assalamualaikum.
selamat pagi 😊
pagi pertama bekerja di tahun 2023. alhamdulillah, spt biasa semua berjalan lancar pagi ni. mr.Asben sihat. anak-anak sihat. cuma saya mesti sedikit sendu dgn selsema & batuk yg hampir baik, in shaa Allah.
mudah bila nak update blog, semua draf dalam folder dah siap bergambar. itu la kerjaan saya di rumah jika bosan. buka laptop dan edit gambar khas utk di upload dlm blog. ceritanya kemudian, bila ada masa, bila ada peluang.
[ ini sambungan dari entri yg lepas 👉 Kopi Tenggek Tanjung Piai ]
throwback jalan-jalan kami ke Johor. selesai makan-makan di Kopi Tenggek, kami terus naik highway gerak balik Melaka. namun demikian, dipertengahan journey, kami masuk ke Ayer Itam. menuju ke Kluang 😄.
orang Kluang, saya abadikan mahkota ni di blog ye.
hujan pulak petang tu. lencun bandar Kluang! kami terus ke kedai yang legend, The Original Kluang Rail Coffee KTM. kami tiba di situ selepas jam 4 petang. hati berbelah bahagi nak teruskan makan ataupun tidak di situ sebab ramai orang. line nak masuk makan, panjang! yg sedang makan di dalam, ramai juga. dok fikir sempat ke tak ni jejak masuk sebelum jam 5.30 petang. sebab cafe ni tutup jam 6 petang.
namun, sebab da sampai, parking pun helok cantik depan cafe, mr.Asben dan saya bergilir beratur. sempatlah saya snap-snap gambar persekitaran. menarik. cafe di stesen keretapi lama. masih ada lagi kesan rel keretapi di situ.
the oldest railway kopitiam in Malaysia.
we were here!
roti sambal.
laksa johor.
tapi dgn mee kuning ye.
sebab spageti da abis 😒.
nasib baik gravy nya sedap! dimaafkan.
roti kaya mentega.
soto.
in shaa Allah lepas ni, kami turun ke Johor, pasti akan singgah lagi. signature dishes di sini byk yang tak dpt rasa. wajiblah merasa, kan. tak puas hati tak dpt!
ia bukanlah kepada makanannya, tapi lebih kepada suasana dan kelainan tempat. makanan tu di mana pun sama je. but berada di kopitiam stesen keretapi yg senior di Malaysia. since 1930-an, adalah satu nikmat 😍.
selesai makan, tayar pun bergolek and kali ni terus ke rumah. takde lagi stop mana-mana. perjalanan balik pun elok saje. takde trafik jem. solat maghrib di rumah saje hari tu.
😉
9 Comments
Lama nya tak pi kluang. Bila tenguk ni macam nak terjah kluang je.
ReplyDeleteAda kelebihan dan kekurangan bila datang lewat kan Kak Aida..
ReplyDeleteKekurangan bila makanan jadi limited, kelebihan boleh makan dengan tenang tanpa perlu tergesa-gesa untuk bagi turn orang lain pula.. Sha dah masukkan dalam list tempat untuk disinggah..
benar :)
Deletewajib singgah, Sha.
feel berada di situ yg kita nak.
moments = memories.
Nape tak try kopi dia? Saya selalu dengar pasal tempat ni tapi tak sampai-sampai jugak. Insha Allah kalau ke Kluang nanti
ReplyDeletememula nak try, Sal. dah target dah.
Deletetapi bila da kelam kabut nak oder tu, lupa :) ha ha ha ha...
ter tick nescafe tarik jugak.
and nescafe tarik nyer memang ohsem, Sal! terbaik.
Bandar Kluang antara tempat sy teringin nak pergi, nak tengok apa yang ada di sana :)
ReplyDeletenice. byk berubah dari zaman dulu kala.
Deletenext trip pun aida rasa nak menginap di area kluang / ayer itam.
nak explore that side of johor pulak :)
yum yum sedapnya aalhai rindunya nk gi kluang
ReplyDeleteSelalu pergi cawangannya aje kat bandar kluang tu. Tak sempat le railway
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.