assalamualaikum.
selamat petang 😊.
saya cuti-cuti krismas di Bangi je. kakak saya, k Ina dan husband fly ke Mekah petang semlm, menunaikan umrah. dpt hantar k Ina dan abg Roslan ke KLIA. mereka pergi berdua. awal Januari nanti dijangka balik ke sini. so, 3 hari cuti ni, saya di sini saje, masak-masak utk mak abah dgn kakak sulung, k Anim 😍. memang takde niat nak bercuti ke mana-mana. malam tadi bwk anak-anak tgk wayang Mechamato. alhamdulillah...
alang-alang ada masa ni hah, hapdet blog dgn kisah lepas. tak dpt nak hapdet blog ikut timeline yg tepat. dek kesibukan ntah hape-hape, byk cerita tertangguh-tangguh dlm blog hu hu hu... apa yg pasti, sharing di blog adalah penting walaupun lambat. demi diri sendiri nanti nak baca-baca mengimbau kisah keluarga.
throwback 11.12.2022 lepas, pagi-pagi mr.Asben da ajak sarapan luar, ride motor baharu dia. takde idea nak sarapan mana. Muar? Seremban? 😄 aduh, suamiku. pagi-pagi laki bini dah kena brainstorming tempat sarapan. hingga terpaksa guna khidmat pakcik google ha ha ha ha...
begitu begini, memang dah rezeki Sayyid Antique & Cafe, Lorong Hang Jebat, Melaka. pagi tu cuaca mendung, hujan gerimis. hati berbelah-bahagi juga nak ride ke bandar. buatnya hujan lebat, ribut ke, kan, camne? 😖
tapi tu la, kami laki bini redah aje. jika hujan menjadi lebat, kami stop la di mana-mana. tak teruskan ride ke bandar. and berkat doa musafir dari Durian Tunggal nak ke bandar Melaka, hujan tak lebat. cuaca menjadi elok hingga ke tengahari tau.
nescafe tarik.
milo tarik.
bila sarapan, tak perlu menu yang sukar. menu di sini simple. mudah nak decide nak makan apa.
- Melaka nyonya laksa
- nasi lemak
- soto
- lontong
- mihun goreng
- mee goreng
- nasi goreng
- ayam goreng
- ayam rendang
- set roti bakar
- telur separuh masak
wajib la order set roti bakar. sedap!
telur separuh masak 😍.
kami ada order lontong, tapi baru sedar tak snap gambar. sedap! dihidangkan dgn pinggan berbunga yg nenek-nenek kita zaman dulu guna. pinggan legend!
kedai kecil yang selesa.
sentiasa ada org yang menunggu, beratur.
seberang dgn satu kedai kopi Chinese.
ni kedai glamer juga ni di sini.
bakar roti atas arang 😄.
sekeping gambar utk kenangan.
vespa comel!
duit lama. gambar org lama pun ada.
penuh dgn barang antik.
dlm pada menunggu makanan, menjamu mata melihat sekeliling.
habis sarapan, perut pun kenyang. alhamdulillah. tak boleh berlama-lama kerana ramai pelanggan yang beratur di luar pintu kedai. kita mesti consider orang lain. apa yg penting, makanan & minuman kita semuanya sampai sedap-sedap belaka. masa itu melangkah keluar dari cafe ohsem ni.
faham-fahamlah, bila ride berdua ni langkah kami jadik panjang. masa plak masih awal, belum lagi jam 10 pagi. teruslah ajak mr.Asben kelilingi lorong-lorong di area situ. imbau kenangan dulu kala. sekarang area situ dah menjadi tumpuan pelancong. Jonker Street, surely seantero Malaya tahu dah.
mercu tanda Jonker Street.
sungguh lama tak ke sini. al-maklum, PKP years melanda dunia. bila berada di area sini memang terimbau la kenangan zaman sekolah dan zaman bekerja swasta dulu kala. waktu itu, tempat ni tidak berwarna-warni begini. keadaan biasa, satu tempat bersejarah yang dilawati segenap masyarakat. memang lain benar dah area ni. tu yg releks few minutes menikmati suasana 😊.
