assalamualaikum.

Isnin menjelma, dah pun tamat waktu bekerja. alhamdulillah... seharian hari ni ada zoom meeting. agak mencaba meeting online ni, kena beri tumpuan 100%. letih mata dan jiwa hu hu hu hu 😓. 3 hari pulak tu. aduh aduh aduh...

Isnin dan Selasa minggu lepas, saya kembara seorang diri ke Penang. urusan kerja. tak boleh nak bawa anak-anak sebab kak Nurin ada amali SPM utk Fizik. keseorangan la saya, berdebar hati ni beberapa hari sebelum nak pergi. lama da tak naik kapal terbang 😄. sorang-sorang plak tu, aduh... sib baik urusan kerja, if saje-saje, memang tak la nak gi sorang.

dari urusan booking flight dan hotel, saya buat sendiri. last minute decision, tak sempat nak inform urusetia. it was nice kan la bila uruskan sendiri. boleh bajet masa sendiri dan flight kul brape yg sesuai 👍.

Isnin, 30.1.2023, selepas subuh dah gerak ke KLIA2. tahu jalan ke sana tapi bila drive sendiri, gabra tu always ada. maintain on google maps hingga la ke KLIA2 😄. yg tak gabra hanya la bila saya drive within Melaka. tu mudah 😄. slowly driving up to KLIA2, jam 9 pagi da sesiap park kereta. relax relax, sempat kemas kereta kat situ ha ha ha ha... 

Kembara kerja ke Pulau Pinang | Awan karpet yang menawan hati
snap kereta dan tiang!
esok nanti nak mencari kereta, fening! 😃

maka, melangkahlah seorang Aida masuk ke kompleks KLIA2. ringkas. sling bag & bag sandang. barang peribadi yang minima je dlm bag sandang tu. 1 malam saje kan, tak payah nak angkut aneka benda mcm gi camping 😆. 9.30 pagi, tgk tgk da boleh masuk, masuk la meskipun boarding time lambat lagi. lepak di gate J6. kapal terbang pun lom sampai. masa tu sempat video call dgn Syuhada dan Izzat di rumah. mereka berdua dicutikan dari sekolah.

Kembara kerja ke Pulau Pinang | Awan karpet yang menawan hati

cuaca cantik sgt pagi tu. tepat jam 10.45 pagi, kapal terbang tu bergerak. masa tu debarnya la hati. aduh aduh aduh... kapal terbang dan kapal laut, 2 kenderaan ni memang saya kurang suka dan kurang berani! menakutkan! gayat! jakun! kolot! paling mendebarkan time nak berlepas sehinggalah stabil kat atas tu, Allahu 😖.

Kembara kerja ke Pulau Pinang | Awan karpet yang menawan hati
indah...

tapi bila da berada di antara lapisan awan, hati jadik girang. berbunga-bunga. rakam video utk tatapan anak-anak di rumah. anak-anak memang tiada pengalaman naik kapal terbang. dulu kecik-kecik saje, kak Nurin dan Syuhada tak ingat perasaannya. so, it was nice rakam kenangan di atas sana utk mereka. lagipun journey di langit biru dari KLIA2 ke Penang tak lama, less than 45 minutes. sempat la saya makan atas tu, hot seat air asia memang ada makan pun kan.

tak sempat jalan-jalan di Penang. jejak kaki di airport, terus ambil teksi ke PFFA. rehat di sana saje. dan jam 1.45 petang, terus mulakan kelas sehinggalah jam 5 petang. peserta kursus kali ni memang best. beri respons yg baik bila saya bertanya soalan. mereka juga bertanya soalan yang amat relevan dgn tajuk penyampaian saya. 3 jam syarahan, terasa sekejap saje bila kita ada audience yg terbaik. alhamdulillah.

mlm tu, saya dinner di The Chicken Rice Shop je. kebetulan, hotel tu amat dekat dgn Queensbay Mall. berjalan kaki saje. so, tak jadik la plan saya nak order room service for dinner mlm tu.

Kembara kerja ke Pulau Pinang | Awan karpet yang menawan hati
dari Eastin Hotel ke mall, few minutes.
kalau ada mr.Asben and anak-anak ni, panjang langkah kami berlima 😍.

Kembara kerja ke Pulau Pinang | Awan karpet yang menawan hati
"ayam, teman iols dinner ye?" 😄

the next morning, 31.1.2023, as usual kul 5 pagi mata da terbuka luas. ketakutan ketinggalan kapal terbang 😆! kampung sgt si Aida ni ha ha ha ha ha... settle kemas, jam 7 pagi da order grabcar. boarding kul 8.30 pagi, moga sempatlah tiba airport dan tak kelam-kabut.

gabra! sehingga 7.30 pagi, tak dpt grabcar! dari dalam bilik, terus check-out. dok la kat lobby. luckily, memang ramai sebenarnya lepak kat lobby nunggu grabcar tau. tak la rasa awkward sgt. at around 7,40 pagi baru ting tong, grabcar on the way. yeszaaaa...

Kembara kerja ke Pulau Pinang | Awan karpet yang menawan hati
cuaca amat baik sepanjang 31.1.2023.
dari pagi, hinggalah ke petang, saya tiba di Melaka.

Kembara kerja ke Pulau Pinang | Awan karpet yang menawan hati

Kembara kerja ke Pulau Pinang | Awan karpet yang menawan hati

tak disia-siakan perjalanan di langit biru, merakam video dari angle yang berbeza utk anak-anak. kali ni, dpt saya merakamkan jambatan Pulau Pinang dgn jelas. melintasi lautan dari pulau ke tanah besar. indah. best. sambil makan pun, terasa hebat bila menjeling ke luar tingkap, nampak awan karpet yang memutih bak kapas muka 😍.

Kembara kerja ke Pulau Pinang | Awan karpet yang menawan hati

Kembara kerja ke Pulau Pinang | Awan karpet yang menawan hati

Kembara kerja ke Pulau Pinang | Awan karpet yang menawan hati

seriously, dlm hati ni sepanjang perjalanan terdetik, "kalau la anak-anak ada ni, ..." gitu. melihat kebesaran Allah di atas tu dgn ingatan kat anak-anak yg waktu tu kat sekolah. mak-mak memang gitu ek? 😄

alhamdulillah, perjalanan ke KLIA2 amat baik. tiba cepat dari jangkaan! sure pilot tekan minyak kasik laju abis. abis je makan, e'eh, announcement akan mendarat. sib baik sempat makan!

satu positive side bagi saya, ni mcm me-time utk saya. meskipun di satu sudut hati, nak jugak mr.Asben dan anak-anak ada sama. terkenangkan conversation dlm grup Whatsapp kami 👇.

Kembara kerja ke Pulau Pinang | Awan karpet yang menawan hati

Nurin taip, "Seronoknya ibu, mcm pergi bercuti..."
yes. mcm la. naik kapal terbang. tido hotel 😁. boleh la...

in shaa Allah, next week ke JB pula. ni takde masalah, drive kereta kecil tu je. ni kali ketiga ke JB, in shaa Allah yakin.

tq for reading ye cerita-ceriti saya ni.
have to go 👋. nak balik rumah, mlm ni nak goreng kuew teow basah for dinner 😋.