assalamualaikum & salam sejahtera.
waktu cuti ginilah br dpt hapdet blog kecil ni. terlalu byk kisah yg nak dikongsi. throwbacks! 😁 bukan real time ek. ngedit gambar, tu yg amik masa tu. menaip story ni kejap je. sambil-sambil berkemas ni, nak naik Bangi, menaip-naip la.
[ entri yg lepas : Bercuti ke Teratak Pak Lah, Janda Baik ]
2 hari 1 malam di Janda Baik tu memang terbaik. kemungkinan akan repeat lagi ke Teratak Pak Lah. dpt mandi sungai, bbq dan borak-borak dgn kawan-kawan, it was great. alang-alang dah naik ke Pahang ni, next destination, kami ke Cameron Highlands.
rindunya Cameron Highlands!
healing di Cameron Highlands 1 mlm - 18 hingga 19.12.2022.
hanya 1 malam. just nak makan-makan, tidak sgt nak berjalan-jalan. just nak releks minda dgn anak-anak. so, saya reserve Zetter Suites Hotel Apartment, bilik depan pasar malam 💛. memang trip makan-makan je kali ni. lagipun, cuaca tak brape baik, hujan.
Pasar Malam Cameron Highlands
(Jalan Golden Hill, Sg. Ruil).
jam 4 petang kami tiba di sini.
cuaca ok.
ada 7e dan kedai runcit.
dari sini ke hujung sana, ada kedai makan, kedai dobi dan kedai runcit.
ni bukan bilik ye.
ni lobby 😉.
pandangan secara keseluruhan.
ruang tamu & ruang makan.
ruang makan & ruang dapur.
depan tandas (sebelah kiri gambar) ada sinki.
boleh cuci muka atau gosok gigi di situ.
seplastik jajan utk kudapan da beli dah tadi on the way.
utk 1 malam, kami guna peti ais je.
dapur or microwave tak digunakan.
katil gebu utk saya & mr.Asben tidur mlm nanti 😉.
tandas yg bersih 👍.
anak-anak bertiga tidur malam depan ni.
sesiap dah bawa sleeping bags memasing 👌.
saya reserved 1 room apartment direct dgn hotel pada harga RM250 semalam. pilih view menghadap pasar malam. saje nak healing tgk kesibukan pasar malam 😁. pasar malam ni kan satutarikan penting di Cameron Highlands. wajiblah kita layan semalaman.
gitewww... penuh ye.
sempat bergambar bertiga 💛.
lama-kelamaan, saya & mr.Asben amik keputusan utk keluar juga ke pasar malam. kami berlima berbaju hujan. anak-anak excited!
sebelum turun, mik gambar depan apartment.
anak bertiga.
belikan 3 warna baju hujan 😄.
ha ha ha ha best juga jalan-jalan berbaju hujan dalam hujan! anak-anak releks je. berjalan helok, pilih makanan. pilih strawberry masak ranum. beli nasi goreng. beli kueh teow goreng. beli t-shirt 😉.
terang-benderang bilik dek sinaran lampu pasar malam.
celoteh tentang pasar malam Cameron Highlands.
sememangnya tempat tumpuan ni! semua yg naik CH sure berhajat nak jejakkan kaki di pasar malam ni, termasuklah saya. hingga semata-mata cari hotel di pasar malam ni 😍.
tapi tu la. dari pemerhatian saya, kurang menarik la sekarang 😒. barangan yang dijual berulang-ulang. then, makanan siap seperti nasi goreng, nasi lemak, mee goreng tak byk pilihan seperti di pasar malam biasa. tumpuan lebih kpd jualan strawberry, jagung, jenis keledek, sayur dan itu sahaja. harga lebih kurang sama. hajat nak makan-makan mcm tak brape nak tercapai. kami memang tak berniat nak makan-makan di kedai berdekatan. ramai orang! so, nak healing saje, beli and balik hotel.
sib baik la ada 1 gerai jual kuew teow goreng panas-panas kat situ. kami beli 2 bungkus. selain tu, kami beli nasi goreng (Izzat kata sedap), aneka keledek rebus (3 jenis tapi 1 je yg sedap!) dan sayur celup tepung (tidak garing). beli strawberry sebekas, makan malam tu jugak rebut-rebut 5 beranak.
ni saya snap sekitar jam 10 malam.
perlahan-lahan kawasan pasar malam dikosongkan.
apapun, 1 malam di Zetter Suites, CH ni memang best. kami berlima happy. selesa. tidur pun lena tanpa gangguan. but sgt sejuk la! hujan sepanjang malam! 😍
esok paginya, kami breakfast ringan-ringan di apartment. tak ambil pakej breakfast. memang plan utk check out awal dan breakfast di luar. jam 10 pagi kami dah pun check-out. suasana persekitaran CH amat cantik sekali. sejuk. masih hujan gerimis pagi tu.
tapak pasar malam = bersih!
awal pagi ada beberapa lori pembersihan buat kerja.
ok bye Zetter. kami happy!
jom kita gi sarapan!
ke mana? jom kita gi Kampung Taman Sedia Cameron Highlands 😎.
11 Comments
Selamat bercuti
ReplyDeleteLamanya tak ke Cameron Highlands.. last pergi masa arwah abah masih ada. Bawa abah sekali masa tu
ReplyDeleteSeronoknya ke Cameron. Hujan tak hujan la kan, kalau dah sejuk memang lapar so redah jela. Yang penting bilik puas hati
ReplyDeleteSeronok baca pengalaman Aida sekeluarga meredah hujan ke pasar malam. Saya dah lama tak ke CH. Nanti kalau pergi nak menginap dekat sinilah.
ReplyDeletebestnye view! Anim pun cadang nak naik CH tapi dok mencari tmpt nak stay. Boleh la nanti try suite ni :)
ReplyDeleteLama saya tak ke cameroon, last pergi 10 tahun lepas.. Sejuk2 sana, kena pulak hujan lagi la sejuk
ReplyDeletePernah pergi pasar malam ch masa ujan.. gigil Sejuk ooo..seronok laa pergi jalan 2 tmpat sekaligus
ReplyDeleteSy x pernah lg ke CH... mmg best kalau check in di tempat yg ada sumber mknn yg dekat kan? kalau sy suka nk cuba mknn kt tmpt org..hehe
ReplyDeleteBeli baju hujan warna-warna berbeza. Rupanya siapa awal-awal baju hujan.
ReplyDeleteApapun hasrat tercapai untuk cari makanan di pasar malam.
sekali tengok mcm rumah mewah! CH jarang menghampakan pengunjung mereka!
ReplyDeleteselesanya tempat penginapan.. nampak bersih dkt pula dgn tempat makan.. cameron kalau ptg mesti tak best nk jln sbb hujan
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.