assalamualaikum.
salam sejahtera 😊.
alhamdulillah, pagi ni Melaka hujan. sejuk alam. nyaman suasana. minggu ni saya kesibukan dengan penyediaan mengajar peserta kursus bulan depan. berkumpul bersama rakan-rakan sepejabat, sama-sama semuanya membuat perangkaan dan persediaan mengajar. gerak kerja tahun 2023 telah bermula dengan giatnya. tiada sehari pun yang saya tak aktif tahun ni, dah pun masuk hari ke-11. alhamdulillah 😊.
family day mr.Asben's office.
17 Disember 2022. Teratak Pak Lah, Janda Baik. another major throwback 2022 😅. baru berkesempatan menaip kisahnya di blog. lebih seminggu coretan ni beku dalam draft folder.
ini bukanlah anjuran rasmi office my beloved mr.Asben, tetapi ia between dia dan kawan-kawan sepejabat. anjuran mereka-mereka secara sendirian berhad. percutian bersama tajaan diri sendiri. sesiapa free, join. the more the merrier.
gambar kami beberapa minit sebelum bersurai.
kawa-kawan sepejabat adalah sebahagian daripada keluarga, kan. kita berjumpa setiap hari selama 9 jam! waktu kita lebih byk bekerja berbanding di rumah during weekdays. so, hubungan yg baik dgn officemates memang kena jaga. susah senang kita, mereka la di antara yang pertama akan membantu kita, in shaa Allah.
tu la dia rumah kami selama 2 hari 1 malam ni. alhamdulillah.
welcome to Janda Baik.
jalan masuk dari jalan utama ke Teratak Pak Lah, Janda Baik.
ada jambatan yang penghadangnya roboh sebelah 😃.
senang hati bila dah tiba jalan masuk ke Teratak Pak Lah.
sempat la kami sesat beberapa minit sebelum tiba sini 😆.
kami keluarga pertama yang tiba dan bebas memilih chalet. kami reserved 2 chalet kerana ingin beri keselesaan kepada Nurin dan Syuhada. setiap chalet memuatkan 1 katil queen. manakala saya dan mr.Asben, tidur bersama Izzat. bersempit la sikit 😏. ni la dia bila anak-anak da besar. tak boleh dah bersempit-sempit dlm satu chalet. tak muat! tak selesa! hi hi hi...
tempatnya bersih. teratur. ada sungai yang cantik jernih.
kami pilih 2 pintu chalet paling hujung.
bersebelahan saje, maka tak risau la anak-anak dara di chalet berbeza.
sebelah sungai sana tu adalah jalan raya utama.
kenderaan lalu-lalang sepanjang masa.
namun tak bising. sesekali je bunyi kenderaan tu.
tidak memberikan gangguan langsung.
Izzat tak sabar nak mandi sungai!
selesa pondoknya.
sebelum bilik digembur-gembur, saya snap dulu gambarnya. biliknya kecil tapi selesa. chalet kayu dan lantainya dilapik dengan tikar getah. kami tiba, keadaan lantai sedikit berhabuk. mungkin telah lama tidak dikunjungi bilik kami ni. tandasnya bersih dan air kuat. puas hati.
sejadah, kain lap kaki dan cermin disediakan.
tanda arah kiblat 👍.
jamban duduk 👍.
pilihan kami dari awal ialah chalet ada tandas. di Teratak Pak Lah, ada pilihan chalet tanpa tandas ye. tandas dan bilik mandi disediakan di luar. kena la berjalan kaki sedikit utk manda atau berhadas. ala-ala camping pula 😄.
selepas tamat sessi bertukar hadiah dan ucapan utk semua, kembali kepada agenda berborak dan makan-makan. mlm tu, saya masuk tidur awal 😄. dari pagi da gerak dari Melaka. so menjelang jam 9 mlm tu, mata da tak boleh nak terbuka luas. umpama magnet ditarik-tarik utk lelap ha ha ah ha...
moga ada lagi tahun hadapan. family day ringkas 2 hari 1 malam yang meriah. mengeratkan sillaturrahim di antara mr.Asben's officemate. ada sengketa, ada duka, kita leraikan bila sama-sama bercuti. otomatik saling memaafkan, in shaa Allah.
chalet tanpa tandas.
ada lebih kurang 4 hingga 5 chalet tanpa tandas.
ia didirikan bersebelahan dgn sungai.
ni dia tandas dan bilik mandi di luar.
singki.
singki.
so tiada masalah utk masak-memasak dan bbq. kemudahan cuci pinggan, periuk belanga ada disediakan. selesa. air pun kuat. confirm bersih! 😄
bagi kami yang da terbiasa camping, semua ni bukanlah masalah besar. bercuti gaya kampung adalah yang terbaik. back to nature gitewww.
ada sebuah surau disediakan.
amat selesa dan bersih.
petang tu, tak berlengah-lengah, jam 3 petang gitu kami dah membasahkan diri di sungai. orang belum ramai, selesa la kami-kami mandi-manda di situ. anak-anak pun dah rindu dgn air sungai. sungainya tak dalam tapi alirannya deras. jernih.
