assalamualaikum.
selamat petang Jumaat 😊.
nak berkongsi kegembiraan. Sabtu dulu, 10.12.2022, seharian saya bersama Syuhada dan Izzat meluangkan masa di Melaka Wonderland. setelah 2 tahun tiada penganjuran hari keluarga, tahun ni alhamdulillah, Kelab Kebajikan & Rekreasi (KKR), Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) dpt menganjurkan Hari Keluarga AKMAL 2022. best! hadiah-hadiah cabutan bertuah yang amat menarik. sukaneka pun diadakan dan dpt sambutan meriah dari ahli keluarga 😍.
kami bertiga saje kali ni. mr.Asben kena kerja, overtime. manakala Nurin ada kelas tambahan di sekolah. sememangnya Nurin kena la dahulukan kelas tambahan utk SPM. itu yg lebih utama ketika itu.
[ Baca juga : pertama kali ke Melaka Wonderland 17.3.2012 ]
jam 9 pagi kami dah tiba.
sebelum orang ramai, kami snap snap dulu di pintu gerbang.
Izzat yang pemalu di tepi itu 😄.
jom naik atas dulu.
kita berhari keluarga dulu.
makan-makan. sukaneka.
amik hadiah cabutan bertuah 😍.
meriah hadiah yang KKR sediakan. hadiah utama ada 3 iaitu tv 32", tv 42" dan air-cond 1.5 hp. lain-lain electrical items yang semuanya berjenama, bukan item murah-murah. terbaik! manakala utk anak-anak disediakan hamper dan hadiah yg bermutu tau. berjenama elok. jajan yg helok, bukan made in China 😄 or jajan murahan.
rezeki kami - Minicompact Tefal.
mini steamer 😍.
dalam lebih kurang jam 12 tghari, barulah dpt kami bertiga melangkah turun ke waterpark. anak-anak da bertukar baju swimming. cuaca pun waktu tu mcm tak brape nak cantik, tapi belum hujan. maka, cecepat la kami gerak utk bermandi-manda 😄. amat rugilah bila da jejak masuk Melaka Wonderland tapi tak dpt nak bermandi-manda, kan.
kolam ni tidak berombak seperti dulu kala.
umpama swimming pool yang besar saje.
laluan ni pun tidak menarik seperti dulu.
bila tidak berombak, ia sgt membosankan.
sewa pelampung : RM25
deposit : RM5
deposit : RM5
tornado ni menjadi pilihan utama Syuhada & Izzat.
aduhai... risau saya nak mengizinkan!
aduhai... risau saya nak mengizinkan!
namun, everything were ok alhamdulillah...
dpt juga rakam gambar diorang dlm mangkuk tornado ni 😄.
saya rasa lega bila ada pekerja yg jaga mangkuk ni.
Allah yang Maha Berkuasa. hingga jam 3 petang gitu, cuaca masih elok dan baik. hujan gerimis datang sesekali membasahi bumi. tapi memandangkan anak-anak memang dah basah kuyup, saya biarkan aje la. saya pantau rapat ke mana mereka berdua pergi. lensa kamera saya tak pernah lupa merakam aksi mereka berdua.
ada dewan makan yang besar.
jgn risau jika tidak membawa meja, tikar, kerusi healing dan sebagainya.
semuanya indah belaka. lebih kurang jam 4.30 petang kami bertiga pergi meninggalkan Melaka Wonderland dgn gembira. saya berpuas hati kerana melihat Izzat begitu gembira. setelah bertahun dia asyik menuding ke arah papan tanda Melaka Wonderland, dah pun dia dpt peluang round seluruhnya. ni kali ketiga sebenarnya kami sekeluarga ke sini.
[ Baca : family day di Melaka Wonderland 21.12.2013 ]
in shaa Allah, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, kami jejak ke sini lagi. tq KKR atas tajaan entrance fees masuk Melaka Wonderland 😎.
3 Comments
wahhhh bestnyaaaa👍👍👍👍 dah byk perubahan tmpt ni. dulu sy dtg x mcm ni...
ReplyDeletesiapa yg dpt hadiah utama tu? best best!
nnt review mini steamer tu tau!
Dulu-dulu pernah juga ke Melaka Wonderland ni.. Masa tu ada hari keluarga sekolah anak juga..
ReplyDeletebestnyaaa
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.