angin kuat 😄.
tudung tidak bekerjasama.
sungai Melaka 😎.
cendol jam besar Melaka.
korang da pernah merasa cendol sini? jika terlajak ke sini, spend sedikit masa la ye utk merasa. kesedapannya biasa-biasa je. cuma, suasana tu yg mahal. tepi sungai. depan jam besar. orang ramai. kereta sesak. best! meja byk, tapi most of the time penuh. hunting for tables la kami beberapa minit demi nak merasa cendol semangkuk dan air tembikai viral.
terkenangkan moment bersama mak abah dulu kala makan cendol kat sini. masa tu hanya la gerai cendol dan meja kerusi biasa. cendol dalam mangkuk keluli. hanya cendol biasa. makan la beratap kan pokok besar di situ. ada la payung pasar malam tu melindungi kali skit skit dari sinaran mentari.
then bila nak nikah, bersama mr.Asben pula menjamu selera di sini. pun masih tidak berwarna-warni. tetapi lebih organize lah dari dulu kala. harga pun masih reasonable. belum lagi kuatkuasa "harga pelancongan" 😆 ha ha ha ha...
style di sini, order cendol atau air tembikai di kaunter dan bayar. terus ambil cendol. manakala air tembikai akan dihantar ke meja. harga cendol adalah pelbagai ye. ikut suka la, nak letak ais krim ke, pulut ke, durian ke. manakala harga air tembikai viral tu adalah RM15.
saya lihat camne tembikai ni dicucuk dan dijadikan seperti itu. pernah sekali lihat di tv, program siapa ntah bertemakan jalan-jalan cari makan di Melaka. now sendiri dah saksikan. simple and kreatif lah siapa yg mencetuskan idea ni.
sebiji tu RM15. saiz tembikai pun tidak kecil ye. kami berdua tak terhabis! dengan semangkuk cendol ais krim. sebiji tembikai pulak tu 😄. Allahu, nikmat mana yg nak kami dustakan. sedap! fresh. boleh korek-korek isi tembikan dlm tu.
muka kembang setaman!
terpaksa lipat awning tudung yg tak bagi kerjasama tadi tu ha ha ha ha...
ada pulak yg dtg melawat 😄.
baiklah, da kenyang. jom balik. anak-anak bertiga kat rumah, rindu la pulak. ibu ayah berjalan carik port baik nak ajak anak-anak nanti. nama je orang Melaka, tapi anak-anak lom pernah lagi ronda-ronda jalan kaki area jam besar ni, gi naik Stadhuys, hiking ke Bukit St. Paul. dulu diorang kecik-kecik ada la.
seronok.
ride yang bermanfaat.
our me-time yang indah 💛.
8 Comments
Cawan bunga tu yang menambah sedap tu. Melaka saya belum pusing habis lagi..
ReplyDeletekan :)
Deletecawan legend.
Untung naik motor, tak payah susah-susah cari parking. saya pernah pergi Sayyid Cafe tu. memang sedap makanan dan airnya. Cendol tu sedap, tapi tulah kan, lebih kepada nak suasana je
ReplyDeletebetul tu. suasana tu yg mahal.
Deletemakanan, di mana-mana sama sedapnya in shaa Allah.
Seronok jalan-jalan ye.. macam-macam ada.. Lama tak makan telur separuh masak.. Memang dihidang macam tu ye.. Wah.. air tembikai dalam buah tembikai.. Rindu bangunan merah tu..
ReplyDeleteyes, sha. telur dlm bekas tu.
Deletetunggu sampai air dlm bekas tu abis turun ke bawah, baru amik telurnya.
menjadik la telur separuh masak :)
Menarik tu, kedai kopi barang2 antik dan tepi sungai tu yg memang menarik perhatian, hehe.. tu la dah pkp ni memang sukar bawak anak2 jalan2 kat luar kan, sekarang boleh la nak gi jalan2 ^^
ReplyDeleteha ha ha org Melaka jadik tourist di Melaka :)
Deletesesekali...
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.