ni ibunya baru nak panaskan enjin.
sebelum basah atas pinggang, silalah ambil gambar 😆.
persekitaran Teratak Pak Lah dan sungainya.
orait. now saya pamerkan gambar-gambar yg sempat saya snap-snap sepanjang hari pertama di sana. kebetulan kami tiba awal, sambil melayan anak-anak di sungai, sempatlah saya berjalan-jalan sekitarnya.
beberapa tempat bbq disediakan di beberapa lokasi sepanjang sungai.
entrance ke Teratak Pak Lah dari jalan raya.
hanya untuk yg menginap sahaja.
anak-anak kebetulan mandi-manda di bawah jambatan 😃.
petang tu sempat la wefie dgn Syuhada.
menemani saya ronda-ronda.
jambatan kedua Teratak Pak Lah.
agar uzur jambatan ni 😄.
sedikit seram! h aha ha ha...
bertuah kami kerana waktu tu tidak ramai penghuni lain. suka ria anak-anak saya mandi-manda hingga ke petang. termasuklah si ibu ni yg celup-celup badan dalam sungai 😄. was having a great day!
selepas waktu Asar, kami-kami dah naik ke darat. lewat ptg tu, mr.Asben and the geng da start bbq, memasak for dinner.
lumayan makanan kami malam itu. tak terhabis! murah rezeki kami-kami. semua menyumbang dan bawa makanan utk dimakan bersama. ayam bbq, ikan bbq, otak-otak kempas, ketupat & rendang, ada juga kuah kacang, nasi putih dan sambal sotong pun ada.
my 💜.
set up by one of mr.Asben's officemate.
kaki outdoor diorang ni semua.
kelengkapan cuti-cuti outdoor semua complete.
umpama poket doraemon.
sessi bertukar-tukar hadiah 😍.
keluarga pertama menerima hadiah.
hadiah dari kami pula 💚.
18.12.2023 - hari utk check out 😊.
selepas subuh, mr.Asben and the gang dah mula ke dapur. perhangatkan makanan bbq mlm tadi yang tak dihabiskan. mula dah masak-memasak. mereka lelaki la yg conquer dapur. manakala saya dan anak-anak pompuan berdua, mula mengemas dlm chalet.
cadangnya nak check out awal sebab kami nak gerak ke destinasi percutian kedua pula, Cameron Highlands. perjalanan ke sana ambil masa tak kurang 3 jam pula.
saya mengintai dari chalet.
para ibu ada juga duduk berbual.
saya pun terus keluar and join the chit chat 😎.
pagi tu sarapan ringan-ringan. sambung berborak dan bergelak ketawa. it was a very happy morning. cuaca pun amat baik. sambung mandi sungai.
begitu begini, lebih kurang jam 11.30 pagi semua da siap berkemas, waktu utk group photo sebagai kenangan di masa depan.
ada t-shirt group. best! 👍
ini adalah warga ILP Bukit Katil.
ini kaum Adam.
para ayah dan anak-anak lelaki.
ini pula kaum Hawa.
para ibu dan anak-anak perempuan.
ini kami semua 😊.
kali ni 9 keluarga. alhamdulillah.
langit berat tengah hari tu.
umpama akan hujan ptg nanti.
Syuhada memeluk bantal-bantal peluk 😁.
tepat jam 1 petang, tayar kami sudah bergolek meninggalkan Teratak Pak Lah, membawa 1001 kenangan manis sewaktu di situ. indah itu kita yg cipta...
next, tungguuuuu cerita jelajah pendek kami di Cameron Highlands. 1 malam lagi jalan-jalan sebelum balik ke Melaka. dari Janda Baik, kami ke Cameron Highlands melalui bandar Raub ke Sungai Koyan seterusnya ke Ringlet. sepanjang jalan kami menikmati keindahan alam kiri dan kanan jalan. lalu jalan lama. lalu kampung-kampung. terbaik!
👍
11 Comments
Seronoknya bercuti dengan gang office yang sekepala
ReplyDeletealhamdulillah :)
DeleteBestnyaa bilik dekat sungai. Kalau dapat dengar bunyi air mengalir tu pun dah boleh buat hati tenang.
ReplyDeletebetul tu.
Deletebunyi air ni satu terapi :)
syioknya macam balik kampung je. Suasana kampung yang penuh dengan kedamaian. Lepas tu terjun sungai yeh
ReplyDeletetu la tu.
Deletehealing sgt.
Seronok kan dapat back to nature... sy pernah sekali ke janda baik zaman belajar dulu... kenangan x dpt dilupakan masa river trekking tapak kasut pulak tertanggal.. hahaha
ReplyDeletealamak :)
Deletetapak kasut tertanggal pulak ek h aha ha ah ha...
air sungai tu laa yg paling syok kalau dtg ke janda baik...suasana sekeliling tak payah cakaplah.... dtg pula ramai2 mcm ni mmg meriah sggh!
ReplyDeleteCantik chalet botu dia tersusun Dari luar tu
ReplyDeletemusim cuti sekolah nnt confirm penuh tempat ni...
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.