assalamualaikum & selamat pagi 😀
pagi Jumaat. pagi ni di Melaka gerimis, suasana sejuk saje ni, alhamdulillah. sememangnya kalau semak apps MyCuaca, sehingga Rabu depan, cuaca di Melaka akan hujan.
hujan. perfect timing utk kita memanjatkan doa kpd Allah s.w.t. hujan itu rahmat. cuaca tak hujan itu nikmat. both ada baiknya kpd sesetengah kita, kan 😊.
nak kongsi dgn korang semua breakfast dating saya dgn mr.Asben. kami berdua memang masuk ofis awal, sebelum jam 8.00 pagi. so, saya ajak mr.Asben gi breakfast kedai. awal-awal pagi, kedai makan tak ramai orang lagi, kan. mudah la. cepat la nanti.
jauh skit dari Bukit Katil dan Bukit Baru, kami ke Ayer Keroh sana tu. pekena makanan di Warong Onie Corner yang belum pernah kami berdua singgah. kedai da lama dah, kami aje yg jarang keluar breakfast luar ofis. lalu-lalang gambar roti canai dilimpahi dengan telur separuh masak di atas di kat timeline facebook saya. Allahu, mengundang selera! 😍
my mr.Asben punya...
seksi sungguh telur kuning itu, kan.
... and mine!
sepinggan ada 2 keping roti canai kosong. dibanjiri kuah kambing yg pekat dan sedap. sedikit sambal dan 2 biji telur separuh masak. wow! kata nyer sarapan mcm raja, kan 😆. hamek kau! saya tercungap-cungap nak ngabiskan. terpaksa la my strong and kind mr.Asben abiskan. dia mana boleh tgk makanan tak abis.
memana weekend nanti, nak ajak anak-anak plak lepak sini. ada lelain menu sarapan jugak. menarik utk dicuba semuanya. in shaa Allah.

5 Comments
Telur tu ya ampun menyelerakan betul
ReplyDeleteeh eh terliur pulak. nak breakfast roti canai lah esok
ReplyDeleteMenggiurkan nyee rupa diaaa.
ReplyDeletelokasi gerai ni dah lepas MITC ke sebelum? mana tau ada rezeki nk jg singgah...
ReplyDeleteSeksi sangat telur kuning tu.. Kalau Amani tengok nie mesti dia gelak suka.. Dia macam Sha juga, suka telur separuh masak macam nie..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.