assalamualaikum & salam sejahtara.
selamat petang 😊.
tgh rehat-rehat ni, bolehlah releks update blog.
zaman sekarang, tiada alasan utk tiada pendapatan. zaman sekarang, tiada alasan utk hidup melarat jika tulang 4 kerat masih lagi ada dan sempurna. sebab, apapun boleh diniagakan. apa yang penting, rajin dan kreatif. tidak perlu sewa pejabat. tidak perlu beli van angkut barang. hanya dari rumah menggunakan motosikal, apapun boleh dihantar, dijual dan diserahkan dalam keadaan yang baik. betul tak?
usaha utk dptkan modal sikit. telefon yang elok. talian internet yang mantap. then gerak kerja promosi. ada tu yang tak perlu simpan barang pun, join je affiliate. bila da ada keuntungan barulah fikirkan ke arah menjadi ejen ataupun stokis. ini dari pengalaman kawan-kawan terdekatlah. cara mereka memulakan bisnes meskipun masih bekerja.
namun, semua ni subjektif ek? ada kata mudah. ada kata tak semudah yg kita boleh cakap. apapun, berusahalah jika mahukan extra income, kan 👍.
sebab...
beli telur gred AA sepapan, delivery terus ke meja ofis 😀. Allahu, saya salute betul la dgn ofismet saya 😍. thank you so much. telur tu semua dlm keadaan yg baik dan bersih. terbaik.
kami di ofis ada grup Whatsapp khas utk jual beli. ada beberapa ofismet saya yg very aktif menjual. best! macam-macam barang dan makanan seperti jambu batu potong, ikan bilis sabah, acar buah, kerepek, roti frozen, tauhu bergedil, keropok lekor frozen, kacang... belum lagi tiba bulan Ramadhan, juadah utk berbuka. normally akan ada time utk order. kena cepat before order closed 😄. then, semua tu akan dikumpulkan di ofis pentadbiran utk semua datang collect. akan ada announcement dlm grup bila-bila arrival of the makanan 😀.
confirm semua ofis ada la grup Whatsapp gini kan? so saya la di antara pembeli tegar. nak menjual, malas. so kita support bisnes member la. tanpa ke mana-mana, brg dpt terus bwk balik rumah. senang!
syuhada di sebalik ikan bilis sabah.
dia tolong gi ambil dari ofismet beberapa minit yang lepas.
ikan bilis fresh from Sabah 0.5kg. kebetulan ofismet sorang balik kampung celebrate Christmas and New Year, dia dgn senang hati buka order ikan bilis sabah ni. meskipun dlm fridge saya masih ada tak kurang 1.2kg 😄, saya tetap beli utk support member 💪.
sesungguhnya dalam rezeki kita, ada bahagian orang lain 💜. ni konsep yg saya selalu pegang erat.
bab harga saya biasanya tak brape berkira. bila mana kita tak perlu ke mana-mana utk mendapatkan sesuatu itu, apa la salahnya byr sedikit lebih, kan. tu kiranya pengganti kepada duit minyak, duit parking, penat lelah, letih layan traffic lights 😁.
ok. jam da pun 4.36 ptg.
nak balik. bye bye...
nak balik. bye bye...
13 Comments
Sy pun pembeli tegar esp kalau dgn kawan2 and benda tu boleh sampai depan pintu rumah. Kalau barang keperluan mcm ni lagilah sy suka hehe ...
ReplyDeletekan... benda mudah, sape ek tak suka? :)
Deletesemua di hujung jari gituu...
samalah kita, kt ofis ada jg grup whatsapp utk berniaga, mcm2 bisnes..ada ofismate balik t'ganu, amik order kepok lekor...admin grup dah resign, buka cafe & masih lg brniaga di whatsapp...ikan bilis sabah cantik!!
ReplyDeleteyes. betul.
Deleteada ofismet gi kursus ke, balik kampung ke, if rajin diorang buka order :)
memang best bab ni. ada la dia untung skit kan. takpe la.
dari kita yg nak ke tempat itu membeli, kan.
Sekarang semua kat hujung jari... Alih alih kena toup duit kat card 🤭🤭
ReplyDeletekan...
Deletekena make sure bank ada duit.
transfer ke, scan qr ke :)
tu la kan, kdg2 tu kita beli bukan sebab kita nak, tapi support member. mama pun ada grup minimart kat wasap tu haha
ReplyDeletebetul sgt.
Deletemembeli and actually more to nak refresh sillaturrahim :)
Eh sama macam saya..kalau nak beli apa-apa terutama dari orang meniaga kecil-kecilan mesti akan letak niat nak bantu. Insha Allah tak rasa membazir
ReplyDeletein shaa Allah :)
Deleteada jugak kt di opis dana... senang kadang bagi dana tak payah nk kuar ke mana-mana sampai depan muka terus barangnya
ReplyDeletebetul dana. kekadang takde peluang nak keluar membeli.
Deletealih-alih da time nak balik kerja. nak singgah mana-mana pun tak sempat!
trafik teruk la. anak nak kencing la :) ha ha ha ha...
senang if da beli awal kat ofis :)
Kita takde opis, tapi grup wasap jual beli ni banyak..hahaha
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.