assalamualaikum.
selamat petang Ahad 😊. saya bersiaran dari Bangi hari ni. alhamdulillah. hantar Syuhada dan Izzat dok sini utk 2 hingga 3 minggu. dok dgn Atok dan Uwan diorang sementara kak Nurin di Melaka duduki SPM. in shaa Allah.
mlm ni saya ke Kelana Jaya, tido semalam. esok bekerja sehari di Kelana Jaya 😌. lama sungguh tak ke Kelana Jaya. seingat saya, akhir kali saya ke Kelana Jaya sekitar tahun 1998 gitu. seingatnya la...
pagi ni nak kongsi cerita tentang Johor Bahru. Isnin lepas, 13.2.2023, turun ke sana lagi sebab ada kerja. saya tidak seorang, saya bawa sekali Syuhada. kebetulan sekolah dia cuti bergilir sempena SPM. bertuah la dpt ikut ibu ke Johor Bahru semalam. kami stay di Amerin Hotel, Perling.
gambar sekadar hiasan 😄.
Syuhada snap time breakfast keesokan harinya.
selepas habis kerja, dalam jam 6 petang barulah kami check-in di Amerin Hotel. saya tidak buat reservation sendiri, urusetia yang buat tempahan. so, a day before baru saya dimaklumkan hotel mana. sewaktu melangkah masuk ke lobby hotel, sedikit tidak senang di hati sebab lobby hotel sedikit berbau. bau yang tidak menyenangkan 😒. bau mcm restoran makanan. hmmmm...
proses check-in ok, smooth. tidak menunggu lama pun. staff pun amat baik dan helpful. alhamdulillah. cuma ada sedikit rasa risau, camne ye biliknya? moga berbau wangi la kan.
bilik kami di tingkat 6. Amerin Executive Floor.
Gold Suite 😍.
bilik kami bernombor 622.
😍
tandas & bilik mandi.
amat bersih tau.
😍
open wardrobe.
and ada singki yg besar.
washing machine & dryer in the room tau.
kalau stay more than a night, heaven ni.
sesiap boleh cuci baju anak-beranak 😄.
king size bed for both of us.
alhamdulillah.
kalau mr.Asben ada ni, confirm coffee coffee sama-sama.
sekali pun jadik la sepanjang menginap 😄.
pemandangan di belakang Amerin Hotel. mujurlah dpt view belakang. jika dapat view hadapan, agak bising sebab jalan utama. nyaman sungguh sebab view nya hijau, saujana mata memandang 💜.
petang tu, dah plan dgn Syuhada, nak melepak di halaman hotel ni. namun, sekejap je dari waktu kami check-in, sewaktu sedang solat jama' ta'hir asar & zuhur, hujan turun dgn lebatnya. aduhai. meleset la impian utk relax lihat pemandangan Johor Bahru dari balcony Amerin Hotel di waktu petang.
lepak di bilik saje sambil berfikir nak dinner KFC, Pizza Hut atau jalan-jalan di Perling Mall di depan hotel. bergantung kepada keadaan hujan.
selesa sgt bilik kami ni. syukur alhamdulillah 😊. malam kami tidur dgn lena. menikmati view yang indah dari balcony tu. malang hanya sedikit, hujan. tak boleh lepak luar bilik hu hu hu...
14.2.2023, paginya kami sarapan di hotel. sedap! suasana di cafe pun amat best. makanannya yg dihidangkan, menarik semuanya 😍.
cafe di tingkat 13A.
di tingkat kayangan.
jam 9 pagi, kami pun gerak check-out nak balik melaka. ada 2 tempat persinggahan. in shaa Allah. meninggalkan 1001 kenangan di Amerin Hotel. sebentar tapi penuh makna 💜.
lain kali, kalau kerja di Johor, nak minta urusetia booking kan Amerin Hotel ni. best.
tapau 1 set kari kambing utk lunch di Melaka nanti.
dan singgah di Ayer Hitam, beli kerepek pisang sedap. kami memang suka beli 1 kedai di Ayer Hitam ni. murah hati kakak penjual tu. beli lebih RM30, sure diberikan kami beberapa pek kecil kerepek percuma. seronok! alhamdulillah.
mlm ni bermalam di Kelana Jaya pula. kembara kerja di Selangor. kalau menarik, in shaa Allah saya kongsi ye.
6 Comments
Besar sungguh biliknya Aida, complete dgn washing machine & dryer. First time sy nmpk ada hotel sediakan WM & dryer ni. Terbaiklah 👍
ReplyDeletejelas tampak bilik hotel ni mmg selesa. kemudahan pun byk. yg penting zzzz lena😀
ReplyDeletewah cantiknya kak hotel nya tu, banyak hotel yang buat pasal nombor 13 tu kan tp ada jugak yang tak ikut kepercayaan tu
ReplyDeleteWow.. Besar biliknya.. Siap ada pemandangan cantik, mesin basuh lagi.. Puas hati..
ReplyDeleteNash saya suka kalo hotel macam apartemen service begini 👍👍. Jadi kalo nak tinggal lama, tak pusing masalah baju, bisa dicuci sendiri 😄. Luas kamarnya ya kak. Another plus poin lah.
ReplyDeleteMelihat cheesy wedges KFC, saya rasa nak langsung terbang ke Malaysia 🤣🤣. Tiap kali ke KFC Malaysia, yg saya beli cuma cheesy wedges tuh. Krn di KFC Indonesia tak ada. Best sangat memang rasanya 😍😍🤤
menarik betul hotelnya. kolam pun luas. suka kalau restoran di tingkat tinggi
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.