adalah destinasi menarik bagi pencinta alam semulajadi kerana keindahan dan kepelbagaian spesis bakau dan haiwan yang terdapat di sini. taman negara ini turut menyediakan kemudahan untuk pelawat seperti rangkaian laluan pejalan kaki berkembar sepanjang 1.2 km, kompleks pelawat yang menempatkan galeri maklumat, dewan seminar serta tapak perkhemahan di dalam hutan bakau.
tunggu ayah park kereta, kita bergambar kenangan.
si ibu yg kegembiraan.
cuaca helok yg amat 😌.
harga tiket masuk Taman Negera Tg. Piai.
ia tidak percuma. apa yg kita bayar ni bakal digunakan utk maintain taman indah ni in shaa Allah.
👉 utk warganegara Malaysia :
- dewasa : RM5
- warga emas (60 tahun ke atas) : RM3
- pelajar (7 hingga 17 tahun) : RM3
- kanak-kanak : percuma
👉 untuk bukan warganegara :
- dewasa : RM20
- warga emas (60 tahun ke atas) : RM10
- pelajar (7 hingga 17 tahun) : RM10
- kanak-kanak : percuma
jgn buang resit!
di kaunter dalam, perlu tunjukkan resit utk mula menjelajah 😉.
maklumat penting yg saya nak kongsi, sebenarnya saya langsung tak update tentang fenomena air pasang besar di sini. kami hadir ke sana pada 27.11.2022 tu kerana kebetulan tak tau nak ke mana sebelum naik balik ke Melaka.
sewaktu kami bergambar-gambar di depan tu, petugas di situ ada tegur, "cepat-cepat masuk. karang air pasang tak dpt nak ke globe." 😨 alamak! iye ke?! waktu tu barulah kami dimaklumkan dgn air pasang besar.
langkah bermula 👌
memang bawa payung.
langit mendung, sediakan payung sebelum hujan.
waktu ni, masih dpt bercerita tentang hutan paya bakau dgn anak-anak.
lihat tanda arah ni, kami bergegas ke Penghujung Selatan Benua Asia.
situ la letaknya globe yg wajib dilawati.
ok, terus lagi...
ada pondok berehat di mana-mana ye.
memang kena berjalan jauh once da masuk dlm ni! 😄
hati saya dah cuak time ni.
air laut paras-paras laluan aje 😰.
gegas anak-anak agar panjangkan langkah.
lega bila dah nampak globe di hujung jalan...
meriah time ni.
laluan tu dah mula ditutup air!
anak-anak saya memang enjoy the moments 😄.
cuma dlm hati si Ibu ni masih ketakutan ha ha ha ha...
sentiasa berdoa yg jalan balik ke darat tak banjir dek air laut.
tgk paras air laut tu.
mengerikan saya!
takut tu takut juga.
tapi tiba di lokasi menarik, paksa anak-anak bergambar 😅.
alhamdulillah, setelah berjalan beribu tapak, kami da hampir ke darat. ada pulak Menara Pemerhati. wajiblah gi daki utk sekeping dua gambar, kan.
sampai di simpang tiga ni lagi, tapi dari side kiri.
kami terus ke Menara Pemerhati.
tangganya curam ye.
naik tadi ok. bila nak turun, saya da jadik gayat! 😭
bergambar dgn kak Nurin.
bila da settle globe tadi di penghujung selatan tu, barulah kaki ni dpt direhatkan. tak la bergegas laju. releks releks saje. kami bergambar-gambar di segenap tempat. tak tak semua la dpt dimuatkan dlm paparan entri ni. karang entri blog jadi novel pulak panjangnya.
bergambar berdua dgn Syuhada pulak di sini.
bergerak...
tadi berbumbung, kini langit tersergam indah.
saujana mata memandang...
pemandangan ketika ini amat cantik.
angin pula berhembus nyaman yg amat!
sudah kelihatan pondok Jeti 3 Negara.
sayup di hujung sana...
seriously, waktu ni saya sekali lagi berasa ngeri dlm hati. angin berhembus kuat. deruan air laut pun tak kurang kuat bunyinya. 😖 saya ngeri sgt dlm hati. kat luar memang nampak senyum simpul, snap snap gambar, tapi sebenarnya ada sedikit gigil.
