assalamualaikum.
😊 selamat petang Ahad.

sebentar tadi, buka laptop. abah saya da 2 kali minta ringkasan jadual SPM kak Nurin. asyiklah terlupa nak buatkan. tu yg bila teringat tadi, terus buat. dah pun whatsapp ke adik di Bangi. minta dia print utk rujukan abah.

hmmmm gatal pulak nak log in blogger 😃. maka terhasil la entri pendek di petang ni. kebetulan ada gambar sekeping dua dlm phone. tempat makan yang best! mana la tau ada yg sukakan makanan kampung, lauk-pauk yg mengingatkan kat mak di kampung, boleh la datang Warung Buana ni.

Makan tengah hari di Warung Buana memang benar menggamit kenangan

Makan tengah hari di Warung Buana memang benar menggamit kenangan
memang dalam kampung ye 😁.
tapi tau la, Melaka dan Nismilan ni, kampung moden.

Makan tengah hari di Warung Buana memang benar menggamit kenangan

kuasa TikTok memang besar sekarang ek. mr.Asben ajak makan tengah hari di sini sebab terpengaruh dgn TikTok la ni. kebetulan, hari tu kami ada masa panjang skit di waktu tengah hari. meluncur laju lah Ativa kami ke Pedas. Melaka ke Pedas, alhamdulillah tak la sampai sejam perjalanan.

Makan tengah hari di Warung Buana memang benar menggamit kenangan
kami tiba awal jam 12 tengah hari, tak ramai pelanggan.
menjelang kami habis makan, da mula ramai dtg utk lunch.

Makan tengah hari di Warung Buana memang benar menggamit kenangan

opening hours yang pendek hanya dari jam 11 pagi hingga 3 petang ye. manakala menu Warung Buana ni pun semua ringkas dan da ada setnya. mudah. tak berlama-lama nak memilih lauk. boleh la pilih utk 2 orang (RM39.80) atau 4 orang (RM68.80). lebih dari tu, silalah order tambahan ye.

👉set standard.
nasi putih
gulai daging salai
sambal tempoyak daun kayu
gulai pisang muda
ikan keli bercili
ulam & sambal belacan
air sirap

👉lauk tambahan.
gulai siput sedut - RM12
gulai baung salai - RM20 - RM25
gulai daging salai - RM12
sambal tempoyak daun kayu - RM15
telur masin - RM1.50
nasi putih - RM2
ayam goreng - RM4
ikan pelaling goreng - RM3
air buah (epal / carrot)

Makan tengah hari di Warung Buana memang benar menggamit kenangan

Makan tengah hari di Warung Buana memang benar menggamit kenangan
legend kan 😍.
memang menggamit kenangan makan kat rumah nenek dulu kala.

apa nak kata, dek kerana sedap makan, tak sempat amik gambar satu-persatu. but, seriously, kami berdua laki bini makan hingga licin semua pinggan lauk ye. rugi rasanya kalau tak dihabiskan 😄.

silalah singgah ye kalau-kalau terlajak ke Pedas. takkan rugi!