assalamualaikum.
selamat pagi Sabtu 😄.

hari ni in shaa Allah nak masak sotong goreng kunyit cili padi, sambal telur rebus dan ayam masak kicap. then nak buat skit sambal belacan. for lunch & dinner terus, mudah.

lepas subuh tadi, terus buka laptop. teringat ada skit keje hakiki yg kena buat. sambil tu, putarkan dulu baju dlm mesin basuh dan keluarkan sotong dan ayam dari freezer. byk juga nak mendobi hari ni. berharap sgt mentari pagi yg bersinar tu, kekal terik sinarannya. baju-baju nanti dpt kering cantik. in shaa Allah.

family camping di hulu tamu, batang kali
gambar hiasan 😄.
healing tepi sungai sewaktu camping di HTER jun lepas.
rindu!


weekend ni tak ke mana. anak-anak ada UASA next week. so, tak plan ke mana-mana. stay home and relax. mereka ulangkaji. siapkan homework.

saya sendiri, nak kemas rumahtangga ni. ada beberapa sudut rumah yang saya perlu kemas setelah beberapa lama tidak mempedulikannya 😃. mata ni sakit melihatnya, namun dek kekangan tenaga diri sendiri, ia ditangguhkan.

style saya, hari bekerja memang tak la nak berkemas. keluar rumah jam 6.30 pagi. petang, tiba rumah semula tak kurang jam 5.30 petang. kalau rajin, masak. kalau tak, beli saje. begitu begini, jam 9 malam confirm mata da separuh buka. confirm sedang dok melepak kat ruang tamu. televisyen on tapi ntah tonton ntah kan tidak 😅.

maka, Sabtu Ahad la masa utk tgk tgk balik apa yg patut kat rumah ni.

tu la tu. tadi on laptop buat keje jap. hmmm ter klik blog pulak. dah terjebak blogwalking kat blog kawan-kawan. klik klik Reading List blogger pulak dah. hadoi lah Aida. korang yg ada baca komen aida di blog korang, jgn sesekali lupa balas kunjungan ek.

ok la. need to go. mesin basuh nak menyanyi tu, nak gi sidai baju.

bye for now.