assalamualaikum.
selamat pagi.
hari pertama di tahun 2023. alhamdulillah... Malaysia masih aman. dunia masih aman. nikmat mana yang nak kita dustakan 😊.
demam ni, dari kelmari pagi. ntah la. elergi hidung hingga mudarat demam! dalam demam tu, diheret oleh mr.Asben dan anak-anak berjalan-jalan juga. cuma pagi ni, badan ni need rest. mcm dah nak baik dah demam kus kus ni. so, i really need rest, stay home.
gambar malam kelmarin, 30.12.2022.
di tepi sungai Melaka.
gambar petang semalam, 31.12.2022.
di Istana Seri Menanti.
2 hari lepas, sehari tu capai kot 10,000 langkah 😄. dalam pada hidung tak bekerjasama, alhamdulillah, berjaya la badan ni follow mr.Asben dan anak-anak berjalan. ada la moments yg diri ini ter badmood. tapi, life goes on.
entri penuh jalan-jalan kami selama 2 hari lepas kemudian ye. pagi ni, nak blogwalking je blog kawan-kawan. blog update tak boleh bersekali dgn blogwalking 😄.
seperti biasa, saya tak tanam pape azam tahun baru. tambah baik je semua dari sehari ke sehari in shaa Allah. one important thing, anak sulung saya, Nurin, akan duduki SPM dari Februari hingga 13 Mac, in shaa Allah. so saya now ke arah itu saje la. kesihatan dia amat penting bagi saya. agar dia boleh duduki SPM dgn aman dan damai.
tahun ni pasti menjadi tahun yang terbaik buat kita semua. yakin!
11 Comments
Happy New Year 2023!
ReplyDeleteHappy new year! Semoga tahun ni yang baik baik sahaja untuk akak dan keluarga. Semoga akak cepat sembuh! :)
ReplyDeleteHappy New Year! Semoga maju jaya untuk 2023!
ReplyDeleteAlhamdulillah semangat jalan 10,000 langkah walaupun tidak sihat.
ReplyDeleteBetul tambah baik mana kurang.
Selamat Tahun Baru Aida!
ReplyDeleteHopefully everything is better this year 🤲
Yup! Mari hadapi tahun 2023 dengan penuh semangat!
ReplyDeleteSelamat tahun baharu 2023
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusan mendatang
Happy New Year Kak Aida..
ReplyDeleteSha doakan semoga Nuri diberikan ketenangan dalam menjawab SPM.. Aamiin..
Happy New Year 2023...semoga baik-baik belaka tahun ni..
ReplyDeleteHappy New Year! Moga baik baik untuk 2023 ni.. Aamin!!!
ReplyDeleteselamat tahun baru aida semoga tahun ni adalah lebih baik
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.