assalamualaikum.
salam dihulur di pagi hari nan indah ni 😍.
hari terakhir saya bekerja utk tahun 2022. esok cuti, spend time bersama anak-anak bertiga. in shaa Allah.
misi transfer gambar dari gallery phone ke hard drive. utk simpanan di masa depan. and agar phone tak penuh. space byk tapi suka cepat-cepat transfer gambar ke hard drive. elak gambar hilang dek kerana pape masalah phone 😄.
ada plak gambar mr.Asben dan adik ipar menjala di Bangi ari tu. awal bulan ni, 4.12.2022 (Ahad). adik ipar rajin menjala, ni la first time mr.Asben dpt join. 😃 pengalaman pertama dia.
3 bakul penuh ikan talapia.
besar-besar semuanya.
yg kecil-kecil, dilepaskan semula utk membesar bagai johan.
sampai je rumah, terus mereka siang ikan-ikan tu. masuk dlm plastik kecil-kecil, letak dlm freezer. separuh digoreng utk dijamu selera sekeluarga.
saya buat kuah sweet sour.
aduhai, best sgt tau!
yg ni bersi simple.
ikan goreng, timun dan sambal tumis.
subhanallah.
alhamdulillah 😍.
rezeki Allah dikongsi ramai-ramai. adik ipar saya memang pakar la dlm menjala ikan ni. siang ikan. so kami kongsi bab makan aje la.
12 Comments
Wow banyaknya kak... best goreng garing,macam-macam boleh buat hidangan
ReplyDeletetime diorang tiba rumah dgn setengah guni ikan, wow!
Deletefamili ramai, dana. dpt la bahagi sama rata bawak balik rumah.
yg makan situ pun lumayan alhamdulillah...
seronoknya menjala!! lps tu dpt mkn ikan fresh! mmg nikmat betullah!
ReplyDeletemakan ramai2 tu tambah ohsem, anies.
Deletemakan berebut kata nyer :)
teringat pulak talapia kat kolam kami tu... entah apa kabarnya.
ReplyDeleteIkan ni memang sedap kalau digoreng garing.. Rezeki Allah kan..
ReplyDeleteperghhh fresh talapia nya ye... goreng panas2 mmg nikmat tu
ReplyDeleteAdoi, terliur pulak tengok ikan-ikan fresh ni....
ReplyDeleteha ha ha ha :)
Deletegeram, kan? fresh! best!
Talapia memang sedap. Goreng garing je pun boleh buat bertambah nasi
ReplyDeletesedapnya ikan fresh2 dimasak.. makan bertambah2 jadinya
ReplyDeleteKalau sy pilih yg versi simple tu... gemok je ikan tu geram... sekali cubit mst byk nk cicah dgn sambal
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.