assalamualaikum.
selamat pagi Jumaat.
setiap kali bangun waktu subuh, hari Jumaat, feel happy tu extra 😄. bergerak bersiap nak gi keje tu, terasa sedikit bersemangat dari pagi-pagi sebelumnya. knowing the fact that today gonna be hari terakhir bekerja minggu ini. lebih-lebih pulak minggu itu adalah minggu yang terbaik, bertambahlah happy.
minggu ni, minggu yang sungguh mencabar bagi saya. ada kerja penting secara berkumpulan, menyiapkan nota mengajar. rakan-rakan expert dari Ibu Pejabat, Putrajaya turun untuk berkongsi ilmu mereka masing-masing. hari ni, segala nota perkastaman yang telah siap dibengkelkan selama seminggu, akan dikumpulkan. minggu hadapan,in shaa Allah, proses semakan pula oleh kami. semoga ia dipermudahkan.
tu la tu, dlm pada ada sebakul kerja hakiki, terasa nak update blog 😆 ha ha ha ha... terasa nak healing la sekejap kan.
semlm skrol skrol phone, ada 2 gambar saya yg diambil sewaktu AKMAL ni sedang buat penyembelihan 7 ekor lembu tahun lepas sempena Aidil Adha. seperti biasa, lembu-lembu yang disembelih itu adalah hasil korban warga AKMAL ni. berkongsi rezeki.
oleh kerana 2022 da boleh buat penyembelihan di kawasan sendiri, tu yg ia disambut meriah setelah 2 tahun tak dpt nak buat, kan, dek PKP 2020 dan 2021. memang meriah. ramai-ramai bergotong-royong dari mula lembu-lembu itu sampai sehinggalah kesemua daging yang telah dipotong dan diasingkan, diedarkan kepada semua penerima.
bersama 2 kepala lembu.
😖 saya tak pegang kepala lembu tu, action je lebih 😆.
saya menyaksi penyembelihan setiap lembu. proses melapah sehinggalah ke memasukkan daging yang telah dipotong ke dalam plastik. stesen yg saya bertugas adalah stesen terakhir 😄, susun plastik. yang mana daging dan yang mana tulang.
kebetulan masa tu saya tak sihat, batuk dan selsema. pagi yang sama pula dpt khabar yg adik saya di kajang, suami isteri, positif covid-19. maka dengan itu, saya tidak merapati kawan-kawan sepejabat. menjaga jarak dan pakai pelitup muka sepanjang masa.
masa ni demi nak bergambar kenangan, buka la pelitup muka .
dijangkakan, tahun ni bakal meriah juga. kerana in shaa Allah akan ada peserta kursus seramai lebih 150 orang akan menyambut Aidil Adha di AKMAL. program sebegini meriah disambut ramai-ramai. gotong-royong. then, makan-makan ala kenduri.
dok menaip ni, tiber teringat yg bulan Ramadan pun tak lama lagi ni. Aidil Fitri bakal menjelma, in shaa Allah. tahun ni plan kami sekeluarga sederhana saje. baju baharu byk tahun lepas dek kerana 3 orang anak buah saya mendirikan rumahtangga. mungkin kami akan recycle je baju-baju yang hanya digunakan sekali tu 😄. 2023 adalah tahun jimat cermat ha ha ha ha...
korang da gi tempah baju raya ke?
atau ada yg da sesiap buat biskut raya utk dijadikan sample jualan? hi hi hi...
atau ada yg da sesiap buat biskut raya utk dijadikan sample jualan? hi hi hi...
apapun, moga kita semua ditemukan dengan bulan Ramadan yg penuh barokah, in shaa Allah.
13 Comments
semoga tahun ni, program korban bertambah meriah....ha'ah..bulan Ramadan semakin hampir...
ReplyDeleteyes, betul.
Deletegotong-royong tu yg menyeronokkan.
kita memeriahkan aidil adha.
Kejap sahaja hendak masuk Ramadhan.
ReplyDeleteSeronok buat program sembelih lembu ramai-ramai. Meriah ya jumlah yang akan sambut Aidil Adha di AKMAL
tu la tu.
Deletesibuk dgn mcm2 agenda keje di tahun baru, tiber tgk tarikh, dekat nya ramadan.
Menariknya
ReplyDeleteBest nya aida ada aktiviti ni.. Senang x perlu nk pk mn nak biat korban hehe
ReplyDeletebenar.
Deletememang every year ofis akan buka utk sembelihan korban ni.
ramai-ramai buat sama-sama.
cepat. sebab hampir semua ofismet involve.
best.
Aidiladha yang lepas, jabatan saya pun buat korban. 2 ekor lembu
ReplyDeleteTahun 2023 pastinya lagi meriah, tapi tak dinafikan kita kena berjimat. Rasanya takdelah tempah baju, macam kak Aida jugak guna baju yang dibeli untuk wedding
ReplyDeleteMasih ada baju yg belum pakai. Nanti pakai ajelah baju lama yang masih baru tu...hahah
ReplyDeletemeriah dapat bergotong royong mcm ni...
ReplyDeletetak tahu daa nak beli baju apa thn ni hahahaha
harga lembu tahun ni tentu naik kan? tp yg bgs nya walaupun naik tetap akan ramai jg yg buat korban
ReplyDeletethn ni harga lbu korban mesti naik kn?
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.