assalamualaikum 😊.
salam sejahtera semua.
Jumaat. as always, hari yg best. tau tau je la, Jumaat kan 😀. a day before 2 days off. yes!
skit lagi nak balik, in few minutes, tayar kereta nak bergolek dah. ambil Syuhada di sekolah and balik rumah. lunch berdua, di mana tak tau lagi la ni. di kesempatan ni, masa yg sedikit ni, nak la berceloteh di blog. cerita-ceriti mak-mak di penghujung minggu 😊.
kali kedua masuk FamilyMart Durian Tunggal.
baru kali kedua, tangkap terus 3 kotak.
apakah di dalamnya?
few weeks ago dah ni. seingat saya hari Khamis. petang. on the way balik rumah. singgah FamilyMart. sejak ia dibuka di pekan Durian Tunggal ni, ni kali kedua saya belanja anak-anak. tu pun setelah berkali-kali Syuhada ajak singgah 😅.
dulu kala, sewaktu FamilyMart ni sedang viral seantero Malaya, beberapa kali berbelanja beli oden. tapi, seingat saya tahun 2021 dan 2022, tak sekalipun berbelanja di FamilyMart. sebab sebelum tu, beli 2 mangkuk oden, kuahnya masih ya Allah, boleh kena immediate stroke! 😖
tu yg anak-anak pun tak berbunyi ngajak ke FamilyMart. tapi bila dibuka di pekan Durian Tunggal, hmmm... tiap pagi nak ke sekolah, lalu depan FamilyMart. petang nak balik rumah, lalu lagi. aduhai, dugaan buat anak-anak sebenarnya 😂 ha ha...
akhirnya, si Ibu di kaunter bayaran FamilyMart.
dorayaki FamilyMart utk Izzat - RM4.50.
pengaruh Doraemon ni.
coklat & peanut butter.
kandungan dorayaki FamilyMart 💛.
triple cheese corn sausage FamilyMart - RM8.50.
potato corn sausage FamilyMart - RM9.50.
beli 3, tapi saya dpt merasa 2-3 ngap corn sausage je. most of it, Izzat yang habiskan. suka sgt dia terutama dgn triple cheese corn sausage. memang sedap! Izzat tu dah la amat memilih benda makan. kalau dah dia je yg menghabiskannya, hmmmm memang sedaplah.
cheese cake yang dibeli tak sempat snap gambar 😄.
seriously, honjuku cheese cake tu memang terbaik. seketul kecil RM3.50 tapi kepuasannya mcm RM35.00. sedap! saya ni memang pencinta cheese cake. so, kalau sedap kata saya, sedap sgt la 💙.
😊 nikmat mana yang nak kami dustakan?
ok la. sehingga berjumpa lagi di next entri ye. weekend ni mcm nak belanja anak-anak di FamilyMart lagi 👌.
bye bye.
8 Comments
Saya tidak singgah-singgah lagi FM di Durian Tunggal.
ReplyDeleteSedap makanan dibeli. Nanti boleh cuba kek keju itu. Insya Allah.
seleranya tengok cheese tu !
ReplyDeleteank2 ciknur pun suka ke Family mart ni.
ReplyDeletepsstt mai la join GA
geng selera sama je ni? 😁😁😁 sy bli ni mesti x nak sos pedas tu hahaha... lbh suka cheese dan mkn panas2 lps tu kenyang betul👍
ReplyDeletedorayaki tu baru punya eh?? lama betul tak pi FM sbb weekends mesti Q. dia punya sosej tu sedap!
ReplyDeleteSaya belum coba family mart yg di Malaysia. Tapi makanan yg dijual di FM Indonesia rasanya tak terlalu enak. Beda sangat dengan makanan yg dijual di FM Jepang. Yg di Jepang enak2 👍. Apalagi kopinya.
ReplyDeleteKarena rasa yang tak sama macam di Jepang, makanya saya jarang kak beli makana FM. Nanti nak coba FM Malaysia kalo kesana 😘
fanny kena cuba FM malaysia bla smpi penang nanti. corn sosej dgn sofuto wajib cuba
Deletep/s salam ramadan utk sis sekeluarga✌️
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.