inilah dia Jeti 3 Negara.
korang akan dpt tgk Pulau Karimun, Indonesia dan juga Singapura.
we were here!
my dear husband, releks sedut udara segar.
the handsome boy join ayahnya 💛.
nampak tak nun di sana kehijauan daratan.
ngeri bila dikenang-kenang 😖.
my handsome boy!
so kami pun slowly berjalan ke kompleks pendaftaran. sempat singgah di tandas yang unik jugak. waktu tu, lihat kiri dan kanan kompleks pendaftaran, pokok bakau yg awal tadi dpt lihat akar-akarnya, now sudah tenggelam. hu hu hu hu sempat snap snap gambar lagi dgn anak-anak.
tiber, nak melangkah keluar dari kompleks, kami disajikan dgn pesta orang ramai 😲. laman luar tu dah ditenggelami air!
menjadi betul mini air terjun di sini.
kat hujung bawah sana tu da jadi small swimming pool.
...mengabadikan sekeping gambar.
kat sini, deras air terjun di tangga tu.
bila nak melangkah turun, kalau tidak berhati-hati, sure ter sliding! 😄
yg sampai di situ sebelum jam 12.30 tghari, tak boleh masuk dah.
jengah dari luar sana je lah.
mr.Asben berborak dgn petugas di situ.
bertanyakan keadaan 😊.
she was so helpful and very informative.
snap senyap-senyap gambar Ijat ni 😍.
petugas tu suruh dtg lag keesokan harinya. namun, apakan daya, kami nak balik Melaka dah. kenangan ini akan kami bawa pulang dan in shaa Allah di lain masa, jika bertepatan dgn waktu, kami hadir semula. di samping melawat mak saudara mr.Asben di Pontian, kami say hai lagi dgn Tg. Piai ni.
dari Tg. Piai, kami singgah makan di Kopi Tenggek Tanjung Piai dan selepas tu, port minum petang di Kluang Railway Station Canteen.
best!
11 Comments
Best kan! Masa saya pergi dulu pun air tu membuak2, seram juga hahah
ReplyDeleteyes, seram! ngeri!
Deletetapi tu la, best sgt.
pengalaman. ntah bila lagi dpt merasa air pasang tg piai :)
biasa laa tu negara kita ni byk tmpt2 smpi x dan nk pegi semua😁😁
ReplyDeletesy tahu psl kewujudan tmpt ni sbb tertgk majalah 3...nmpk nya apa yg sy tgk kat sini dgn kat tv tak byk yg berubah
aida tgk di tv selepas da dtg, anies.
Deletedpt imagine la kegembiraan orang2 dlm tv tu :)
ooo ya ke?
Deletetempat ni kalau betul2 di promosi kan tentu lg ramai yg dtg kan? ya lah... penghujung benua Asia kot? mmg tak ada kat tempat lain... tambah pulak ada hutan bakau yg terpelihara...
Orang Pontian hadir 🙋♀️😀
ReplyDeleteKali terakhir saya ke Tg Piai pun terkena masa air pasang besar. Dah jadi macam air terjun di tangga tu. Tapi masa tu takde orang ramai macam pesta.
Seronok kan sesekali menyaksikan dan merasa fenomena air pasang besar.
wah, org Pontian sudah dtg :)
Deletemasa aida pergi, ramai org! penuh.
pesta air kat depan tu :)
betul. it is something yg jarang berlaku di tempat lain, kan.
then terjadi kat kampung kita, happy.
tak pernah sampai lg aida.. harap2 sampai lah nanti. hahaa.. pernah ke hutan bakau ni di area sri iskandar. tak ada monyet2 liar ok lah.
ReplyDeletemenarik juga bila air pasang besar.. dh mcm pool pulak
ReplyDeleteTempat ini dalam waiting list sha dan family.. Seronok dan teruja tengok perkongsian ini..
ReplyDeleteAlamak! kalau sy pun nerves tgk air dh semakin tinggi... sbb x reti berenang... xtau pulak tanjung piai ada taman negara... best jugak kalau dpt jelajah JDT ni
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.